Thursday 6 March 2014

SUKAN BOLASEPAK MEMANG TIDAK BOLEH BERLAKU ADIL



Tahniah Harimau Malaya kerana menang keatas Yemen 2-1. Tapi...

Artikel mengenai JDT memborong habis pemain dan jurulatih Kelantan, seperti di sini http://nasirwise.blogspot.com/2014/03/mungkinkah-jdt-menjadi-kelab-popular.html menurut rakan bloger USIN, menyebabkan ketidak adilan atau berat sebelah dan tiada keseronokan berbolasepak lagi. Tiada keaslian kerakyatan. Salah satu komen ialah :-

habis semua jdt nak borong. mana nak seronoknya jika setiap game, team lain hanya dpt peluang rebut tempat kedua. kalaupun ada kuasa duit, biarlah fair. kaya lawan kaya, hebat lawan hebat, baru adil. seronokkah jika lihat jdt yg taraf juta lawan penang yg taraf cina tongkang? contoh je, jangan la org penang marah pulak..


Pada penulis, yang adil hanya Allah SWT. Dunia tidak akan berlaku adil kepada kita terutamanya di dalam sistem `free capital’. Ia bermaksud pasukan yang banyak duit atau kelihatan kukuh kewangan dan prospek masa hadapan, pasukan itu akan kuat kerana berkeupayaan membeli pemain terbaik.

JDT mungkin bercita cita seperti Barcelona, Real Madrid, Bayern Munich, Machester United dll tetapi perjalanan misi  masih jauh. Manchester United boleh bayar RM1.6 juta seminggu kepada Wayne Rooney. Begitu juga Barcelona yang  membayar gaji Lionel Messi dan Neymer hampir RM1 juta seminggu. Inilah trend bolasepak dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Tindakan JDT di dalam merancakkan bolasepaknya hanyalah 0.1 peratus daripada usaha dan peruntukan yang dilakukan oleh kelab gergasi bolasepak.

Barcelona, Real Madrid, Bayern Munich dan pasukan Liga Inggeris seperti Chelsea, Manchester City, Arsenal dll mempunyai pemain terbaik dunia. Mereka tidak merasa pasukan mereka yang zalim dan tidak adil kepada pasukan lain. Sebab itu kebanyakan negara menyediakan Division 1 dan Division 2. Pasukan yang kuat akan bertarung di dalam Division  1. Daripada Division 1, ada beberapa pasukan terpilih mengikut susunan akan layak bertanding di Liga Europa pulak. Manchester United mungkin juara Liga Perdana Inggeris tetapi tercicir di peringkat Europa. Di Malaysia, FAM pun mensyaratkan hanya 4 pemain import di dalam satu satu permainan. Kalau tiada syarat, JDT mungkin sudah di anggotai 11 pemain import.

Bolasepak sama seperti bersaing di dalam perniagaan. R&D Proton mungkin tidak sebesar R&D Honda. Akibatnya kereta Honda lebih `baik’ mutu dan kemasannya daripada Proton. Pasaraya TESCO amat besar dari segi modal dan rangkaiannya. Ia `membunuh’ kedai runcit atau mencergaskan kedai runcit supaya lebih proaktif untuk bersaing. Pada penulis, harga yang ditawarkan amat mustahak. TESCO menawarkan harga terrendah berbanding dengan kedai runcit dan menguntungkan rakyat berpendapatan rendah.

FAM membenarkan 4 pemain import untuk setiap pasukan. Jadi setiap pasukan boleh mendapat pemain yang mereka mahu dan mampu. Pemain baik kena bayar lebih. JDT mempunyai Tuanku Ismail sebagai sandaran. Pasukan negeri lain pun ada Kerabat Raja tetapi ada ke yang terlalu minat dengan sukan bolasepak. Tuanku Ismail mahu `invest’ duit dan masa untuk pembangunan sukan rakyat. Jika tidak pun `pertolongan’ itu merupakan sumbangan Kerabat Raja kepada negeri Baginda.

Selain itu, setiap negeri ada ramai jutawan dan GLC negeri yang boleh digembeling masa dan duit mereka untuk sukan. Tetapi negeri lain tidak seberani dan seminat JDT.

Dalam bolasepak kita tidak akan berlaku adil. Kita tidak boleh buat peraturan saiz badan pemain hanya 5’10’’ sahaja atau berat badan tertentu. Pemain PSG dan Sweden, Ibrahimovic sebagai contoh bertinggian 6’5”. Kita tidak boleh memohon daripada badan bolasepak FIFA supaya Malaysia kena bermain dengan rakan rakan se Asean sahaja. Piala Dunia melibat negara lain.

