Monday 3 June 2013

CADANGAN TUGASAN UNTUK PANGLIMA BN MELAKA YANG `CEDERA’


Melalui blog blog dari Melaka, penyokong Datuk Seri Mohd Ali Rustam (DAR) sedang mempromosi DAR untuk menyandang jawatan Setiausaha Agong UMNO.
Sebelum ini, DAR di ura urakan untuk mengisi jawatan TYT Melaka.
Penulis ingin menurunkan pendapat seposen penulis mengenai DAR ini.
Jawatan TYT Melaka memang berstatus, bergaji dan kemudahan yang baik, ber`imumiti’ dari segi tindakan undang undang (jika tidak silap) dan layak kepada orang yang banyak menabur bakti kepada Melaka. Selama ini, TYT Melaka adalah daripada orang luar.
Tetapi jawatan TYT Melaka akan mematikan kareer DAR kerana DAR sudah biasa dengan rutin yang cergas, mencabar, mengunjungi kenduri kendara dan banyak membuat perancangan. DAR sudah biasa dengan membuat rondaan, bebas berjalan dan mesyuarat sehingga dini hari, mengkritk penjawat awam yang malas dan cuai. Mungkin DAR akan jatuh sakit kerana beliau terpaksa mengurangkan aktiviti berbasikal dan berjogging.
Jawatan SU UMNO sekarang disandang oleh Tengku Adnan Mansor dan tiada keperluan untuk ditukar. Jawatan SU banyak paperwork (bukan jiwa DAR) walaupun  SU dibantu oleh Setiausaha Kerja Dato Rauf.
Pada penulis UMNO perlu strategis yang berkuat, implementor yang rajin dan garang. Melaka masih kekal menjadi kubu kuat BN di bawah DAR. Jikalau tidak kerana tsunami Cina terhadap BN, Melaka pasti berprestasi tinggi dan DAR sudah pasti tidak tewas.
DAR seumpama seekor singa yang cedera dan hampir pulih sepenuhnya dan bersedia berjuang. Orang macam DAR ini tahu musuh yang cederakan beliau dan semestinya  akan berbalas dendam. Baik untuk UMNO.
Penulis mensyorkan UMNO/BN mengadakan `pembersihan dan pengkukuhan sokongan BN’ di kesemua kementerian. di GLC Nasional dan Negeri dan MultiNasional dan juga Universiti. Banyak artikel yang penulis perincikan kepincangan yang perlu dibaiki. Artikel artkrl tersebut boleh di baca di www.nasirwise.blogspot.com.
UMNO/BN perlu lakukan sekarang bermula hari ini di Lembah Klang kerana 5 tahun tidak lama. Kita harap pengundi Lembah Klang apabila balik kampong akan mengundi BN bukan mempengaruhi ibubapa dan adik beradik mengundi PAS PKR DAP.
Penulis berikan satu contoh `pembersihan dan pengkukuhan sokongan; (boleh ditukar namanya supaya lebih sesuai) untuk renungan bersama.

Kementerian Luar/ Kementerian Pendidikan
Malaysia mempunyai ramai duta di merata negara. Ada negara maju dan ada negara yang mundur. Ada negara mempunyai ramai pelajar Malaysia seperti UK, Australia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Singapura. Para Duta sebagai penjawat awam mesti diberikan tugasan tambahan iaitu mengawal selia aktiviti pelajar dan rakyat Malaysia yang berkerja di negara berkenaan.

Para Duta mesti bergaul rapat dengan mereka. Perhubungan dan perjumpaan mesti diadakan. Dialog dan diskusi diadakan setiap masa. Pendakwahan dan pendedahan isu isu semasa di Malaysia perlu berjalan terus. Selain Duta, pemilihan pegawai dan keluarga mereka untuk bertugas di sana pun perlu diteliti secara mendalam. Penulis dapat melihat pegawai dan keluarga keduataan Malaysia di Dubai adalah anti Kerajaan Malaysia. Mereka menghasut pelajar dan rakyat Malaysia di sana menyokong pembangkang. Cuba perhatikan aktiviti mereka di facebook. Salah satu tugas cybertropper UMNO/BN ialah mengikuti perkembangan pegawai Malaysia di negara luar. Datuk Anifah Aman mesti keluarkan mereka dari sana.

Begitu halnya juga dengan Pegawai Trade Comissioner. Tok Pa dan Hamim jangan leka dan seronok. Mereka akan cerita yang seronok aje. Jalan dapat, elaun besar dapat dan sebaran idealogi pembangkang pun dapat.

