Tuesday 25 June 2013

SAJA NAK BUAT KECOH…


Sebelum ini, Anwar Ibrahim berura ura untuk membaikot Majlis Angkat Sumpah Ahli Parlimen pada 24 Jun 2013. Seterusnya, cadangan membaikot itu dilakukan pada Taklimat Ahli Parlimen yang kesemua ahli Parlimen dari PR tidak hadir melainkan Ahli dari Bakri mewakili parti DAP.

Ekoran daripada pembaikotan itu, SPR dan Speaker Dewan Rakyat sessi Parlimen 12, memberikan pandangan bahawa mana mana Ahli Parlimen yang tidak hadir mengangkat sumpah pada 24 Jun 2013 nanti, tidak akan dibenarkan menghadiri bersidang di dalam Dewan. Dan andaikata ahli Parlimen tidak mengangkat sumpah selama 6 bulan, kelayakan mereka boleh terlucut dan PR Kecil kena diadakan.

Penulis pernah menulis agar BN mengatur strategi dengan mengubal Akta Akta yang diperlukan dengan segera dan dibentangkan semasa `pembaikotan’ ahli Parlimen PR.

Menyedari implikasi pembaikotan itu, rancangan itu dibatalkan dan pada 24 Jun 2013, kesemua Ahli parlimen termasuk DS Anwar Ibrahim menghadiri Majlis tersebut.

BN kena terus menyerang dan jangan asyik menunggu diserang oleh PR

No comments:

Post a Comment