Ringkasannya, sukan bolasepak sangat dinamik. Tren mengajikan pemain terbaik dalam negeri dan luar negeri dan bergaji tinggi sedang berlaku. JDT memimpin pasukan negeri lain di dalam hal ini. Suasana ini ada kebaikan dan kelemahan tetapi inilah bolasepak. Pasukan yang tidak mempunyai kewangan yang kuat tidak berkeupayaan membeli pemain.

Penulis beranggapan menggajikan pemain terbaik adalah satu pelaburan. Macam membuat kilang. Kita kena `invest’ jutaan untuk mendirikan kilang dan peralatan mesin terlebih dahulu, sebelum kilang tersebut menghasilkan produk. Apabila produk dijual, ada sebahagian keuntungan yang diperolehi. Apabila jual banyak unit, barulah untung mendatang.

Kelab gergasi bolasepak dunia seperti Barcelona, Real Madrid, Bayern Munich dan Kelab Inggeris membelanjakan jutaan ringgit untuk mendapatkan pemain terbaik. Setakat ini pemain termahal di UK ialah Wayne Rooney di mana Kelab Manchester United membayar gaji RM1.6 juta seminggu.

Malangnya ada peminat sukan dan pengkritik mengatakan usaha JDT itu tidak adil dan  tidak ada keseronakan.

Pada penulis, bolasepak memang tidak boleh berlaku adil. Kelab yang kaya perlu membeli pemain terbaik untuk menguatkan pasukannya. Apabila pasukannya kuat dan menjadi juara, kelab menjadi popular dan ramai peminat. Apabila menjadi juara, wang kemenangan berjutaan. Sahamnya meningkat dan para penaja bernilai jutaan ringgit akan beratur untuk menaja pasukan popular itu. Jika ada perlawanan, peminat memenuhi stadium. Barangan pasukan seperti TShirt dll dijual habis. Jualan online amat cergas.


Pemain bolasepak kena pandai bermain. Pemain kena menjaringkan gol dan pandai mengelakkan kecederaan. Pemain kena tahu mengendalikan diri apabila berhadapan dengan pemain yang tinggi dan bersaiz besar. 


3 comments:

  1. Artikel yang amat bertepatan dalam konteks yang sebenarnya. Jika hendak berjaya perlulah berusaha dengan apa cara sekalipun. Jangan jadi seperti sesetengah pihak hendak berada di atas dengan menjatuhkan lawan masing-masing bukan dengan meningkatkan keupayaan sendiri.

    Bolasepak adalah suatu industri yang akan meningkat dengan cepat jika kena dengan cara dan sikap FA negeri atau Kelab. JDT telah meletakkan satu standard yang tinggi dari sudut bayaran gaji yang diterima pemain. Ini satu cabaran untuk pasukan lain agar dapat menaikkkan kadar upah pemain. Ia juga akan dapat menimbulkan minat anak-anak muda untuk bergiat cergas dalam industri bolasepak. Bukan hendak menjadikan mereka mata duitan tetapi hakikatnya karier dalam bolasepak adalah amat singkat dan upah yang tinggi amat berbaloi dengan keringat dan pengorbanan yang dicurahkan kepada majikan mahupun Negara.

    ReplyDelete
  2. Biasanya link blog GAP ni cerita pasal politik, tapi oleh kerana nasirwise ling kat GAP baca jugalah...

    ReplyDelete
  3. benarlah seperti yg diulas oleh admin berdasarkan komen usin berkaitan jdt borong semua. bagaimanapun, usin ingin menambah. sesungguhnya walaupun kita menyedari dan memahami bahawasanya dunia ini tidak adil, tidaklah bermakna kita perlu melaksanakan ketidakadilan (dalam konteks ini bolasepak) kerana terdorong bahawa dunia ini memang tidak adil. kenapa kita perlu adil sedangkan dunia memang tidak adil? adakah itu pegangan kita. jdt telah memulakan satu fasa di mana kuasa wang akan menaikkan mutu sukan(?). adakah ianya benar dari segala aspek? jdt memang akan jadi kuasa bolasepak terunggul malaysia kerana semua pemain terbaik mampu dibeli. yang mahal, yang hebat semua jdt boleh bayar. soalnya, dimanakah kemeriahan bolasepak jika hanya jdt sahaja yg lengkap? pendapat ini juga sebenarnya masih boleh dipertikaikan, namun salah satu solusi bagi kemajuan bolasepak negara ialah bagaimana fam boleh menjadi badan penggerak utama menjadikan kelab bolasepak tidak bergantung kepada dana kerajaan sama ada pusat atau negeri. biarlah kelab bergerak dalam bentuk perniagaan, mcm epl, bbva. ok ke macam tu?

    ReplyDelete