Thursday 6 June 2013

FILEM TANDA PUTERA SEBAGAI ALAT PENYATUAN NASIONAL


Penulis banyak membuat gesaan kepada UMNO/BN untuk melakukan sesuatu yang drastik demi memperkukuhkan sokongan rakyat terhadap UMNO/BN. Samada ia sesuai atau tidak sesuai, penulis harap saranan penulis dapat perhatian dan pertimbangan. Tidak dapat dilaksanakan, tidak mengapa.
Terlalu ramai yang berkata kata di TV dan dada Akhbar mengenai penyatuan nasional. Penulis TIDAK YAKIN ia akan berjaya (seperti hujahan di lambaran terdahulu) kerana orang Cina tidak mahu bersatu (mereka mahu kuasa politik sahaja) dan sistem pendidikan vernakular.

Yang peliknya, apabila dicadangkan pemansuhan sekolah vernakular di Malaysia,pengwujudan sekolah wawasan atau `reverse psychology’ penambahan pelajar Melayu di sekolah jenis kebangsaan, pageviews dari pembaca amat lemah. Penulis membuat konkulsi yang Kerajaan atau rakan fb tidak sokong cadangan mengenai perkara sekolah vernakular.
Sebagai satu lagi usaha penyatuan nasional dan pendidikan sejarah negara, Penulis berharap UMNO/BN mengerakkan usaha membaiyai tiket menonton filem TANDA PUTERA kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Selepas itu panjangkan gerakan ini ke pelajar kolej komuniti dan politeknik serta Universiti. Buat susunan dan jadual menonton. Diharapkan filem ini membantu membuka minda pejajar terhadap perjuangan negarawan.
Carilah peruntukan untuk tujuan murni ini. Berhibur sambil mempelajari sejarah negara. Kenali lah petualang negara dan juga negarawan. Penulis tidak mahu mencadangkan peruntukan yang dijanjikan kepada kaum Cina sebelum PRU13 ditarik dan disalurkan kepada gerakan ini. 

Cabaran mengerakkan program seperti ini memang tinggi. Penulis pasti Sekretariat IM4U TIDAK BERMINAT kerana mereka minat main program yang glamour aje dan yang mahal mahal aje. Jikalau DS Najib fikir ia TIDAK BERBALOI, Penulis mohon di gerakkan di peringkat Melaka dahulu. Kalau YAB Ketua Menteri Melaka rasa tidak yakin, UMNO Tangga Batu keberatan, biarlah UMNO Paya Rumput lakukannya. Dan jika UMNO Paya Rumput pun sibok dengan aktiviti lain, Penulis akan gerakkan Persatuan Penduduk Cheng Baru merintis jalan.
Penulis mungkin akan mohon derma daripada Usahawan Melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukairy dan lain ataupun korporat seperti GLC di Melaka. Targetnya pelajar sekolah rendah dan menengah di DUN Paya Rumput sekurang kurangnya.
Kalau tidak berjaya juga terpaksalah mohon kerjasama dengan Jabatan Penerangan untuk membuat tayangan filem bergerak dari sekolah ke sekolah. Samada ditayangkan di Dewan (siang) atau padang (malam).

Penulis yakin dan percaya Pengarah Filem Datuk Paduka Suhaime Baba akan mempunyai dana ( hasil daripada tiket TANDA  PUTERA) untuk membuat filem seumpama untuk rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment