Sunday 16 June 2013

TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI


Jam 3.15 petang hari ini Ahad 15 Jun 2013, Datuk Lee Chong Wei baru sahaja menjuarai DJARUM Indonesia Open 2013 mengalahkan pemain Jerman, Mark Zwiebler 21-15dan 21-15.

Penulis mengucapkan tahniah diatas kejayaan tersebut dan yang lebih penting tahniah kerana `being so sportmanship’ terhadap pemain lawan dan peminat badminton di Indonesia.

Datuk LCW dan Zwiebler telah bertukar tukar TShirt sebagai kenangan dan ini satu contoh yang baik untuk semua pemain. Sebelum ini, pemain yang menang akan membuat `gesture’ yang boleh menyakiti hati lawannya yang kalah dan juga peminat tempatan.

Datuk LCW terus memakai TShirt yang tertera `WE LOVE TAUFIK’ dan secara langsung menyenangi peminat beliau dan penyokong Indonesia di Stadium tersebut. Satu approach yang amat buat untuk Datuk LCW dan Malaysia.

Diharap apajua perbincangan pembesar Negara dan Anwar Ibrahim (menurut beberapa blog) yang berada di Indonesia akan turut gembira menonton perlawanan atau mendengar berita kemenangan wira sukan Malaysia.

Tepat 5.20 petang, pasangan Indonesia Ahsan dan Setiawan menjadi juara selepas menewaskan pasangan Korea 21-14 dan 21-18.  Tahniah Indonesia.


Pengalaman penulis semasa di Pekan Baru menyaksikan peniaga Cina Indonesia sibok berniaga atau menguasai ekonomi dan kurang mencampuri urusan politik Indonesia, Nama mereka nama Indonesia dan tiada sekolah Cina. Orang Cina takut untuk menghina atau mengkeji bangsa Melayu Indonesia dan agama Islam kerana Bangsa Melayu Indonesia amat tegas di dalam urusan keagamanan. Mereka cepat bertindak sendiri tanpa menunggu tindakan Pemerintah mereka. Ada kejadian bakar hartabenda dan menghalau keluar kampong jika Cina Indonesia menyinggong perasaan mereka. Sebuah kilang kelapa sawit akan mempunyai seorang dua penolong pengurus bangsa Melayu Indonesia yang akan berurusan dengan Pemerintah dan orang kampong. Taukeh Cina duduk di pejabat aje.

No comments:

Post a Comment