Saturday 22 June 2013

SALAM TAN SRI TAIB MAHMUD. MULAKAN LANGKAH UNTUK MENANG PRU DUN SARAWAK YANG BAKAL DIADAKAN 2 TAHUN LAGI?



Jika tidak silap,  Pilihanraya Umum DUN Sarawak akan diadakan dalam 2 tahun lagi. Dalam masa sesingkat itu, Tan Sri Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak dan jentera BN, mesti bekerja 24 jam untuk menjamin kemenangan. Pengalaman PRU13 Parlimen Sarawak boleh dijadikan panduan mengatur strategi untuk menang di kawasan bandar atau majoriti Kaum Cina.

Seperti yang YAB Tan Sri sedia maklum, di Parlimen,  DAP menguasai 5 bandar bandar utama di Sarawak. PKR menguasai 1 kerusi dan PAS masih belum dapat menebusi kubu BN di Sarawak.

Tan Sri
Persepsi Kerajaan Sarawak khasnya Tan Sri sendiri, mengamalkan rasuah secara berleluasa tanpa kawalan MESTI di perbetulkan.
Pengalaman penulis berurusan dengan pegawai Cina atasan dan pertengahan syarikat kaitan Rimbunan Hijau di Sibu selama 1 tahun, persepsi kaum Cina Sibu boleh disimpulkan seperti berikut:-

1.   Tan Sri Taib terlalu lama berkuasa.
2.   Tan Sri Taib mengamalkan rasuah di dalam tindak tanduknya.
3.   Tan Sri Taib melakukan salah kuasa di dalam melaksanakan projek pembangunan. Hanya beberapa syarikat yang diberikan keutamaan mendapat tender atau runding terus.
4.   Hutan balak dimusnahkan secara rakus. Syarikat rapat dengan keluarga diberikan konsesi balak. NGO luar negara digunakan untuk memberikan tekanan kepada Tan Sri.
5.   Tan Sri dan keluarga memiliki hartanah yang strategik di dalam bandar. Nilainya mencapai jutaan ringgit. Hartanah di perolehi daripada proses `kurniaan’.
6.   Majoriti Penjawat Awam menyokong Tan Sri dan BN manakala majoriti pegawai dan ahli perniagaan Cina `tidak suka’ Tan Sri (mereka tidak sebut BN pulak).

Penulis mohon Tan Sri dan BN `rectify the perception problem against Tan Sri dan BN’ dengan segera dan teratur serta efektif.

Bagaimana hendak melaksanakannya?
Tan Sri Taib Mahmud maha mengetahui apa nak buat kerana berpengalaman lama dalam politik tetapi dengan perubahan iklim politik dan terma politik baru, Tan Sri kena menggunakan teknik baru dan terkini. Anak muda sekarang gemar berfacebook dan bertwitter. Mereka `spend less time watching TV and reading newspapers.

Penulis banyak memberikan pandangan langkah untuk mengekukuhkan sokongan rakyat kepada BN terutamanya Bumiputera luar bandar dan bandar. Di Semenanjung, kita mengalami `tsunami Cina’ tetapi Tan Sri kata di Sarawak tiada `tsunamai  Cina’. Penulis tidak pasti apa pulak sebabnya kerusi di bandar bandar dimenangi oleh pembangkang. Diharap ada kajian terperinci dilakukan oleh BN Sarawak.

BN disarankan memberikan tumpuan yang lebih kepada kebajikan penduduk luar bandar. Cuba penuhi keperluan mereka terutamanya bekalan air  dan elektrik, perumahan yang teratur dan selesa, lebuhraya dan sistem pengangkutan air yang effisen dan selamat. Klinik desa dan perkhidmatan kesihatan mesti sampai ke desa. Keselamatan kampong dan perumahan terus menjadi keutamaan Kerajaan. Peluang pekerjaan untuk anak Bumiputera perlu dipergiatkan.

Konsepnya `jangan kejar bayang bayang kerana dikuatiri `harta’ yang sedang dikendong akan tercicir.

Siapa kah bayang bayang itu dan apa kah harta harta yang sedang dikendong?  DS Najib melakukan pelbagai insentif dan peruntukan untuk kaum Cina. Peruntukan demi peruntukan diluluskan. Mereka datang ke Majlis Jamuan dan enjoy persembahan Psy dan `appearance’ Michelle Yeo. Pada masa 5hb Mei 2013, DS Najib dikejutkan dengan keputusan PRU13. Sebanyak 90=95 peratus kaum Cina mengundi DAP PKR PAS. Terperanjat beruk pemimpin dan rakyat Melayu. Inilah yang dimaksudkan dengan bayang bayang.