Duta dan Pegawai Pelajar Malaysia mesti berinteraksi dengan Malaysia Student Organization di Amerika Syarikat dengan lebih kerap. Buat program lawatan. `Assign’ Kelab UMNO disana menerajui aktiviti. Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, tidak silap Datuk Shafie Afdal, memantau rapat. Jangan sesekali melihat dari atas sahaja. Jangan `look on the surface sahaja’. Go detailing. Program pendaftaran ahli baru, pendaftaran pengundi PRU serta sessi ramah tamah mesti dijalankan.

Pengalaman penulis menjejaki kaki belajar di Amerika Syarikat 15 tahun dahulu sangat berharga untuk dijadikan panduan.  Pelajar Melayu lepasan SPM atau matrik, anjuran MARA atau JPA, biasa akan menjalani kursus induksi di Malaysia sebelum berlepas ke Amerika Syarikat. Tetapi tidak cukup sekadar kursus beberapa hari sahaja. Pelajar yang ke sana akan jadi dua kumpulan iaitu kumpulan baik atau kumpulan jahat. Baik kerana masuk kumpulan dakwah dan jahat kerana berkawan dengan kaki disko, 42nd Street atau minum arak. Yang baik akhirnya menjadi penyokong PAS. Yang jahat pula tidak kisah pasal kenegaraan.

Sebelum mendapat asrama, pelajar muda akan menumpang rumah pelajar senior. Salah satu aktiviti `dera’ ialah menonton `channel playboy’. Terbeliak mata pelajar muda. Sebab itu pada masa itu, penulis berpendirian pelajar lepasan SPM atau Matrik tidak sesuai di hantar ke luar Negara. Hanya selepas memiliki Diploma, mental mereka lebih stabil. Itu cerita dulu. BN kena buat apa sekarang kepada pelajar baru atau pelajar yang sedang belajar di Amerika Syarikat? Di Negara Timur lebih mencabar kerana pengaruh pembangkang amat kuat.

Ramai lagi yang sedang berkhidmat di luar negara adalah anti kerajaan. Penulis minta Datuk Anifah Aman bertindak tegas terhadap pegawainya. Mereka seumpama `melepaskan anjing tersepit’. Duta duta yang bekerja di luar Negara di Timur tengah khasnya (Negara lain pun mustahak) perlu mendekati pelajar Malaysia `convert’ pendirian mereka. Bekerjasamalah dengan kelab Penuntut Malaysia di sana. Jangan asyik membuang masa `shopping’, bergambar sakan serta melancong ataupun sibuk melayan kedatangan orang Malaysia ke Negara tersebut.

Bercakap pasal pelajar luar Negara tadi, selain duta dan pegawainya di Negara berkenaan, penaja Pusat dan Negeri mesti `berat sebelah’ dan melakukan diskriminasi didalam pemberian biasiswa dan pinjaman. Kita mesti melakukan `diskriminasi’ untuk mengelakkan kekacauan negera di tahun mendatang.
Tugasan Yang Kena Dilakukan
1.     Berurusan dengan Menteri Luar dan Menteri Pendidikan untuk memungkinkan Duta, pegawai serta pelajar yang dihantar ke luar Negara menyayangi Negara, agama dan bangsa termasuk parti BN.
2.     Menanjurkan program pengkukuhan berlaku sebelum mereka keluar Negara dan semasa berada di luar Negara,
3.     Berinteraksi dengan pesatuan pelajar dan kelab UMNO luar Negara.
4.     Rapat dengan pengundi dan membekal maklumat yang tepat.
5.     Membantu pelajar mendapatkan pekerjaan.
6.     Maklumat pegawai dan pelajar selengkap mungkin.
7.     Dan lain lain

Satu lagi contoh yang tugasan yang boleh di lakukan ialah Kementerian Pendidikan seperti berikut:-

Kementerian Pendidikan
Kementerian Pendidikan bagaimana? Penulis kata ada 3 kategori yang perlu YAB Tan Sri Muhyiddin, YB Datuk Seri Idris, YB Datin Mary Yap dan YB Kamalanathan perhatikan. (1)Penjawat awam di Kementerian, Jabatan Pelajaran, Universiti dan sekolah, (2) Pensyarah atau guru (3) Mahasiswa dan pelajar.

