Wednesday, 11 March 2015

PUSPAKOM ALOR GAJAH MELAKA





Saya ke Puspakom AlorGajah Melaka pada Jumaat 6 Mac 2015 utk memohon temujanji pemeriksaan B5 ( TukarHakMilik) kereta. Bercadang utk pindah milik kepada anak no 3.
Saya di beri tarikh 16 Mac 2015. 6 Mac memohon dan diberi tarikh 16 Mac..10 hari interval utk pemeriksaan. Ini bermakna begitu banyak kenderaan yg bertukar milik. Ada kah senario ini baik dari segi ekonomi?
Saya ingin menyentuh mengenai servis Puspakom. Melihatkan kepada senario itu, saya rumuskan ada permintaan tinggi servis periksa B5 ni.
Puspakom tidak dapat memenuhi permintaan pemeriksaan dengan pantas. Mengambil masa 10 hari. Di beritakan setiap hari lebih kurang 40-60 kenderaan diperiksa. RM30 x 60 pelanggan = ,RM1800 sehari tukar milik sahaja.
Mungkin pengurusan Puspakom mementingkan keuntungan dan tidak mahu invest more manpower. Ini mungkin salah satu punca backlog.
Kebetulan kakitangan Puspakom kaum wanita tidak dapat coup dengan permintaan. Kesilapan menaip no telefon saya pun berlaku. Bagaimana jika hendak menelefon saya jika no nya salah.?
Kerani Puspakom toiak ada masa untuk melayan orang perseorangan seperti saya. Saya bukan runner. Untuk menulis di buku tempahannya pun sukar kerana terma B2 B5 dll.
Saya rasa penambahbaikan sistem temujanji perlu di baiki. Sistem online satu option. Saya tidak perlu datang menulis dan memohon. Orang jauh mesti tidak selesa. Sebab tu runner berperanan. Cuba kurangkan aktiviti runner atau orang tengah. Mungkin rasuah dan favouritism akan berkurangan.
Saya perhatikan selepas menulis, kerani mesti masuk dalam walhal printer di kaunter. Aktiviti di sini mesti di perbaiki.
Nak jadikan cerita, no telefon offis senantiasa busy dan no telefon temujanji rosak. Cuba tel no ini untuk kepastian 013 6527535. Sepanjang hari telefon rosak.
Saya rasa tiba masanya sebuah lagi syarikat ala PUSPAKOM diberi lesen oleh Kerajaan. Macam Bank Islam. Bank Muamalat di lesenkan. Selain itu bank konvensional bolrh adakan Islamic bank nya.