Harta harta yang sedang dikendong ialah kaum Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak. Rakyat di luar bandar ramai yang menyokong BN. Penjawat awam 70 peratus menyokong BN. Persatuan Veteran POLIS dan TENTERA, Pertubuhan SILAT, RELA, PERKASA, kebanyakan NGO Melayu dan Islam. Kakitangan GLC GLC yang pandai pandai hanya 50 peratus menyokong BN. Bah kata DS Najib, orang terpelajar seperti peguam pun boleh menerima pembohonan Anwar Ibrahim mengenai SPR seperti 40,000 pengundi hantu bangla dan blackout. Harta harta ini lah yang mesti dijaga dan dilindongi.

BN Sarawak mesti mengandakan bilangan dan serangan cybertroopernya. Bertindak seperti Red Bean Army tetapi beretika. Perbetulkan persepsi salah dan sekali sekala menyerang. Gabung dengan blogger pro kerajaan di Sarawak. Atur strategi dan kelibat Tan Sri dengan blogger melalui perjumpaan dan penerangan isu  semasa amat mustahak. Jikalau keahlian Red Bean Army seramai 3000 orang, BN kena `recruit’ 6,000 ahli. DAP dan ahli serta penyokongnya menyumbang pembayaran gaji mereka yang beranggaran RM3000 hingga RM8000 seorang. BN boleh memperuntukan sebahagian peruntukan promosinya untuk tujuan ini atau tubuhkan tabung. GLC GLC yang kelazimannya menghabiskan wang untuk jamuan, meeting atau lawatan luar negara dan outstation expenses tidak menentu, diarah mencarum secara bulanan. Langkah ini lebih baik kerana dengan peruntukan, cybertrooper muda dapat kerja dan mesej kerajaan dapat disampaikan. BN terus menerajui Sarawak.  

Jentera BN mesti bergerak aktif di rumah panjang sebagai contohnya. Lantik ketua ketua penerangan dan beri peruntukan untuk mereka bergerak. 2 atau 3 orang dalaman di setiap rumah panjang bekerja sepanjang masa memungkinkan pengkukuhan idealogi BN.

Ada penulisan untuk menambah bilangan ahli parti. Anak anak muda di sekolah, kolej, politeknik dan di Universiti perlu didekati mulai `yesterday’. Adakan program mendekati mereka seperti IM4U dan sukarelawan. Beri mereka perhatian dan pertolongan. Di Semenanjung mengambil contoh Kolej Universiti Islam Melaka, diberitakan 90 peratus pelajar mempunyai telefon canggih dan twiter. Suasana alam mayanya dipenuhi dengan berita pro pembangkang. Ini yang perlu BN lindongi. BN `malas’ mengadakan atau menandingi Red Bean Army dan sekutunya, maka tiada jalan lain selain daripada mendekati mereka, melindongi mereka dan memberikan maklumat tepat secara `advance’. Jangan asyik membetulkan persepsi sahaja. Bila lah masanya untuk mengatur strategi pembangunan?

Pelajar yang sedang menuntut di luar negara jangan dibiarkan di `rasuk’ oleh ideologi PAS PKR DAP. Rugi Kerajaan Sarawak membelanjakan jutaan  wang memberi biasiswa dan apabile tamat pengajian menjadi penyokong pembangkang. Kalau tidak cukuporang untuk memantau atau menjaga mereka, wajar berhentikan terus pemberian biasiswa dan pinjaman. Pembangkang kalau berjaya ke Putrajaya, mereka bertekad untuk menghapuskan PTPTN dan pinjaman lain termasuk di Sarawak.

Penulis mencadangkan setiap Parlimen diadakan Inkubator Peguam, Inkubator Jururancang, Inkubator Real Estate, Inkubator Arkitek, Inkubator Oil Palm Planting Advisor, Inkubator Sains dan Biotek, Inkubator ICT, Inkubator Graphic Design dan macam macam business lain.

BN akan membantu graduan di dalam bidang tersebut menimbang pengalaman dan pekerjaan sebelum benar benar bersaing di dalam bidang tersebut. BN akan mengenalpasti ruang bekerja seperti rumah kedai dan lengkapkan kemudahan seperti telefon dan internet, komputer, hawa dingin dan keperluaan lain. BN akan membayar sewa bulanan, kos telekkomunikasi, air dan elektrik dan elaun mentor (peguam kanan) dan gaji graduan peguam. Mentor akan membantu menasihati graduan peguam tatakerja dan selok belok perundangan. Mentor yang juga ahli BN, akan berunding dengan Kerajaan Sarawak untuk mengkurniakan beberapa jobs yang incomenya tetap seperti `panel sale dan purchase’ dan jobs bersifat syariah, saman fitnah dan semua supaya graduan peguam akan berpengalaman.

Usaha ini akan mendekatkan graduan graduan dengan BN dan ini baik untuk jangka panjang. Kerja kerja mempengaruhi graduan ini akan lebih senang kerana mereka dekat dengan BN dan kenang jasa BN. Jika setiap inkubator (katakan 20 inkubator) mempunyai 10 graduan, ini bermakna BN telah mendekati 200 graduan yang `appreciate’ BN.Dari Parlimen, cuba di DUN pulak.

Seminar tentang pengurusan hutan di merata bandar Sarawak perlu diadakan sekerap dan meluas mungkin. Sila participate di dalam  exhibition dan seminar di KL dan terangkan kemajuan pengurusan hutan di Sarawak, Rakyat Semenanjung wajib tahu bahawa 80 peratus daripada keluasan Sarawak (12.4 juta hektar)  masih berhutan. Sarawak kena bantu menjelaskan situasi di Malaysia.

Semua ini boleh dijadikan panduan untuk mengatasi masalah persepsi yang dihadapi oleh Kerajaan Pusat dan Sarawak. Sila lapangkan masa memberi coretan penulis yang tidak seberapa itu...sekadar pandangan demi bangsa dan negara Malaysia, agama Islam dan parti BN.

Satu lagi pendekatan ialah bantuan seumpama BRIM2.9 tetapi kali ini untuk penduduk Bumiputera yang berada di luar bandar. Penulis memuji keputusan Kerajaan menaikkan elaun kemiskinan untuk penduduk luar bandar berkelayakan.

Penulis ingin mengulas presepsi kaum Cina terhadap Tan Sri dan BN mengikut susunan berikut:-

Tan Sri Taib terlalu lama berkuasa.
Situasi di Sarawak berbeza sedikit di Semenanjung. Kaum Cina menguasai ekonomi Sarawak. Kumpulan Rimbunan Hijau mempunyai lebih ratusan ribu hektar ladang kelapa sawit. Syarikat pembalak Sarawak adalah pengekspot papan lapis terbesar ke Jepun. Kapal dan feri dimiliki oleh kaum Cina. Hartanah dan projek perumahan dan komersil dimiliki peniaga Cina.

Mereka sungguh `financial independent’ dan boleh menaikkan atau memusnahkan ekonomi Sarawak. Orang kaya boleh menutup sementara rangkaian Pasarayanya seminggu dan ia boleh menderitakan rakyat. Perkhidmatan feri di`mogok’kan seminggu akan melumpohkan perniagaan dan kehidupan. Perniagaan monopoli sesuatu perniagaan / bidang (perladangan dan perhotelan sebagai contoh) dan juga dasar monopoli sesuatu kaum (kaum Cina sebagai contoh), membuatkan Kerajaan BN berhati hati untuk berkeras dengan kaum Cina. Kerajaan BN pimpinan Tan Sri mesti `friendly government’ supaya mereka dapat membangunkan Sarawak di samping Kerajaan dapat menafaat daripada pembangunan tersebut. Menafaat seperti cukai dan premium tanah dan pembangunan jalan dan kemudahan asas oleh syarikat dan banyak lagi.

Tan Sri Taib mesti bertahan di jawatan Ketua Menteri sehinggalah ada pengganti yang setanding dan dihormati oleh peniaga Cina. Dahulu penulis mengharapkan anak Tan Sri sendiri, Datuk Seri Sulaiman Abd Rahman menerajui Sarawak selepas Tan Sri mengundurkan diri. Sebabnya begini.

Tan Sri Taib seorang yang berharta dan keluarganya mempunyai rangkainan perniagaan yang meluas, walaupun tidak sebesar dan segagah Kaum Cina. Anak Tan Sri juga mempunyai rangkaian perniagaan termasuk perbankan.

Kekayaan Tan Sri, sikap `panas baran’ dan `strict’ dalam urusan membuatkan peniaga kaum Cina `respect’ dan berhati hati di dalam tindak tanduk mereka. Tan Sri berkeupayaan membalas balik perbuatan kaum Cina jika berlakunya sabotaj.

DAP mendesak Tan Sri meletakkan jawatan kerana dengan perletakan jawatan, ia mempercepatkan kejatuhan BN di Sarawak. Peniaga Cina akan `lost respect’ kepada penganti Tan Sri, mungkin YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan mungkin Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg (Datuk Fadillah Yusuf pun berpotensi di dalam 5 tahun akan datang tetapi beliau kena direspect di dalam perniagaan). Mereka akan demand banyak lagi tanah dan pengurangan cukai dan jika tidak turuti, mereka memberontak. Perbalahan sengaja di `berlaku’kan. Ini lah sebahagian agenda DAP.

Peringatan untuk Datuk Amar Awang Tengah....Selingan
Berdasarkan `Market talk’ di Semenanjung oleh konsultan Cina dari Sarawak dan Ipoh, ( dan mungkin kawan Datuk Amar Awang) yang terlibat di dalam industri `environment’ atau berkaitan `waste water treatment’, Datuk Amar Awang kerap ke Kuala Lumpur. Selain daripada tugasan rasmi, Datuk Amar ada minum makan dan lepak dengan konsultan konsultan tersebut. Yang tidak enaknya ada cerita  kutip `tol dan bawa briefcase.

 Penulis mendengar percakapan mereka mengenai amalan rasuah tanpa mendapat maklumat lanjutan kerana tiada bukti dan tidak kenal rapat dengan konsultan.

Dari itu, walaupun Datuk Amar tidak mengambil rasuah, tolong hati hati apabila berjumpa orang. Bawalah dua tiga orang bersama. Itu pun jika hendak dipertimbangkan untuk kerusi KM Sarawak. Anda bukan sahaja kena bersifat baik tetapi mesti kelihatan baik. Berita kononnya Datuk Amar kutip tol sedang merebak di Semenanjung dengan pantas.

Dalam pada itu, peniaga Cina akan merasa gerun lagi jika anak Tan Sri, Datuk Seri Sulaiman Rahman, menjadi Ketua Menteri. Ini adalah kerana dibelakang Datuk Seri Sulaiman Rahman, ada bapanya. Sekarang situasi sukar sedikit kerana anak Tan Sri tidak berada di dalam politik. Dua options. (1)Tan Sri terus menerajui jawatan KM dan membina kerektor pengganti Tan Sri. Atau (2) Tan Sri boleh menjadi Menteri Kanan seperti di Singapura.

Tan Sri Taib mengamalkan rasuah di dalam tindak tanduknya.

Pembangkang menuduh Tan Sri Taib seorang yang perasuah akan tetapi pada penulis rasuah ini `two ways’ dan berpunca daripada peniaga Cina. Merekalah yang merasuah penjawat awam Melayu.

Ramai pengulas bersetuju bahawa orang Cina lah yang mencipta dan mengamalkan budaya duit kopi, gangsterism, pengendali rumah urut, pelombong pasir, memproses dadah dan ah long.

Penulis senantiasa mengidamkan kerajaan bertindak keatas Ah Long, Rumah Urut /  Pub dan Pusat Pelacuran. Malaysia kena tiru Brunei Darulsalam. PDRM kena tangkap dan dakwa Ah Long. Kebanyakan orang Cina kaya dengan duit penipuan, judi dan wang haram. Dengan duit itu mereka membeli harta. Orang Muar terutamanya mengatakan Leong Hup Berhad kaya raya kerana dikatakan salah seorang adik beradiknya menjual dadah suatu masa yang lampau dan pernah dipenjarakan di Hong Kong. Dengan modal yang ada, mereka membangunkan suatu perniagaan.

Hampir semua berita rasuah datang dari sumber yang tidak sahih dan tepat.Terbaru, Datuk Sri Mahmud Bekir anak kepada Tan Sri Taib melalui proses penceraian dengan isterinya. Dikatakan bekas isterinya `bercerita’ suaminya mempunyai pendapatan RM200,000 sebulan. Teknikalnya sesuatu tuntutan yang dimajukan ke Mahkamah untuk pertimbangan Yang Arif Hakim (belum di buat keputusan) telah menjadi fakta, apabila terjatuh kepada blogger pembangkang.  Spekulasi berlegar Tan Sri Taib adalah orang terkaya di Malaysia dengan simpanan harta sejumlah RM26bilion dan macam macam. Tetapi tiada kepastian. Lontaran satu angka menjadi suatu fakta.

Ada dimuatkan berita seorang peguam Sarawak di mana anak guamnya ingin menjual ladangnya seluas 32,000 ekar pada harga RM230 juta. Beliau berseloroh ke atau ingin menjadi broker, beliau mengatakan Tan Sri Taib sepatutnya menerima 10 peratus (Tan Sri Taib meminta? Tan Sri Taib diberi? Tan Sri Taib tidak tahu menahu langsung?) untuk mempercepatkan kelulusan jualan tanah. Jika ia berlaku, ini bermakna Tan Sri akan menerima RM23 juta, peguam men`charge’ 1 peratus atau RM2.3 juta dan penjual menerima hasil jualan ladang RM205juta.

Jikalau begitu, hampir semua peniaga Cina melakukan kesalahan memberi rasuah di Sarawak dan pernah merasuah Tan Sri Taib. Ini berdasarkan andaian percakapan seorang peguam tadi. Harap harap kedua pihak (yang memberi (tidak mengira balaci atau pemilik saham atau Pengarah Urusan Syarikat) dan yang menerima (Tan Sri Taib atau sesiapa  yang membantu menerima)) mendapat hukuman yang setimbalnya.

Penulis pernah BERMIMPI seorang Pembesar Negara di Benua Afrika didakwa melakukan rasuah di dalam satu kes. Pembesar Negara terpaksa mempertahankan diri beliau dan membuka cerita mengenai semua syarikat (55 buah syarikat) di negara itu yang merasuah Pembesar Negara itu. Mahkamah membuat keputusan Pembesar Negara bersalah dan dipenjarakan. Begitu juga dengan semua Lembaga Pengarah syarikat syarikat yang dinamakan oleh Pembesar  Negara. Semua harta Pembesar negara dan syarikat syarikat (yang mempunyai nilai 100 kali lebih banyak daripada Pembesar tadi) disita dan diserahkan kepada Kerajaan.  Kerajaan tersebut telah menggunakan `income’ syarikat tersebut untuk membangunkan negara, menyusun semula masyarakat supaya lebih seimbang, mengeluarkan biasiswa dan semua kos pengurusan sesebuah Kerajaan.

Pada penulis Pembesar Negara tersebut telah bertindak sebagai `wira’ yang dapat melindungi rakyat dan kaumnya. Beliau berani untuk dipenjarakan tetapi pengarah syarikat tersebut ingin merasuah Tuan Hakim negara Afrika tersebut pulak. Perbuatan melakukan rasuah tidak pernah lentur. Pembesar Negara berjaya mengembalikan harta negara kepada rakyat keseluruhannya.



Tan Sri Taib melakukan salah kuasa di dalam melaksanakan projek pembangunan. Hanya beberapa syarikat yang diberikan keutamaan mendapat tender atau runding terus.

Peniaga Cina kayaraya dan telah menguasai banyak industri di Sarawak pun cemburu dengan Tan Sri kerana tidak memberikan peluang kepada kontraktor Cina melaksanakan projek mega. Pada pemerhatian penulis kebanyakan projek diberikan kepada GLC Sarawak sendiri dan ada kewajarannya. Macam pemaju perumahan milik Cina pun di `beri’ dan di`beri tender’ kepada kawan kerana sudah tahu tahap keupayaannya. Kronomisme di kalangan mereka boleh, Kerajaan atau orang Melayu haram.

Rakyat terutamanya kaum Cina kurang tahu bahawa syarikat GLC yang menjalankan projek itu kepunyaan kerajaan Negeri. Keuntungannya berbalik kepada kerajaan. Keuntungan tadi di `plough back’ untuk bayar kos pembangunan lain. Andaikata sebuah lebuhraya di bina dengan kos RM100 juta, kadar keuntungan bagi GLC tadi dianggarkan setinggi 20 peratus (kadang kadang 10 peratus sahaja) ataupun RM20juta dan keuntungan ini menjadi modal berniaga (contoh RM15juta) dan membayar kos operasi pekerja GLC (contoh RM5juta).

Selebihnya RM80juta dibelanjakan untuk mendapatkan perkhidmatan jentolak dan perkakasan, membeli batu aggregate dan pasir serta tar. Perniagaan jentolak dan perkakasan serta lori miliki kaum Cina. Begitu juga Kuari dan Kilang Aspalt yang dibekal oleh syarikat Cina. Pekerja projek ini terdiri daripada 50 peratus PATI dan 50 peratus tempatan termasuk jurutera, jurukur, pemandu lori dan jentera.

Syarikat bukan milik kerajaan pula akan mengaut keuntungan tanpa perlu membahagikan untung kepada pihak lain termasukah pekerjanya.

Kesimpulannya setiap projek yang Kerajaan Sarawak jalankan keuntungannya akan dinikmati oleh kaum Cina. Pembinaan lebuhraya mungkin memakan masa 3-4 tahun, manakala perniagaan yang diceburi oleh kaum Cina, pendapatannya sepanjang tahun. Kerajaan Pusat untung cukai korporat yang mungkin ada `adjustment’, manakala Kerajaan Negeri mengutip cukai harta, cukai tanah dan sebagainya. Penulis harap perkara persepsi Kerajaan Sarawak dapat diulas dengan baik dan efektif untuk diterangkan kepada rakyat.

Hutan balak dimusnahkan secara rakus. Syarikat rapat dengan keluarga diberikan konsesi balak.

Persepsi hutan Sarawak diurus dan di potong dengan rakus oleh Kerajaaan adalah tidak betul samasekali. Penulis menghadiri seminar anjuran kerajaan Negeri di Miri tahun lepas dan terkejut dengan fakta yang dibentangkan oleh penjawat awam bertauliah. Hutan Sarawak diurus dengan baik. Peratusan hutan dengan keluasan Sarawak adalah 80:20 peratus. Program penanaman semula hutan giat dijalankan. Usaha pemuliharaan hutan dan binatang terpelihara terus menjadi agenda utama Kerajaan Sarawak.

Tan Sri dan keluarga memiliki hartanah yang strategik di dalam bandar. Nilainya mencapai jutaan ringgit. Hartanah di perolehi daripada proses `kurniaan’

Penulis tidak dapat mengulas persepsi ini kerana penulis tidak mendapat maklumat yang tepat. Penulis hanya ditunjuk secara sepintas lalu ketika meronda sekeliling bandaraya Kuching, semasa pergi makan tengahari atau makan malam. Selain daripada penulisan blog blog pro pembangkang yang tiada fakta sokongan.

Tetapi peniaga Cina (contohnya) memiliki ladang kelapa sawit hampir 90 peratus keluasan Pulau Daro di Mukah ataupun 9000 hektar. Syarikat induknya, Jaya Tiasa Berhad sahaja mempunyai keluasan tanah kelapa sawit 80,000 hektar ladang sawit. Syarikat Kumpulan Rimbunan Hijau dan syarikat sekutu pula mengawal atau menguruskan keluasan tanah sawit dan balak seluas 800,000 hektar (tidak pasti). Bagaimana dengan syarikat peladangan Cina yang lain? Bagaimana dengan syarikat pembalakan yang kayaraya.?

Sedikit ke keluasan tanah itu jika dibandingkan dengan tanah milik Tan Sri dan keluarga yang berlokasi di bandaraya Kuching dan bandar lain.

Terdahulu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di London, NGO Global Witness (GW) mengeluarkan sebuah video yang merakam perbualan di antara penyiasat persendiran GW dengan dua pupu Tan Sri Taib.

Video itu mendedahkan bagaimana Tan Sri Taib dan anggota keluarganya menimbun kekayaan secara haram dengan memunggah kekayaan hasil dari aktiviti pembalakan secara berleluasa.  Video tersebut dimuat naik dalam YouTube dan disiarkan rangkaian TV Aljazeera pada 18 Mac lalu. (Video ini merakamkan percakapan dua pupu Tan Sri dengan GB sahaja).

Menyamar sebagai pelabur asing untuk membeli tanah hutan balak untuk dijadikan ladang kelapa sawit, penyiasat GW berbual dengan Fatimah Abdul Rahman dan Norlia Abdul Rahman, yang merupakan anak-anak bapa saudara Taib iaitu Abdul Rahman Ya’acob, ketua menteri sebelum Tan Sri Taib.

Pada penulis perbuatan GW untuk mendapatkan maklumat adalah terkutuk dan dalam keadaan terdesak untuk mengaibkan seseorang. Keduanya perbualan dengan dua pupu Tan Sri adalah secara sepontan dan telah menjadi tugas seorang peniaga atau broker mengatakan mereka rapat dengan KM Sarawak dan kalau boleh PM sendiri.  Di Melaka pun, ramai broker akan menggunakan gambar KM dan broker yang diambil berdua dahulu dalam satu majlis, telah digunakan untuk mempengaruhi pihak pelabur atau yang hendakkan perkhidmatan. Ia tidak boleh menjadikan Tan Sri yang bertalian keluarga dan dua pupunya bersalah kerana rapat dengan mereka.

Seterusnya, Fatimah dan Norlia, melalui sebuah syarikat adalah salah sebuah syarikat Bumiputera yang berjaya mendapat pertimbangan dan kelulusan mengusahakan 5000 ekar untuk tanaman kelapa sawit. Sebenarnya banyak syarikat lain termasuk syarikat milik Cina mendapat kelulusan tetapi tidak di `highlight’kan dan di sensasi kerana beliau ada kaitan keluarga dengan Tan Sri.

Penulis yang pernah jumpa Fatimah dan Norlia di Concorde Kuala Lumpur tahun lepas (tetapi tidak melakukan `recording’) pun menerima proposal pembangunan ladang kelapa sawit yang berlokasi di Julau. Kawasan tersebut ada sedikit kayu kayan yang jika diusahakan, dapat membantu membiayai kos pembangunan sebuah ladang. Kita kena respect keadah negotiation Fatimah untuk menjayakan projeknya. Jika ia mendapat deal yang terbaik, itu rezeki Fatimah. Kalau ada pelabur yang bersetuju membangunkannya (pelabur mendahulukan kos pembangunan) dengan Fatimah mendapat 30% saham, ia satu deal yang baik dan menguntungkan.

Kenapa kita nak marah Tan Sri Taib kerana meluluskan 5,000 ekar kepada syarikat Bumiputera dan bersikap diam dengan kelulusan 50,000 ekar kepada syarikat Cina Fu Chow? Ta An? Jaya Tiasa? Adakan Tan Sri Taib menyuruh Fatimah dan Norlia menguruskan projeknya sedemikian rupa.? Penulis rasa terpulang kepada mereka kaedah yang terbaik untuk jalankan projek.

Majoriti Penjawat Awam menyokong Tan Sri dan BN manakala majoriti pegawai dan ahli perniagaan Cina `tidak suka’ Tan Sri (mereka tidak sebut BN pulak).

Sepanjang pergaulan dengan penjawat awam dan ahli perniagaan Cina, itu lah kesimpulannya. Majoriti penjawat awam berdiri teguh dibelakang Tan Sri Taib. Penulis syorkan Tan Sri rapatkan lagi saf dengan pemjawat awam.Sila hadiri semua perjumpaan atau majlis perasmian yang melibatkan penjawat awam dan rakyat. Utamakan mereka dahulu kerana terbukti mereka adalah tulang belakang Kerajaan BN. Deman sikit atau sakit pinggang minor, pun kena gagahkan diri berjumpa mereka. Mereka akan rasa lebih senang hati dapat melihat Tan Sri hadir.

Seperti yang diketahui, 2 tahun tidak lama malah Tan Sri kena berkomunikasi dengan mereka sekerap boleh. Ahli jentera kena dipujuk berkerja keras dan turun ke akar umbi. Kempen PRU13 yang lalu mesti diteruskan tanpa henti. Kali ini BN lebih pasti mengenai strateginya. BN dah tahu kekuatan dan kelemahannya. Juga `threat’ dan `opportunity’. BN tahu kaum Cina tidak menyokong BN. Jangan kejar bayang bayang. Tinggalkan mereka buat sementara (satu atau dua penggal).  Beri perhatian kepada `harta’ yang sedang dikendong. Takut keciciran. Buat program untuk PM turun Sarawak tetapi kurangkan lawatan ke kawasan bandar dan majoriti Cina. Tidak membawa hasil. Penyokong Cina BN kena faham dan berkorban sedikit untuk BN lebih berjaya di masa hadapan. 

Dijelaskan juga nasihat dan gesaan penulis kepada KM dan seluruh Kementerian membuat pembersihan anasir anti kerajaan di kalangan penjawat awam termasuk di dalam GLC Sarawak dan program pengkukuhan sokongan kepada BN. Walaupun majoriti penjawat awam menyokong Tan Sri, program pengkukuhan sokongan terhadap BN mesti berterusan. Lihatlah senarai Kementerian dan agensi di bawah Kerajaan Sarawak. Panjang senarainya dan jika tiada diurus oleh sebuah team yang dedikasi dan efektif, tidak terbuat. Ini lah `harta’ yang BN sedang kendong. Jagalah mereka. Rapatlah dengan mereka. Mereka pun boleh menjadi agen kepada BN walaupun sebilangan mereka tidak boleh memegang jawatan politik.

Kementerian Kemudahan Awam
Kementerian Kemajuan Tanah
Kementerian Pelancongan Sarawak 
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Kementerian Pembangunan Perindustrian
Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar
Kementerian Permodenan Pertanian
Kementerian Perumahan Sarawak
Kementerian Pembangunan Sosial
Biro Wanita

Kementerian Pembangunan Infrastruktur & Perhubungan   
Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti 
Pejabat Ketua Menteri
Majlis Adat Istiadat
Jabatan Pertanian Sarawak
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri SarawakDewan Undangan Negeri                                      
Jabatan Perhutanan Negeri

