Thursday 25 July 2013

VIRGIN MEMBELI 60 PERATUS TIGERAIR


Diberitakan VIRGIN telah membeli 60 peratus saham TigerAir.

Penulis membuat research sedikit dan mendapati VIRGIN AIRLINES membeli 60 peratus TigerAir yang beroperasi di Australia.

Persoalan yang BELUM terjawab ialah adakah VIRGIN yang dimaksudkan milik Sir Branson manakala TigerAir di Australia ada kaitan dengan mana mana syarikat penerbangan di Malaysia, Singapura atau Indonesia.

Penulis merasa gusar sedikit jika pemilik VIRGIN dan Air Asia mungkin merancang untuk `merger and acquisition’ MAS, Firefly, MASWING, dan mungkin juga Malindo Air termasuk Tiger Air.

Selepas menguasai airlines tersebut, mereka boleh mencorakkan Mlindo Air untuk terbang pada `90km sejam atau 1000km sejam’. Maka terganggulah nanti matlamat Kerajaan di dalam industri penerbangan negara.


Teringat masa zaman belajar pemasaran dahulu di mana salah sebuah pesaing ZAITUN, yang sinomin dengan slogan `GUNA TANPA WAS WAS’, telah diambil alih dengan tujuan untuk melemahkan jenama ZAITUN di pasaran. Strategi sama boleh oleh Sir Bronson dan Tan Sri Tony kerana mereka `financially capable’.

No comments:

Post a Comment