AIR ASIA adalah sebuah nama yang terkenal di dalam industry
penerbangan. AIR ASIA bergerak global dan amat berkaitan rapat dengan
penerbangan tambang murah terbaik dunia. Saya mempercayainya, mungkin anda
juga.
Saya telah membuat tempahan penerbangan pada 26 Hb Disember,
2 hari selepas AIR ASIA QZ8501 terhempas di Lautan Jawa. Jika belum di booking,
kemungkinan business trip ini di batalkan atau menggunakan MAS.
Namum ia tidak seindah cerita dan kenyataan..
Penerbangan
saya ke Chennai AK13 pada 5 Januari yang lalu membuktikan sesuatu yang
tambangnya tidak semestinya murah dan
perkhidmatannya tidak semestinya terbaik.
Para penumpang kena bijak merencana perjalanan. Hand Lubbage
mesti 7 kg kebawah tetapi oleh kerana saiznya melebihi , saya di kenakan RM105
untuk dijadikan check in baggage. Ini pengajaran pertama.
AIR ASIA berangkat ke Chennai mengikut jadual. Tahniah. Tepat
masanya dan tiada delay. Lazimnya penerbangan terakhir dari Sibu Kuala Lumpur
terlewat. Uniknya penerbangan ini ialah ia di pandu oleh 2 pilot wanita, Nadira
dan Sarah. Tiada perbezaan pilot lelaki mahupun wanita. Seperkara lagi mungkin
penumpang akan merasa risau jika di beritahu pilotnya seorang wanita. Persepsi `
pemandu kereta wanita kurang cekap’ senantiasa di minda pemandu di Malaysia.
Setelah berterbangan hampir hamper 4.30 jam, pesawat sampai
Chennai waktu 5.30 petang waktu Chennai. Tetapi malangnya, luggage saya dan
48-50 penumpang lain tidak berada di dalam pesawat ini. Maka berlakulah kekecohan
yang amat besar dan panic kerana ada penumpang akan meneruskan perjalanannya ke
Abu Dhabi, Mumbai dan destinasi lain.
Di sini nampak SOP luggage hilang tidak di praktikkan atau
di latihkan oleh kakitangan Chennai atau
tiada SOP langsung. Kakitangan AIR ASIA yang beruniform hitam, tidak dapat
menjawab pertanyaan. Jam 5.30 petang mendarat di Chennnai, jam 10 malam tidak
selesai merekod nama penumpang dan keterangan tentang luggage seperti warna,
brandname, isi kandungan, no telefon dan sebagainya.
Kami semua di maklumkan yang luggage luggage tersebut akan
diterbangkan penerbangan esok paginya Selasa. Setiap kami akan di maklumkan dan
luggage akan di hantar ke alamat dan destinasi yang tertulis di Borang Aduan
Luggage.
Sekali lagi AIR ASIA di Chennai gagal berbuat demikan.
Numbor telefon yang dibekalkan kadang kala di angkat kadangkala tidak
berangkat. Daripada 4 kali panggilan, hanya 2 kali berangkat. Kakitangan AIR
ASIA berjanji untuk menelefon kembali tetapi janji kosong. Ramai penumpang yang
`transit’ di Chennai untuk perjalanan selanjutnya ke Mumbai termasuklah Abu
Dhabi. Staf AIRASIA berjanji menghantar luggage ke destinasi masing masing.
Saya dan rakan niaga dari Chennai mengambil keputusan untuk
pergi ke Airport dan menuntut bagassi pada keesokan petang kerana tiada
maklumat tertentu diberikan kepada saya .
Alhamdulilah, bagasse tersusun di Setor Baggassi. Saya pergi ke
kaunter crew AIRASIA dan di bawa ke
Tingkat 2 atau tingkat 2 Pejabat Operasi untuk mengisi borang atau tuntutan
kali kedua. Selesai itu, kami turun semula ke ground floor ke Setor Luggage
untuk mengutip luggage kita.
Ada dua anak muda India yang bertugas. Kami bekal surat
pelepasan dan dikeluarkan luggage yang tersimpan. Prosedurnya, luggage perlu
mendapat tandatangan 2 pegawai Kastam. Kedua pekeja setor seakan seakan mahu
duit pelincir daripada saya. Oleh kerana tidak melayan `body language’ mereka,
meminta saya pergi mendapatkan cop dan tandatangan pegawai kastam. Mereka tidak bantu langsung. Saya meninggikan
suara dan salah seorang kakitangan Setor Luggage mengadu pada pegawai kastam.
Pegawai kastam meminta saya minta maaf kepada beliau kerana `mengugut’. Saya menjawab mereka tidak membantu dan minta
wang dan mengapa harus minta maaf. Apabila saya berlakon hendak menelefon kawan
tempatan, mereka memberikan kerjasama dan luggage dapat di bawa keluar.
Pada 10 Januari adalah hari penerbangan balik. Flight AK10
sepatutnya berlepas 8 pagi tetapi tertanggoh berlepas jam 9.35 pagi. Saya ada
menerima sms dari AIRASIA awal pagi. Mula mula gate 18 kemudian tukar gate 11. Jarak antara satu gate hampir 20 minit berjalan kaki.
Inilah AIRASIA yang dikatakan penerbangaan tambang murah termurah dan perkhidmatan
terbaik.