Baru baru ini di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam, seorang guru Koko telah melakukan jenayah politik terhadap anak muridnya yang mungkin ibubapanya penyokong BN. Sudah sampai masanya Kementerian Pelajaran bertindak. Di Universiti ramai yang berfikiran seperti Dr Aziz Bari. Tahniah kepada UIA yang memecatnya.. Makan gaji Kerajaan tetapi hetam balik. Seperti kata DS Zahid Hamidi, kalau suka sangat dengan negara republik, sila angkat kaki. Kami tidak perlukan awak semua.

Universiti Penguruan Sultan Idris sedang memberikan latihan kepada Adam Adli untuk menjadi seorang Guru. Penulis harap Adam Adli dan kekawannya di `gagal’kan dan tidak menjadi seorang guru. Kalau dia dan kekawan menjadi guru, pelbagai kemungkinan yang buruk akan terjadi kepada anak murid termasuk anak penulis. Ini adalah contoh terbaik mengapa pembersihan mesti dilakukan.

 

Di Rancangan Helo Malaysia tempoh hari, Prof Datuk Halim Sidek, ahli Majlis Professor Negara menyebut ada pelajar yang mencabar dan mencemuh Pak Guard Universiti dengan melanggar undang undang AUKU. Ada yang bawa masuk risalah politik dalam kampus dan simpan dalam locker. Ada yang pakai TShirt politik dalam kampus. Semasa kuliah pakai jaket, habis kuliah buka jaket dan terpampang symbol parti pembangkang.

 

Mari kita syorkan pesalah ini digantung belajar atau dibuang dari Universiti. Jadikan ingkar dengan peraturan AUKU menjadi kesalahan `major disconduct’. Mereka ini hanya menyusahkan orang lain dan hendak `glamour’ atau nak perhatian pelajar lain. Anggaplah mereka najis khinzir. Jangan najis mereka terpalit pada pelajar lain.

AUKU
Asalamulaikum Tan Sri Prof Ibrahim Shah yang di hormati
Penulis mendengar 2 kali rancangan Helo Malaysia di Bernama TV yang salah satu daripadanya perbahasan aialah mengenai AUKU dan peraturan pelajar berpolitik. Tan Sri telah menyatakan pendirian Tan Sri kepada kepimpinan dahulu akan bahayanya jika membenarkan pelajar Uinversiti berpolitik. Satu sebabnya ialah mereka akan abaikan pelajaran dan terbukti benar apabila di Majlis Konvokesyen di kebanyakan Universiti, pelajar Melayu jauh ketinggalan. Pelajar Cina membelot Anugerah Dekan dan Anugerah DiRaja. Pelajar Melayu sekadar lulus dengan CGPA 2-2.5 sahaja. 80 peratus pelajar Cina yang mendapatkan pinjaman PTPTN ditukar kepada biasiswa dan tidak perlu dibayar balik.
Tan Sri meminta Kerajaan mengkaji semula peraturan ini dan jika tidak silap ia kena melalui perbahasan di Parlimen lagi. Besar kemungkinan Ahli Parlimen tidak akan membenarkan ia berlaku kerana pembangkanglah yang mendapat menafaatnya. Idealogi `anti establishment’ disemai di peringkat Universiti lagi. Bayangkan Persatuan Pelajar yang pro Kerajaan dan Pro Pembangkang yang wujud di kampus. Penulis berani kata, Persatuan Pelajar yang Pro Kerajaan lebih bersopan dan beretika daripada Persatuan Pro Pembangkang.
So, pada pandangan penulis, sementara kita dapat meminda AUKU ini, kita kena buat sesuatu. Penulis hendak memberi contoh dengan mengfokuskan UiTM kerana keunikannya. UiTM adalah masa hadapan orang Melayu. UiTM adalah pengilang pemikir dan usahawan Melayu. Jikalau ia gagal di peringkat ini, maka gagal lah di peringkat pekerjaan dan Negara.
Sama seperti puak pembangkang. Aktif di dalam kampus. Agenda Pembersihan mesti dilaksanakan pada (1) penjawat awam di UiTM meliputi Naib Censelor, Pendaftar, Bendahari, Pentadbir Am dan serendah jawatan pemandu dan pengawal keselamatan. (2) Tenaga pengajar daripada Dekan Fakulti, Pensyarah dan Mentor (3) Pelajar UiTM itu sendiri.

