Monday 3 June 2013

BRAVO DATUK SHABERRY CHEEK..TANDA PUTERA DITAYANGKAN PADA 29 OGOS 2013.


Diberitakan Filem Tanda Putera diluluskan tayangannya pada 29hb Ogos 2013. Penulis memuji tindakan Datuk Seri yang mengambil berat dengan bencana filem Tanda Putera. Filem yang di anggap filem pendidkan sejarah bagi rakyat Malaysia, menjadi kontroversi kerana Atok DAP, Lim Kit Sial membantah penayangannya.

Penulis harap pengurusan atasan FINAS  yang menghalang penayangannya secara sengaja atau tidak sengaja atau tidak berani, sila mohon kerja lain. Kamu semua boleh kerja di bidang lain yang tidak membebankan diri sendiri.
Penulis juga berharap UMNO/BN menjadikan filem ini sebagai sebahagian daripada perjuangan. Tanpa memperdulikkan bantahan ahli, penyokong dan pengundi DAP PAS PKR, jadikan ia sebagai satu gerakan `refresher course’ bagi orang Melayu UMNO/BN supaya mengenal sejarah negara. Arahkan setiap ahli dan penyokong UMNO/BN pergi ke panggung wayang menonton Tanda Putera.

Atur dengan Kementerian Pendidikan supaya setiap pelajar mendapat tiket percuma untuk menonton filem tersebut. Runding dengan pawagam. Jikalau Anwar Ibrahim ajak anak muda Cina khasnya ke jalanan, UMNO/BN anjur pelajar dan rakyat ke pawagam di tempoh sebulan ini. Jadikan filem  Tanda Putera ini sebuah filem `box office’. DS Najib kena buat kerja `gila’ sikit.


No comments:

Post a Comment