Saturday 15 June 2013

MENTERI MELAKA `GILA’ NAK PATENKAN ASAM PEDAS MELAKA



Sinar Harian memberitakan yang Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Idris Haron mencadangkan Resepi Asam Pedas Melaka di patenkan. Penulis berpendapat ia satu usaha yang baik dan meletakkan satu nilai untuk sejenis makanan Melaka di suatu peringkat.

Seperti sedia maklum Sinar Harian adalah tabloid kepunyaan ahli dan penyokong PAS dan terdapat juga komen komen nakal terhadap KM. Antaranya
·                                
Bumi Putra Berjaya II · Works at Wikileaks · 1,161 subscribers
Teringat ketika Sanusi Joned menjadi Menteri Pertanian dulu...anjurkan tanam padi atas bumbung..Kalau beginilah tahap pemikiran sebagai Ketua Menteri Melaka lebih baik suruh Penyelia Kemas jadi KM.
·                                
Iman Hafiz ·  Top Commenter · Tauke Syarikat at Sendiri bisnes
Ingatkan nak patenkan alat2 high tech kee??? Asam pedas pun nak paten?? Cam ni ke level KM Melaka umno nii.....


Aspek yang boleh di patenkan ialah cara menyediakan , bahan mentah utamanya seperti Ikan Pari, Ikan Tenggeri,Ikan Kembong, Daging Tetel dan saiznya, cara hidangan ( Claypot atau lain) tahap kepedasannya, bahan iringannya (bendi atau terung), kecairan (vecosity) dan banyak lagi sudut.

Andaikata Asam Pedas Melaka ini dapat dipatenkan oleh chef (individu) dan atau Kerajaan Negeri Melaka, dan diniagakan secara francais, tuanpunya paten akan dapat mengutip royolti. Jika ia diurusniaga dengan baik dan meluas, pendapatan royolti akan meningkat.  Pemilik paten akan untung besar.

Paten, seperti pencacai PAS diatas berkata, kelazimannya melibatkan high tech product atau machinery. Ini bermakna, pemilik paten terpaksa membelanjakan wang yang besar untuk mendapatkan satu produk atau mesin. Katakan perbelanjaan RM1juta untuk 1 produk dan mesin. Pemilik akan melesenkan produk atau mesin pada kadar tertentu, mungkin RM100,000 `one off’ atau 5 peratus daripada jualan hasil penggunaan produk atau mesin. Ia memakan masa panjang untuk mendapatkan semula pelaburan RM1juta.


Kos pembangunan Asam Pedas Melaka, agaknya berapa kosnya? Katakan RM50,000 kerana menggunakan chef terkenal serta kerja kerja dokumentasi paten. Dan dan andaian ia diperniagakan seluruh Melaka (katakan 20 restoran) dengan bayaran RM2,000/restoran, pendapatan sudah mencapai RM40,000. Ini bermakna dengan kos yang murah dan produk makanan harian, menpatenkan Asam Pedas Melaka adalah berbaloi.

Penulis harap Kerajaan Negeri berkerjasama dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia memikirkan pemetanan Beca Melaka, Melaka RiverCruise, Farmosa dan Perkampongan Hang Tuah kerana ia sangat unik dimana  produk produk tersebut hanya berada di Melaka.


Untuk pengetahuan pencacai PAS diatas, Harley Dividson memetankan bunyi motor nya sahaja dan membuat jutaan ringgit keuntungan. Rajin rajinlah menghadiri ceramah harta intelek anjuran MyIPO. Biasanya ceramahnya FREE.
(maaf.Penulis tidak pandai `cut and paste' untuk komen pencacai PAS)

No comments:

Post a Comment