Imbasan penulisan mengenai program pembersihan di UiTM bulan lepas…..
UiTM
UiTM adalah harta kita yang boleh disandarkan pada masa hadapan. Hampir setiap negeri ada kampus cawangannya. Di Melaka ada kampus di Lendu, di Bandar dan terkini di Merlimau. Penulis tidak sempat mendapatkan data tentang bilangan `intake’ setiap tahun. Tetapi puluhan ribu juga.

Mahasiswa dan siswi yang melangkah masuk UiTM berumur 18 tahun. Anak anak ini masih boleh dibentuk pendirian mereka. Dulu Kerajaan tidak galakkan parti politik memasuki Universiti kerana nak mereka tumpu kepada pelajaran. Malangnya keikhlasan Kerajaan melarang UMNO/BN aktif di Universiti, telah menyusahkan kembali kepada Kerajaan. Impaknya nampak sekarang. Mereka anti Kerajaan. Mereka aktif berdemonstrasi. Rosak akhlak dan mengundi DAP yang rasis, PKR yang mabuk kuasa dan minat LBGT dan pruralisma.

PAS berkembang hebat di kampus kampus dan impaknya besar sekarang. Penyokongnya amat taksub kepada pemimpin. Maaf saya katakan Kerajaan sendiri yang menyebabkan kemerosotan pengundi anak Melayu. Penulis ingin juga meliihat  anak cucu penulis menjadi Menteri satu masa nanti. Tetapi tindak tanduk Kerajaan tidak menjaga harta di dalam tangan, UMNO/BN mungkin tidak relevan lagi dalam tahun mendatang jika tidak berbuat sesuatu. DAP PKR PAS akan merubah segalanya dan amat mustahil untuk kita rebut kembali. Pulau Pinang akan menjadi seperti Singapura (mungkin mereka ingin menjadi sebuah Negara tersendiri) dan Hong Kong. Selangor semakin sukar dirampas. Kelantan yang menjadi mustahil untuk dimiliki oleh UMNO/BN.

Penulis berkata demikian kerana UMNO/BN kalah di Kelantan dan merosot di Terengganu  kerana pengundi Kelantan / Terengganu yang bekerja, belajar dan tinggal luar Kelantan/Terengganu. Mahasiswa dan siswi menyumbang kepada kekalahan dan kemerosotan UMNO/BN pada masakini dan akan datang jika Kerajaan berdiam tanpa tindakan. Kata DS Zahid dan DS S Subramaniam mencegah itu lebih baik daripada rawatan.

Berilah peluang dan kuasa kepada YBhg Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah melaksana agenda `pengkukuhan sokongan kepada UMNO/BN’ dan Prof Dr Sahul Hamid mem`bersih anasir anti Kerajaan’ di kalangan pensyarah dan kakitangan UiTM. Mungkin sukar hendak dilaksanakan kerana melibat cerdik pandai tetapi `start somewhere’. Banyakkan dialog dan interaksi dengan pemimpin Negara dan terapkan pri mustahaknya kuasa politik di tangan UMNO/BN dan TIDAK pada Melayu dalam DAP PKR PAS.

Banyak dan padatkan aktiviti kepelajaran di kampus yang menjuruskan kepada pembentukan mahasiswa siswi yang open dan sokong Kerajaan. Sessi suaikenal UiTM mesti dikendalikan badan pelajar yang pro Kerajaan. Zaman penulis di ITM dulu, sessi suai kenal di kendalikan oleh badan pelajar yang pro Islam (sekarang pro islam bermakna pro pembangkang dan anwar Ibrahim). Pengurusan mesti rombak dan libatkan UMNO/BN. Pengkukuhan bermula di sini lagi.

Fahamkan mereka erti kemerdekaan dan pentingnya menjaga hak istemewa orang Melayu dan UiTM. Suruh mereka mendafter sebagai undi dan dapatkan maklumat di masa mereka mengundi. Terangkan kepada mereka mustahaknya percaturan meletakkan pengundi pengundi di kawasan tertentu.

Penulis yakin dengan kebolehan kedua dua Prof dari UiTM ini. Sepatah kata Tan Sri Sanusi Junid di dalam Mingguan Malaysia 19hb Mei 2013, terlalu ramai cerdik pandai ingin memberi sumbangan idea kepada kerajaan tetapi tiada engagement secara yang sepatutnya. Dikatakan PM ini mempunyai ramai penasihat dan bergerak `within their circle’ sahaja. Ketewasan penasihat pun telah menjadi isu kepada UMNO dan pembangkang. Ada yang sorakkan kekalahan mereka.

