Monday, 5 November 2012

AIR ASIA

Penulis pernah menulis mengenai `business decision' Air Asia yang memindahkan pejabat rantaunya dari KL ke Jakarta. Kemajuan perniagaan Air Asia membuatkan Air Asia merasa mempunyai `bargaining strength' untuk berunding dengan Malaysian Airport. Tan Sri Tony pernah `mengugut' untuk tidak berpindah ke KLIA2 disebabkan beberapa terma perniagaan tidak dapat dipenuhi oleh Malaysian Airport.
Tindakan nya telah mencetus idea untuk Kerajaan meluluskan permohonan MALINDO AIR yang akan menyaingi Air Asia.
Akhirnya, Tan Sri Tony bersetuju beroperasi di KLIA2 setekah bertarik tali dengan Malaysian Airport. Ekoran daripada itu, Air Asia merancang Tune Hotel dan pejabatnya di kawasan KLIA2.
Kadang kadang tindakan dan `business decision' kita yang tidak baik, ia melahirkan peluang perniagaan untuk pihak lain.

FILEM TANDA PUTERA

Penulis membaca komen `Siti Jarum' di dalam Mingguan Malaysia Ahad 28 Oktober 2012 yang lepas dengan perasaan sedih dan geram kerana filem yang kononnya kontroversi pada setengah pihak belum ditayangkan lagi, malah tarikhnya pun belum ditetapkan.
Siti Jarum menyebut birokrat filem penakut dan tidak mempunyai kekuatan untuk menanyangkannya. Kenapa birokrat filem menjadi penakut?
Adakah sebuah filem sejarah 2 negarawan Tun Razak dan Tun Dr Ismail ini membawa mesej yang tidak betul? Pihak berkuasa lebih mengetahui masalahnya. Adakah segmen 13 Mei 1969 dan peranan Lim Kit Siang serta DAP, yang mencetuskan kemarahan orang Melayu, punca utama menyebabkan filem ini di tanggohkan penayangannya? 
Penulis yakin penerbit telah melakukan penyelidikan mengenai fakta sejarah dan perjalanan cerita, wajib tiada unsur unsur fitnah kepada sesiapaanpun melainkan sejarah.
Diberitakan Dato Suhaimi Baba telah menjalankan tugas dengan mengikut Laporan Megaran yang memperincikan insiden yang menjurus kepada peristiwa berdarah 13 Mei.
Amat malang sekali, kanak kanak dan remaja Malaysia tidak dapat merasai betapa buruknya Malaysia dan perhubungan kaum jika berlakunya insiden 13 Mei sekali lagi. Mereka perlu didedahkan bahawa amat bahaya provokasi provokasi kaum. Mereka juga tidak dapat menjiwai peranan yang dimainkan oleh negarawan Tun Razak dan Tun Dr Ismail di dalam mengendalikan masalah kaum ini, strategi pembangunan yang di cadangkan dan mengapa Dasar Ekonomi Baru (DEB) di perkenalkan. Orang Cina dan India juga setengah orang Melayu perlu tahu mengapa DEB di adakan kerana mereka mula mempersoalkan sekarang.
Ada pengulas berkata filem ini akan digunakan sebelum PRU13. Baik atau tidak baik kepada sebuah parti, filem ini membantu pemahaman murid murid dan rakyat Malaysia erti perhubungan baik antara kaum, menggalakkan masyarakat 1 Malaysia dan rakyat Malaysia yang setia pada negara.
Penulis harap birokrat filem bersikap `terbuka' di dalam isu ini dan menyemarakkan kebebasan berkarya beretika di Malaysia ini, Mereka mesti bersedia dengan kerenah masyarakat, ahli politik dan undang undang. Di Amerika, filem anti Islam oleh penerbit Yahudi dibenarkan atas dasar kebebasan hak asasi. Fakta Holucast, sebagai contoh, pun boleh ditayangkan dan ditayangkan fakta baru.
Selamat menanyangkan filem Tanda Putera dan rakyat Malaysia jangan lepaskan peluang menonton filem ini.

GUAN ENG ! GUAN ENG!

Pada Khamis yang lalu (01.11.2012), Dewan Undangan Pulau Pinang telah mengantong Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim dari UMNO daripada menghadiri sidang Dewan. Ini lah strategi DAP. Kerajaan DAP Pulau Pinang telah memilih keadah `gantong' Ahli Dewan (kerana Ahli Dewan ada immuniti) dan `saman' jika sesiapa berkata di luar Dewan.
Tahniah kepada demokrasi ala DAP.
Hari Jumaat pula (-2.11.2012) selaras dengan pergantongan Datuk Azhar selama 6 bulan, Lim Guan Eng dan Dewan meluluskan Akta Anti Lompat di Dewan Undangan. Teguran dan gesaan Karpal Singh yang Akta bertentangan dengan Perlembangaan Negara, tidak dihiraukan. Peristiwa lompat parti di Perak yang menyebabkan kejatohan Kerajaan DAP Perak sungguh mengecewakan dan dendam tidak pernah padam. Yang menghairankan, DAP hanya `tersenyum dan diam' serta merestui  apabila DS Anwar Ibrahim berhasrat menubuhkan Kerajaan melalui `pintu belakang lompat parti' atau `membeli Ahli Parlimen'.
Sesunggohnya Lim Guan Eng seorang yang angkuh, keras kepala dan pendendam. Orang Melayu Pulau Pinang mesti menjauhi Lim Guan Eng.
Rakyat Malaysia fikirlah `dalam dalam dan panjang panjang'.  Pakatan Rakyat tidak sesuai di Malaysia tetapi mungkin boleh hidup di Amerika, Singapura dan Israel.