Jabatan Ketua Menteri
Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera JKM
Unit Pentadbiran JKM
Unit Hub Halal JKM
Unit Pengurusan Sumber Manusia JKM
Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi JKM
Unit Audit Dalam JKM
Unit Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Korporat JKM
Unit Pemodenan Perkhidmatan & Kualiti JKM
Unit Pemodenan Perkhidmatan & Kualiti  JKM
Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri JKM
Unit Perancang Sarawak JKM
Unit Keselamatan Negeri JKM
Unit Makmal Penyelidikan Tanah Gambut Tropikal JKM
Unit Pembangunan Tenaga Kerja JKM

Jabatan Agama Islam Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kehakiman Syariah
Jabatan Kerja Raya
Jabatan Muzium Negeri Sarawak
Jabatan Peguam Besar Negeri
Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak
Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sarawak
Jabatan Tanah dan Survei

Mahkamah Bumiputera

Pejabat Mufti Sarawak
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 
Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri 
Pejabat Yang Di-Pertua Negeri Sarawak
Pusat Latihan Pembangunan Belia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
Tabung Baitulmal Sarawak

Majlis Daerah Bau
Majlis Daerah Betong
Majlis Daerah Dalat dan Mukah
Dewan Bandaraya Kuching Utara
Majlis Daerah Kanowit
Majlis Daerah Kapit
Majlis Bandaraya Kuching Selatan
Majlis Daerah Lawas
Majlis Daerah Limbang
Majlis Daerah Lubok Antu
Majlis Daerah Lundu
Majlis Daerah Luar Bandar Sibu
Majlis Bandaraya Miri
Majlis Daerah Maradong dan Julau
Majlis Daerah Marudi 
Majlis Daerah Matu dan Daro
Majlis Daerah Samarahan
Majlis Daerah Saratok
Majlis Daerah Sarikei
Majlis Daerah Serian
Majlis Daerah Simunjan
Majlis Perbandaran Padawan
Majlis Daerah Subis
Majlis Perbandaran Sibu
Sri Aman District Council

Pejabat Residen Bahagian Betong
Pejabat Residen Bahagian Bintulu
Pejabat Residen Bahagian Kapit 
Pejabat Residen Bahagian Kuching
Pejabat Residen Bahagian Limbang
Pejabat Residen Bahagian Miri
Pejabat Residen Bahagian Mukah
Pejabat Residen Bahagian Samarahan
Pejabat Residen Bahagian Sarikei
Pejabat Residen Bahagian Sibu
Pejabat Residen Bahagian Sri Aman

Pejabat Daerah Asajaya
Pejabat Daerah Bau
Pejabat Daerah Belaga
Pejabat Daerah Betong
Pejabat Daerah Bintulu
Pejabat Daerah Dalat
Pejabat Daerah Daro
Pejabat Daerah Julau
Pejabat Daerah Kanowit
Pejabat Daerah Kapit
Pejabat Daerah Kuching
Pejabat Daerah Kuching
Pejabat Daerah Lawas
Pejabat Daerah Limbang
Pejabat Daerah Lubok Antu
Pejabat Daerah Lundu
Pejabat Daerah Marudi 
Pejabat Daerah Matu
Pejabat Daerah Meradong
Pejabat Daerah Miri
Pejabat Daerah Mukah
Pejabat Daerah Pakan
Pejabat Daerah Samarahan
Pejabat Daerah Sarikei
Pejabat Daerah Serian
Pejabat Daerah Sibu
Pejabat Daerah Simunjan
Pejabat Daerah Song
Pejabat Daerah Sri Aman
Pejabat Daerah Tatau
Selangau District Office

Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)
Perbadanan Urusan Kejuruteraan dan Limbungan Brooke
Perbadanan Perumahan dan Pembangunan Sarawak (PPPS)
Lembaga Pelabuhan Kuching
Lembaga Air Kuching
LAKU Management
Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA)
Lembaga Air Sibu
Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (SLDB)
Lembaga Pelabuhan Miri
Lembaga Pelabuhan Rajang
Lembaga Pelancongan Sarawak
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA)
Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
Majlis Islam Sarawak
Majlis Teknologi Maklumat dan Sumber Negeri Sarawak
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC)
Perbadanan Perusahaan Kemajuan Kayu Sarawak (PUSAKA)
Perbadanan Stadium Negeri Sarawak
Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak
Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak
Pustaka Negeri Sarawak
Yayasan Sarawak
Syarikat SESCO Berhad
Penulis tidak pasti berapa ramaikah penjawat awam yang bertugas di Kementerian dan agensi negeri Sarawak ini. Setiap undi adalah emas dan jangan buang emas ini kepada pihak pembangkang.

No comments:

Post a Comment