Penulis  cadang PM menasihati atau mengarahkan penasihatnya supaya mencari jalan untuk mengemling pendapat veteran UMNO/BN dan para cendiakawan Melayu Cina dan India. Mesti jumpa mereka dan beri mereka pengiktirafan. Mereka nak sumbang idea. Engagement begini akan menguatkan lagi sokongan para veteran UMNO dan cendekiawan terhadap UMNO/BN. Inilah harta kita YAB DS Najib dan YAB TS Muhyiddin. Penulis nak ulang sekali lagi, `yang dikejar (pengundi Cina) tidak dapat, yang dikendong (pengundi Melayu & India dan Bumiputrea Sabah Sarawak) tercicir’.
Salah satu idea yang diberikan adalah seperti di bawah:-
Anonymous said...
UiTM kena lambakan sebanyak mungkin graduan undang-undang dari kalangan anak bumiputra luar bandar...bukan kah undi luar bandar yang menterabatkan BN pada PRU13...jadi kepada VC UiTM fokuskan program Menjejak Destini Anak Bangsa tu kepada mengrekrut pengambilan anak bumiputra luar bandar yang kurang mampu untuk mengikuti program sarjana muda undang....bila ramai lawyer dikalangan bumiputra UMNO, Bumiputra & Islam tak akan kena buli lagi dengan sepet, pungkok dan toncit laknatullah...

Ibrahim Kati
May 25, 2013 at 12:22:00 AM GMT+8
Ulasan ini timbul ekoran kes Majistret Norashikin tidak membenarkan permohonan  reman oleh PDRM terhadap Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar. Pengulas dan rakyat seakan hilang kepercayaan terhadap badan kehakiman yang dilihat pro pembangkang.
Beberapa hari kemudian, mereka didakwa di mahkamah. Tahniah PDRM dan Peguam Negara.
Tan Sri Prof Dr Ibrahim,
Pengulas di atas mahukan UiTM mengeluarkan graduan undang undang yang baik dalam bilangan yang ramai. Didik mereka ilmu undang undang dan juga tanamkan semangat Melayu dan Islam serta sayangi BN. Bantu mereka dengan kelas tambahan. Hantar kursus BTN. Involvekan mereka dengan program Belia. Rapat dengan mereka. Dedahkan mereka kepada pengamal undang undang yang terkenal. Selalu panggil penasihat undang undang UMNO memberi ceramah. Yang DiPertua Dewan Negara pun boleh. Aturkan `practical training’ untuk mereka. Sebelum tamat pengajian, carikan tempat kerja atau berurus dengan JPA atau SPA untuk mengisi kekosongan di Badan Kehakiman. Pastikan program ini menempatkan mereka ini diberikan keutamaan. `Graduan undang undang UiTM first’ di Badan Kehakiman mesti di realisasikan. Mungkin graduan UIA juga perlu dipertimbangkan juga.
Berbalik kepada topik Panglima BN kita, Penulis cadangkan  DAR mengetuai Jabatan atau Unit di Jabatan Perdana Menteri. Ia seumpama PEMANDU yang mengawal selia NKRA, ETP dan sebagainya. DAR dilantk CEO bertaraf Menteri supaya beliau senang berurusan dengan para Menteri di setiap Kementerian. Dahulu penulis ada berfikir unit ini bergerak dari UMNO IbuPejabat.Tetapi untuk keberkesanan, ia lebih sesuai beroperasi dari JPM. Juga bersesuaian dengan kedudukan DAR yang pernah menjadi KM Melaka.
Akhirnya, penulis rasa DAR adalah calon yang sesuai jika idea UMNO/BN ingin memenangi PRU14 akan datang. Jangan kejar bayang bayang (ahli,penyokong dan pengundi DAP) sebaliknya tumpu kepada harta depan mata atau yang sedang di kendong seperti:-.
Negeri:Sabah, Sarawak, Johor,Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Putrajaya, Labuan,
Kaum: Melayu, India dan bumiputera Sabah dan Sarawak
Persatuan: Persatuan Tentera dan Polis, Persatuan Ibu Tunggal dll
NGO: Perkasa, Majlis Belia, Belia 4B, RELA, Pertubuhan Silat dll

NOTA

Maaf.penulis tidak sempat hendak membariskan asset dan harta UMNO/BN yang mesti diberikan perhatian.

1 comment: