Saturday, 30 November 2013

JAMBATAN DUMAI MELAKA BAIK UNTUK MALAYSIA DAN INDONESIA


Penulis berada di Pekan Baru 3 tahun dahulu kerana urusan projek pengkomposan tandan kelapa sawit. Dalam pada itu, penulis di pelawa ke pejabat gabenor dan ter  pandang pameran  jambatan Melaka Dumai serta raplika jambatan. Ini bermakna pihak Pekan Baru berhasrat projek ini dilaksanakan.


Melaka dibawah Datuk Seri Mohd Ali Rustam amat berminat dengan projek ini tetapi sumber kewangan tidak dapat di tetapkan. Projek sebegini seharusnya dilaksanakan oleh swasta dengan bantuan Kerajaan Pusat dan Negeri, juga Pemerintah Pekan Baru dan Jakarta.

Projek jambatan ini sedang dimuktamadkan sumber pembaiyaannya oleh sebuah syarikat beralamat Kelantan tetapi di jalankan oleh orang Melaka. Dikatakan syarikat dari China telah bersetuju untuk `finance’ projek tersebut. Semoga ia dipermudahkan oleh ALLAH SWT dan semua pihak mendapat menaafaatnya khasnya orang Islam.

Antara kebaikan jambatan ini ialah ia akan merapatkan lagi hubungan silaturahim orang Melayu di Nusantara.

Industri pembinaan di Melaka dan Dumai akan berkembang maju jika projek jambatan yang beranggaran RM44 bilion, dapat dilaksanakan. Pembekal batu kuari dan pasir akan mendapat kontrak. Kapal penyedut pasir laut dan kapal pengangkut akan mendapat kerja. Pembekal simen dan tar tidak ketinggalan membekal bahan mentah ke projek ini. Perkhidmatan professional seperti jurutera, jurukur, arkitek dan sebagainya diperlukan. Beratus ratus lori lori hantu dikehendaki di site ini.

Apabila jambatan Melaka Dumai beroperasi, projek ini akan merancakkan kegiatan ekonomi kedua dua negara. Kegiatan eksport dan import berjalan lancar. Indonesia mempunyai bahan mentah, contoh, produk pertanian seperti sayur sayuran, buah buahan, dll yang boleh di `export’ ke Malaysia atau diproses lanjut.  Bahan mentah boleh diperolehi dengan banyak, cepat (fresh) dan murah. Penghantaran melalui jalanraya akan membantu mencapai kos produksi yang lebih rendah. Pelabuhan Singapura akan terjejas dengan teruk.

Pekerja Indonesia yang seramai 1.5 juta di Malaysia akan senang berulang balik dari Malaysia ke Dumai terutamanya semasa Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Haji. Mungkin kos atau tambang pengangkutan akan lebih murah daripada tambang kapalterbang dan feri. Mungkin masa perjalanan akan lebih ringkas. Keluarga mereka mungkin lebih senang melawat suami, ibu, abang dan adik di Malaysia. Kedua dua negara akan mendapat keuntungan.

Pelancongan antara Indonesia dan Malaysia dijangka akan menyemarak. Adalah dijangkakan pelancong Malaysia – Indonesia akan diberikan peluang memilih kemasukan melalui laut, udara dan jalanraya. Mereka boleh memilih jalanraya semasa memasuki Malaysia dan balik Indonesia melalui udara, yang mana sesuai.

Pelancongan Kesihatan adalah salah satu sumber pendapatan Melaka. Pada masakini, pesakit Indonesia sekitar Pekan Baru dan Riau mendapatkan rawatan di Melaka. Mereka datang melalui feri atau kapal terbang. Dengan jambatan, pesakit akan lebih senang dan murah di bawa masuk.

Setiap projek mega membawa `economic spill effect’. Melaka secara amnya akan mendapat keuntungan ekonomi yang utama. Hartanah di luar Bandar seperti Pengkalan Balak atau Kuala Sungai baru, akan meningkat nilainya. Mungkin pembangunan ala Putrajaya atau ala Iskandar di Melaka. Tentunya orang Melayu dan Bumiputera akan mendapat menafaatnya.


Penulis yakin dan percaya bahawa Melaka akan maju setaraf Jakarta dan Singapura dan Kuala Lumpur suatu masa nanti.

No comments:

Post a comment