Wednesday 12 June 2013

TILAWAH AL QURAN KEBANGSAAN KE 56 DI KELANTAN MENCIPTA SEJARAH DAN MENCEMASKAN DAP PKR.



Berita Harian melaporkan hanya selepas 23 tahun Qariah Kelantan mencipta sejarah kerana memperdengarkan bacaan nya di Tilawah Al Quran di Kota Bahru. Kelantan tidak menghantar wakil wanita kerana Tok Guru Nik Aziz memfatwakan bahawa suara juga salah satu bentuk aurat. Penulis tidak pandai dengan subjek tersebut dan membiarkan subjek ini diulas oleh para ulamak.

Dukacitanya Tilawah ini  bukan lagi di pandang serong oleh PAS tetapi di `ada udang sebalik batu’kan oleh DAP dan PKR. Mereka risau dengan pendirian PAS bekerjasama dengan UMNO/BN menganjurkan Tilawah ini. Bahaya buat DAP PKR kerana penyatuan PAS-UMNO sedang menukar dari presepsi kepada kenyataan.


Moga moga UMNO dan PAS dapat berkerjasama untuk memertabatkan Islam sekurang kurangnya.

No comments:

Post a Comment