Wednesday 5 June 2013

`MIDAS TOUCH’ DATUK SERI SHABERY CHEEK..


Kebelakangan ini Menteri Komunikasi dan Multimedia kelihatan melakukan sedikit kejutan. Beliau dilihat `segarang’ Datuk Seri Zahid Hamidi.
Pertamanya beliau menyelesaikan kemelut filem TANDA PUTERA dan telah ditetapkan tayangannya pada 29hb Ogos 2013 ini. At least ada kemajuan.
Beliau juga mengambil langkah untuk mengkaji undang undang komunikasi Singapura untuk di gunapakai di Malaysia. Langkah sedemikian memang baik dan bukan sahaja Akta Komunikasi yang perlu dipelajari dari Singapura. Akta Perhimpunan juga perlu ditiru.
Langkah ini dibuat bersesuaian dengan situasi politik Malaysia di mana kelihatan Kerajaan menghadapi masalah menanangi perhimpunan haram dan sebaran fitnah serta penghinaan keatas Pemimpin dan Institusi Raja Raja. Pihak SKMM dan AKTA gagal mengerunkan pengguna media sosial.
SKMM, yang bertanggongjawab mengawal selia penyebaran fitnah dan agensi menguatkuasa kesalahan tersebut,  KURANG EFFEKTIF menjalankan tugasan. Mengambil contoh PRU13 ini sahaja. Banyak kes yang perlu disiasat dan jika ada kes di bawa ke pengadilan. Penulis ramalkan ia akan mengambil masa bertahun untuk menyelesaikan satu kes. Di dalam kes Red Bean Army, beribu maklumat bersifat fitnah, penghinaan, perkauman dll telah  disalurkan kepada awam. Melainkan kes berprofil tinggi, SKMM mengambil tindakan segera seperti menghina Sultan Terengganu dan Yang DiPertuan Agong.. Dengan bilangan anggota yang terhad, SKMM tidak boleh beroperasi secara berkesan.
Penulis teringat filem Tamil dan Inggeris yang kerap menceritakan penjawat awam mereka bertindak berdasarkan kepada `arahan’ pembesar ataupun kawan `pembesar’ yang berkepentingan dalam perniagaan walhal keseriousan kes (termasuklah fitnah dan penghinaan)  lain melebihi 1000 peratus. Ada kes ugutan bunuh termasuk DS Najib, makian dan cacian ke atas orang Melayu termasuk pemimpin, tuduhan mengambil rasuah yang tidak betul dan ribuan situasi,  Penulis harap ia tidak berlaku di Malaysia. Filem tersebut menceritakan bagaimana Hakim, pegawai Polis dan Jabatan Kerajaan di `arah’  memilih bulu untuk bertindak. Penulis syorkan Pengurusan SKMM turut melakukan `sumpah laknat’ untuk menjalankan tugas dengan baik iaitu termasuklah tiada amalan rasuah, tidak pakatan, bebas penyelewangan dan tiada salah guna kuasa.
Selain Datuk Seri Shabery Cheek, Datuk Seri Zahid juga kena hantar rombongan ke Singapura untuk memperbaiki AKTA SOSMA selepas ISA di mansuhkan. Tanya Singapura kenapa ISA tidak dimansuhkan di Singapura. Kalau perlu Akta ini di `hidupkan’ semula di Malaysia.
Sebaran fitnah yang melampau dan hasutan oleh pengendali media sosial rakyat Malaysia khasnya ahli penyokong dan pengundi DAP dan Red bean Army telah berlaku tanpa atau belum diambil tindakan.. Tanya Singapura bagaimana mereka mengawal selia rakyatnya. Macamana Mahkamah Singapura boleh mensabit kesalahan pesalah dengan senang sekali. Tidak mungkin Hakim di Singapura adalah ahli parti PAP atau orang Kerajaan. Success rate Mahkamah Singapura amat tinggi di dalam kes seperti anti Kerajaan dan fitnah politik.

Peguam Negara should do the same thing. Learn from Singapura. Buat makmal dengan pengamal undang undang Singapura. Belajar di mana silapnya. Asyik kalah di dalam mahkamah sehinggakan permohonan reman untuk menjalankan penyiasatan pun tidak dibenarkan oleh Mahkamah.

Penulis amat risau dengan perkembangan segelintar rakyat Malaysia yang sungguh biadap menghina Raja Melayu, menghina Agama Islam, mempersendakan kalimah ALLAH, memperlekehkan Perlembagaan Malaysia, merendahkan martabat anggota keselamatan menghadapi Pengganas Sulu, mempersolkan kewujudan Dewan Negara, tidak bersetuju dengan hak istimewa Melayu dan Dasar Ekonomi Baru dan banyak insiden lain. Penat rakyat membuat laporan POLIS dan jika tindakan diambil sekali pun, ia boleh di`contest’ dan selalunya terlepas hukuman.

No comments:

Post a Comment