Sunday 2 June 2013

SEKOLAH VERNAKULAR MENJURUS PERPECAHAN MASYARAKAT. JOM UBAH UNTUK PENYATUAN NASIONAL..


Sejak kebelakangan ini, para cendiakawan (majoriti pro kerajaan) membincangkan topik penyatuan nasional. Adan penyatuan nasional seni ada penyatuan melaui pendidikan, penyatuan melaui pendidikan  Cendiakawan dari Universiti dan aktivis sosial telah dijemput membahas strategi dan keadah perlaksanaan ekoran daripada saranan DS Najib Tun Razak. Sibok dan kerap di katakan Awani dan Bernama mahupun TVI dan TV3.
Penulis TIDAK YAKIN ia akan berjaya di laksanakan kerana pertamanya hanya satu pihak sahaja yang mahu bersatu. Orang Cina khasnya tidak ambil peduli Pemimpin DAP tidak bersuara langsung. Keduanya structure pendidikan yang membenarkan pendidikan mengikut bangsa. Jikalau orang Cina mahu mengekalkan bahasa Cinanya, ia boleh dilakukan di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Wawasan.
Berbuih kita (orang Melayu) bercakap dan Penulis rasa ia MEMBAZIRKAN MASA sahaja. Orang Cina akan bersetuju untuk bersatu jika mereka mendapat kuasa politik secara mutlak.
Penulis beryakinan BN wajar melaksanakan program pembersihan politik `extreme’ pembangkang dan pengkukuhan sokongan BN. Hanya selepas BN kuat dan sokongan rakyat Melayu bertambah, agenda penyatuan nasional boleh dilaksanakan kerana orang Cina tiada alternatif.
Kita kena realistik. Dasar Pendidikan Negara membenarkan pendidikan vernakular ini dijalankan di Malaysia buat seketika. Bagaimanapun, Ini boleh berubah jika rakyat Melayu sudah bosan dengan sikap `pisau dalam lipatan’ kaum Cina dan ketidak perdulian mereka di dalam penyatuan nasional. Penulis ramalkan pemimpin Melayu akan berusaha untuk bersatu atau menambahkan bilangan dan peratusan sokongan terhadap pemimpin UMNO dari masa kesemasa. Untuk pengetahuan ramai,UMNO memenangi 88 kerusi Parlimen dari 133 kerusi Parlimen yang di menangi BN. Kerusi 88 itu hampir dengan kerusi yang di menangi PKR DAP PAS.
Apabila sudah sampai masanya, lebih lebih lagi kemunculan pemimpin UMNO dan NGO yang tegas dan berani mempertahankan hak dan maruah Melayu (seperti ketegasan Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Ibrahim Ali, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah, Datuk Mohd Noor Abdullah dan Datuk Zulkifli Noordin), Dasar ini akan diubah. Lagi pun kita kena `ubah dan cuba’. Pendidikan vernukular kita sudah diketahui `resultnya’ iaitu masyarakat berpecah belah. Sistem satu aliran pendidikan seperti di Singapura dan Indonesia terbukti berjaya menyatukan rakyat. Jom kita cuba UBAH.

Penulis sarankan sementara ini Kerajaan BN buat lah sesuatu. Ibubapa Cina didapati keberatan untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Memandangkan orang Cina tidak mahu ke Sekolah Kebangsaan, Penulis cadangkan Kerajaan galakkan orang Melayu pergi belajar di Sekolah Jenis ini. Tetapkan kuota. Jika kelas Tahun 5 ada 10 kelas, Kerajaan perlu pastikan 4 kelas adalah pelajar Melayu 1 kelas pelajar India. Harap harap pelajar ini boleh bergaul sesama mereka. Sebaiknya setiap kelas mempunyai pelbagai kaum walaupun kebanyakan Sekolah mengamalkan pelajar pandai dikumpulkan di satu kelas.

No comments:

Post a Comment