Thursday 6 June 2013

STRATEGI MENAMBAH AHLI UMNO…sambungan


Semalam Penulis ada menulis tentang topik di atas. Secara kebetulan Tun Dr Mahathir ada menulis tentang UMNO 1946 dengan UMNO 2013. Perjuangan ahli UMNO pada zaman dahulu adalah untuk agama, bangsa dan tanahair. Hampir semua orang Melayu di pelbagai negeri bersatu menyokong UMNO dan menentang Malayan Union. Manakala UMNO 2013, perjuangannya adalah untuk kepentingan orang tertentu, jawatan, pangkat, diri dan poket sendiri. Dengan hal yang demikian, orang Melayu menjauhi UMNO.
Kesannya, ujar Tun Dr Mahathir, ahli UMNO tidak bertambah selaras dengan pertumbuhan jumlah orang Melayu. Ramai juga orang Melayu yang berkebolehan dan berbakat, sukar menganggotai cawangan UMNO. Ini menyebabkan hanya orang orang yang kurang berkebolehan menjadi tulang belakang UMNO.
UMNO mesti berubah dan perubahan mesti drastik. Gerak kerja kena bermula `yesterday’ dan segala kelemahan perlu diperbaiki `immediately’.
Keputusan PRU13 telah memaksa UMNO mencari jalan untuk menambah keahlian kerana di dapati orang Cina lebih berminat untuk sertai politik dan membuat keputusan. Orang Melayu kurang berminat berpolitik dan ingin membiarkan orang Cina membuat keputusan. Orang Melayu ingin menjadi penumpang. Orang Melayu lebih suka melihat dari jauh manakala orang Cina ingin berperanan terus.
UMNO melaungkan strategi penambahan ahli dan dimasukkan di dalam pelan tindakan tetapi perlaksanaan mengecewakan. Apabila ahli yang ditugaskan merekruit ahli gagal kali pertama kedua dan ketiga, mereka akan `give up’.
UMNO Pasir Gudang telah mengambil langkah positif dengan mengadakan program mendaftarkan keahlian UMNO dan mengundi  di Pasir Gudang pekerja Bumiputera Sabah yang tinggal dan kerja di Pasir Gudang. Ahli Parlimen Pasir Gudang Normala akan memujuk pekerja Sabah  menukar tempat mengundi dari Sabah ke Pasir Gudang. Bilangan terlibat ialah 40,000 orang. Jika 50 peratus.
Di perumahan penulis pun, ramai orang luar tinggal dan bermastautin di Melaka tetapi mengundi di luar Melaka. Usaha memujuk mereka perlu di jalankan dengan segera dan tertib serta berterusan kerana undi mereka diperlukan. Ini adalah kerana BN menang DUN Paya Rumput dengan majoriti kurang 2000 undi. Siapa yang akan menjalankan tugas? Penulis harap UMNO Paya Rumput meng`assign’kan atau `delegate’ orang tertentu melaksanakan tanggongjawab itu.

Penulis ingin mengingatkan pengurusan atasan UMNO/BN supaya jangan asyik buat arahan `tambah ahli’ sahaja, tetapi `brain storm’ macamana hendak melakukan. Beri idea pendekatannya, cari kaedahnya, siapa target utama dan keduanya, teknik yang terbaik, pasukan atau team member . Siapa yang kena approach orang muda, dewasa, di tempat kerja dan perumahan dll. Penulis tidak pasti Biro Penambahan Ahli (tidak silap Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Seri Shafie Afdal pernah dipertanggonjawabkan) berjaya di dalam misinya.

Penulis ramalkan usaha mendaftarkan keahlian semakin mencabar di dalam situasi politik sekarang. Tetapi dengan kreativiti mengunakan sentimen dan strategi tertentu, pendaftaran keahlian boleh dilakukan. Kadang kadang rayuan oleh ibabapa kepada anak mereka dengan alasan Melayu akan tertindas oleh orang Cina, anak mereka mungkin terpengaruh dan menjadi ahli UMNO.

Kemungkinan UMNO kena mengutamakan proses penjenamaan semula dahulu sebelum menjurus kepada merekruit ahli. Apalah gunanya jika mereka menjadi ahli UMNO tetapi tanpa pengisian perjuangan UMNO/BN. Apalah gunanya mereka menjadi ahli UMNO, jika mereka sendiri malu hendak pakai Tshirt BN atau baju UMNO. Presepsi UMNO/BN parti korup, parti orang tua dan kroni tidak moden atau kuno, mesti dinyahkan jauh jauh.

Penulis menggunaakan carta (ihsan blog mykmu) pendaftar baru tahun 2010 dari Jan-Jun mengikut parti dan negeri untuk perbincangan dan tatapan ramai. Didapati DAP mendaftarkan 55K pengundi baru manakala UMNO berjaya men aftarkan 54K pengundi. UMNO Melaka hanya mendaftar 593 pengundi berbanding DAP seramai 626 pengundi.
Parti komponen BN tidak berjaya mencari ahli baru dan wajar di cantumkan. Orang Cina dari Gerakan dan PPP masuk MCA manakala orang India Gerakan, PPP, Maikal Sakti, IBF bergabung di dalam MIC.


Mengikut blog mykmu dari bulan Mac 2010 sehingga bulan Mei 2012 pula, DAP berjaya mendaftarkan seramai 201,668 pemilih baru dalam jangkamasa 26 bulan tersebut.
 DAP telah  mencipta ‘rekod sempurna’ di negeri-negeri kubu kuat mereka.
Di DUN Pulau Pinang, DAP bertanding 19 kerusi, menang 19.
Di DUN Perak, DAP bertanding 18 kerusi, menang 18.
Di DUN Selangor, DAP bertanding 15 kerusi, menang 15.
Di DUN Negeri Sembilan, DAP bertanding 11 kerusi, menang 11.

Di DUN Pahang, DAP bertanding 7 kerusi, menang 7.

No comments:

Post a Comment