Thursday 13 June 2013

PEMBANGKANG MENDESAK PENGERUSI DAN AHLI SPR MELETAKKAN JAWATAN


DS Anwar Ibrahim dan geng lantang mendesak supaya keseluruhan ahli SPR meletakkan jawatan kerana jumlah petisyen yang tinggi iaitu 56 Parlimen dan DUN di dalam PRU 13 yang lalu.

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR telah menjawab di pentas yang berbeza yang mereka tidak akan meletakkan jawatan hanya kerana didesak.


Pengerusi SPR berkata ahli ahli SPR akan hanya  meletakkan jawatan jika ahlinya di istiharkan muflis, melebihi umur 66 tahun, dilantik menjadi wakil rakyat dan bekerja di organisasi lain yang mendapat gaji yang tetap. Selain daripada itu hanya yang Dipertuan Agong sahaja yang boleh mengarahkan ahli SPR meletakkan jawatan.

Perbuatan tidak mengiktiraf keputusan PRU13 adalah `tidak gentlemen’ manakala membaikot Majlis Angkat Sumpah’ pula tidak menghormati Parlimen dan peraturannya. Jika tidak bersetuju dengan keputusanPRU13, mereka boleh membuat petisyen di Mahkamah Tinggi dan jika masih tidak berpuas hati, boleh angkat petisyennya ke Mahkamah Persekutuan.

Ramai yang berpendapat supaya pembangkang teruskan membaikot Maj;is Angkat Sumpah, Mereka tidak dibenarkan bertugas sebagai Ahli Parlimen. Jika ia berlarutan sehingga 6 bulan, implikasinya ialah kerusi boleh dikosongkan dan Ahli Parlimen di lucutkan kelayakan. Penulis menyeru agar Ahli Parlimen mencipta sejarah `Malaysian Book of Records` apabila pilihanraya kecil 89 kerusi di adakan semula. Sila habiskan duit rakyat melayan kerenah awak semua.

Di dalam masa yang sama BN mesti teruskan usaha pengubalan Akta baru dan dibentang segera. Sila ambil `advantage’ ketiadaan Ahli Parlimen pembangkang di dalam Dewan. Buatlah kecoh dan hal sedikit sebagai pengajaran kepada ahli pembangkang.

Berbalik kepada bilangan petisyen yang banyak, iaitu 21 kes dari BN dan selebihnya Pembangkang, ia melambangkan SPR sebuah entiti yang bebas. Jika BN bersekongkol dengan SPR, BN menang di banyak kerusi dan mendapat 2/3 majoriti atau tidak tidak perlu membuat petisyen. Ia menelan belanja dan masa Mahkamah. Pembangkang pandai menuduh yang BN pun tidak mempercayai SPR dan dari itu ahli SPR wajar meletakkan jawatan. Penulis difahamkan petisyen BN adalah untuk men`confirm’kan ketulusan SPR dan bukan hendak mempertikaikan peraturan mengundi tetapi kesalahan calon pembangkang.


Ahli SPR tidak boleh meletakkan jawatan berdasarkan bilangan petisyen yang difailkan.. Bagaimana jika Mahkamah menolak 56 petisyen yang difailkan? Andaikata Mahkamah mendapati ada kes kelemahan pada SPR di semua 56 kerusi,barulah ada kewajaran Ahli SPR meletakkan jawatan.. 

No comments:

Post a Comment