Monday 30 December 2013

AMAT BERISIKO MENJADI KETUA NEGARA PADA MASA KINI.



Rakyat Malaysia terkejut dengan berita bekas Presiden Morsi di tuduh di Mahkamah dengan tuduhan terbaru iaitu melancarkan keganasan di Mesir, membocorkan rahsia ketenteraan kepada Kerajaan Iran dan bersubahat dengan Hamas. Jika disabitkan kesalahan Morsi boleh di hukum bunuh. Morsi yang baru menjadi Presiden Mesir selama 1 tahun dan diguling oleh Tentera ekoran daripada rusuhan rakyat.

Penulis rasa pertuduhan tersebut amat bersifat politik untuk `mematikan’ karier politik seseorang.serta membalas dendam. Yang menghairankan, tuduhan dan `komplot’ datang daripada Tentera Mesir yang kelazimannya tidak terlibat dalam politik. Penulis boleh jangka apa yang akan berlaku jika sesebuah parti pembangkang menang di dalam PRU dan memerintah negara A. Mungkin ramai pemimpin Kerajaan akan diseret ke Mahkamah dan di sumbatkan ke penjara. Jawatan Menteri Kehakiman atau Peguam Negara atau Ketua Hakim adalah dari pakar perundangan parti pembangkang. Bayangkan ia berlaku di Malaysia.

Pertuduhan terhadap Morsi ini adalah contoh sebenar pertuduhan bersifat politik berbanding dengan kes liwat DS Anwar Ibrahim Saiful Bukhari yang dikatakan niat buruk BN untuk mematikan riwayat politik Ds Anwar Ibrahim. Pertuduhan dilakukan oleh individu dan apabila Peguam Negara terlibat mendakwa, ia dilihat Kerajaan yang `berkomplot’ mematikan karier DS Anwar Ibrahim.

Pada penulis tindakan Peguam Negara `menswastakan’ perkhidmatan rayuan kepada Tan Sri Shafie Abdullah, ia adalah tindakan yang tepat untuk menghilangkan persepsi penglibatan Kerajaan menindas atau memberikan tekanan politik DS Anwar Ibrahim. Umum tahu bahawa hari ini, Jumaat, Mahkamah Rayuan menolak permohonan DS Anwar Ibrahim untuk mengugurkan Tan Sri Shafie daripada mengetuai pendakwaan. Alhamdulilah.  

Di dalam Kes Liwat Anwar Ibrahim-Saiful Bukhari, Institusi Kehakiman di Malaysia telah memberikan peluang dan ruang seluas luasnya untuk mengunakan proses undang undang. Bayangkan jumlah hari perbicaraan kes liwat ini adalah yang terpanjang dalam sejarah. Perbicaraan ditangguhkan berpuluh kali. Ia melibatkan pakar sains dan forensik asing yang ramai. Ia melibatkan permohonan menukar Yang Arif Tuan Hakim berapa kali.

Morsi sepatutnya memohon perkhidmatan Karpal Singh untuk membela beliau. Mungkin satu lagi sejarah boleh dilakar, apabila perkhidmatan professional Malaysia di eksport ke Mesir.

Jelas sekali menjadi Ketua Negara di Mesir, Bangladesh, Pakistan, Thailand dan negara lain di dunia (melainkan Malaysia dan Singapura mungkin) amat berisiko dan berbahaya. Kena fikir bukan 2 kali tetapi beratus kali. Adakah keluarga dan anak bersedia dengan tindakan mahkamah dan kematian bapa atau suami mereka?. Ada insuran nyawa pun tidak berguna. Boleh dihukum penjara seumur hidup atau hukuman gantung sampai mati, lebih lebih lagi pembangkang pada masa dahulu menjadi Kerajaan pada masa kini.

Bekas PM Thailand, Taksin digulingkan dan dituduh rasuah dan terpaksa tinggal di luar negara untuk mengelakkan diri di penjarakan. Harta beliau dan keluarga di bekukan. Bekas PM Ahbisit, PM Thailang selepas Taksin, kini dituduh membunuh petunjuk perasaan suatu masa lalu. Begitu juga di Pakistan. Musharaf dilarang bertanding PRU dan sedang menghadapi tuduhan jenayah juga. Bekas Presiden Fujimori di Peru mengalami nasib yang sama.


Inilah yang di namakan politik.

No comments:

Post a Comment