Wednesday 12 June 2013

FILEM `TANDA PUTERA’ KENA DI `BOX OFFICE’ KAN


Penulis menulis 3 artikel mengenai Tanda Putera iaitu artikel no 1 diulas tahun lepas. Artikel terakhir ialah pada 3 Jun2013 yang mencadangkan supaya Kerajaan mengambil inisiatif untuk memberikan tiket percuma kepada semua pelajar Sekolah Menengah dan Rendah semua aliran.

Penulis menulis jika Kerajaan Pusat tidak sanggup berbuat demikian, at least Kerajaan Melaka taja tiket percuma di semua sekolah di Melaka atau DUN Paya Rumput. Penulis ingatkan kalau itupun tidak boleh, penulis akan memohon derma daripada Usahawan Melayu untuk membaiyai tiket.

Kemudian Datuk Zulkifli Noordin ada memberikan penghujahan tentang Tanda Putera dan beliau mencadangkan penanyangan yang lebih menyeluruh dan luas seperti berikut:-

1. membenarkan tayangan filem TANDA PUTERA dipawagam awam dan tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak;

2. mewajibkan penayangannya disemua sekolah menengah semua aliran;

3. mewajibkan penayangannya di semua IPTA dan IPTS;

4. mewajibkan penayangannya di semua PLKN;

5. mewajibkan penayangannya di semua pusat pelajar Malaysia luarnegara;

6. mewajibkan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri menonton filem ini


Rakan rakan lihatlah pemikiran luas seorang pemimpin. Fikiran beliau amat bernas. Pihak Kerajaan dan swasta perlu `take up the matter seriously’.

No comments:

Post a Comment