Tuesday 3 December 2013

DATUK ZAKI `BUDAK TINGKAT EMPAT’ LETAK JAWATAN DALAM QSR BRANDS. 'BUDAYA KERJA TAN SRI ALI HASHIM’ WAJAR DIAMALKAN QSR + JOHOR CORPORATION?.



Datuk Ahmad Zaki Zahid meletakkan jawatan Pengarah Urusan QSR Brands mulai 31 Disember 2013 tetapi mengosongkan pejabatnya mulai 1 Disember. Sebabnya mencari peluang lain.

Mengapa beliau meletakkan jawatan? Bebanan kerja yang berat? Tidak sesuai dengan jiwa Datuk Zaki? Dapat `lubang’ lebih besar? Tidak sehaluan dengan Pengurusan Atasan JCorp dan Massive  Equity Sdn Bhd? Tekanan dari MB Johor yang baru ke?

Umum tahu beliau dilantik semasa Datuk Ghani Othman menjadi MB Johor dan Pengerusi Johor Corporation, Kamaruzzaman Abu Kassim sebagai Ketua Eksekutifnya manakala Tun Abdullah menjawat Perdana Menteri Malaysia (jika tidak silap), Sultan Ismail Iskandar baru ditabalkan sebagai Sultan Johor Darul Takzim. Tan Sri Muhammad Ali Hashim pula telah melepaskan jawatan di Johor Corporation dan KFC Holdings Berhad.

Pada penulis, berdasarkan maklumat blog blog dan media massa, kesemua pihak diatas berperanan dan `restu merestui’ perlantikan Datuk Zaki, walaupun secara amalannya perlantikan harus dari pegawai dalaman JCorp.

Johor Corporation mempunyai hutang lebih kurang RM6.6 bilion dan duedate menghampiri. Tan Sri Ali nampak KFC boleh digunapakai untuk `generate income’ dan berdayamaju membayar sebahagian hutang, walaupun asset JCorp menyamai angka hutang tersebut. Tetapi sebahagian saham KFC dimiliki oleh Kulim dan QSR Brands dan bukan direct ownership. Ini tidak menyakinkan banker.

Sebab itu JCorp mesti memiliki saham KFC secara terus. Satu rancangan pengambilanalih dirancang. Sebuah korsortium atau SPV ditubuhkan iaitu Massive Equity Sdn Bhd dimana JCorp menguasai 51 peratus dan CVC Capital Patner Asia Pacific 49 peratus. SPV ini akan membeli saham KFC di dalam Kulim dan QSR Brands. Harga tawaran sesaham ialah RM4.00 sesaham untuk KFC dan RM6.80sesaham QSR Brands, dengan jumlah kos pembelian oleh Massive Equity RM5.2 bilion. Pendapatan daripada pembelian akan dikembalikan kepada Kulim Dan QSR. Kulim yang dimiliki saham menguasai oleh JCorp, akan membayar dividen kepada JCorp. JCorp akan melunaskan hutangnya. Dengan pembelian tersebut, ME bercadang untuk menjadikan KFC dan QSR sebuah syarikat persendirian.


Yang cantiknya pengambilalihan ini ialah JCorp masih menguasai KFC Holdings dan QSR brands di samping dapat melunaskan sebahagian hutang yang berbilion itu.Itulah cerita secara ringkasnya perihal pengambilalihan KFC oleh Massive Equity Sdn Bhd.

Penulis harap MB Johor, Datuk Seri Khaled Nordin `friendly’ dengan JCorp berbanding JCorp dibawah Tan Sri Ali bertuankan Datuk Ghani Othman. InsyALLAH jika amalan `budaya Kerja JCorp’ iaitu menggalakan lantikan dalaman, JCorp akan lebih berdayamaju dan menguntungkan.


Sebenarnya `budaya kerja’ Johor Corporation ialah `intraprenuer’ iaitu pengurus sesebuah syarikat kelazimannya akan datang daripada dalaman. Amat jarang sekali orang luar seperti Ahmad Zaki dilantik menerajui sesebuah organisasi. Contohnya, Kulim Berhad oleh Tn Hj Ahamad Mohamed, Sindora Berhad oleh Tn Hj Rozan Mohd Saat, KPJ Berhad oleh Datin Paduka Siti Saadiah Shaikh Bakir, KFC Holdings Berhad oleh Tn Hj Jamaludin Ali dan Johorland Berhad kendalian Tn Hj Shafiq. Kesemua peneraju syarikat awam yang JCorp mempunyai kepentingan tinggi adalah arang dalam.

No comments:

Post a Comment