Monday 10 June 2013

ASSALAMULAIKUM DS NAJIB. DENGAR LAH DENYUTAN NADI RAKYAT TENTANG OMAR MUSTAPHA ONG DAN PENASIHAT PENASIHAT LAIN?



Penulis tidak kenal Omar Mustapha Ong, salah seorang penasihat DS Najib Tun Razak, secara peribadi. Oleh kerana terlalu ramai blogger dan penggulas yang membencinya, maka penulis p ambil tahu dan perkembangan.

Beliau merupakan rakan kongsi Ethos Consulting, sebuah syarikat `strategic Management' yang diamanahkan untuk `turnaround’ beberapa pelaburan GLC dan projek Kerajaan. Rakan baik kepada Khairy jamaluddin yang belajar sama Universiti Oxford serta rapat dengan Datuk Zaki (Penasihat Pak Lah serta MD QSR Berhad). Dikenali juga sebagai salah seorang budak Tingkat 4 yang menasihati Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang bergelar Tun). Beliau dilantik sebagai seorang Pengarah Bebas di  PETRONAS dan mendapat bantahan daripada kalangan Pengurusan Atasan PETRONAS sendiri.

Dukacitanya terlalu ramai yang membenci Saudara Omar Mustapha Ong terutamanya Blogger pro Kerajaan. Mesti ada sebab mengapa mereka berbuat demikian. Adakah Omar Mustapha ini selalu mengkritik blogger Kerajaan ini. Atau blogger Kerajaan iri hati dengan persahabatan Mustapha Ong dengan DS Najib. Atau Omar Mustapha Ong memang seorang yang sombong dan tidak pernah keluar jumpa orang. Adakah Mustapha selalu menasihati DS Najib perkara perkara yang selalu merugikan orang Melayu seperti memberi peruntukan yang besar besar kepada kaum Cina? Adakah dia bertindak sebagai strategis politik UMNO/BN ataupun strategis pelaburan atau ekonomi. So far, terlalu sedikit kritikan dari pro pembangkang terhadap Mustapha Ong.

Dengan hal yang demikian, DS Najib harus bersuara secara terang atau tertutup kepada blogger akan peranan yang dimainkan oleh Omar Mustapha Ong. DS Najib tahu dan faham manusia boleh berubah dan Mustapha Ong boleh menjadi Zairil Khir Johari. Nama ONG bermaksud memberikan kebaikan dan keuntungan, tetapi kebaikan dan keuntungan kepada siapa. Kelemahan penulis pulak, nama orang Cina menjadi fobia dan selalu menjadikan penulis berhati hati dan was was perjuangannya. Lihat seorang ahli Parlimen DAP  yang bernama Ong Kian Ming. Selepas mendapat maklumat kekuatan dan kelemahan di dalam MCA dan Gerakan, beliau melompat ke DAP. Artikel DAPInsider menulis seperti dibawah:-

“Ong Kian Ming is the rising star in DAP despite the fact that he only joined the party only 8 months ago. Previously Ong was working for the MCA think tank – INSAP and later the Gerakan think tank – SEDAR. Then the diligent and smart Ong obtained his PhD from Duke University in the US and has been vocal in providing his political analysis as well as active in crunching numbers for the DAP as one of the top political brain and brilliant strategists for the party.”


DS Najib,
DS selalu kata yang DS mendengar denyutan nadi rakyat. Penulis percaya blogger mempunyai pendirian tertentu terhadap Mustapha Ong kerana keluhan rakyat juga. Penulis harap DS Najib dapat memberikan penjelasan kepada blogger supaya semua pihak memahami situasi masing masing.

Kepada Mustapha Ong,  buat lah sesuatu. Jangan membisu sahaja. Jemputlah blogger yang berkenaan datang berbincang. Selesaikan apa jua percanggahan. Salurkan maklumat dan beri penjelasan. Rapatkan lah saf. Ketahui musuh utama UMNO/BN.

Kepada penasihat penasihat yang lain, kalau ada masa bacalah komen Tun Daim dan Datuk Kadir Jasin. Mereka adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang bimbang dengan  prestasi awak semua dan UMNO/BN.


Settle baik baik bro.

No comments:

Post a Comment