Saturday, 23 November 2013

NAJIB DAN BN TIDAK SE`GILA’ DAN BODOH ITU UNTUK MENGIMPOT 40,000 BANGLADESH UNTUK MENANG PRU13 YANG LALU




Penulis menulis untuk menghuraikan persediaan yang perlu di buat oleh Datuk Sri Najib dan BN untuk `mengimpot’ 40,000 pengundi warga Bangla. Umum tahu pengimpotan ini bertujuan untuk memberikan kemenangan kepada BN di dalam PRU13 yang lalu.

Untuk tujuan ini, penulis andaikan 20,000 pengundi Bangla yang berada di Malaysia dan 20,000 lagi yang `fresh’ dari Bangladesh. Sebenarnya BN perlu mengimport 200,000 pengundi hantu untuk menang undi popular yang dibanggakan oleh Pakatan Pembangkang.

Antara persediaan yang perlu di atur oleh BN ialah:-

1.      Menentukan kawasan Parlimen atau DUN dan seterusnya Negeri yang perlu BN menang. Adalah tidak berbaloi meletakkan pengundi Bangla seramai 40,000 di Parlimen Seputeh mahupun Parlimen Kepong yang mempunyai pengundi dan penyokong DAP yang tinggi. BN kalah di Seputeh dan Kepong, tidak rugi. Pembahagian bilangan pengundi di kawasan pun boleh memeningkan think tank dan warga war room.
2.      BN perlu  logik didalam tindakannya. Sebagai contoh,  Parlimen Kota Melaka mempunyai pengundi Cina yang tinggi. Tidak logik, BN mengarahkan pengundi Bangla yang berkulit gelap mengundi di Parlimen Kota Melaka.
3.      Dengan andaian rancangan mengimpot warga Bangla dilakukan 6 bulan sebelum PRU, BN perlu menjalankan temuduga setiap orang. Temuduga di Dhaka dan di KL. Temuduga perlu dan wajib untuk memilih warga Bangla yang wajahnya keMelayuan atau keCinaan. KeIndiaan tidak diperlukan kerana pengundi India hanya beberapa ratus daripada 13 juta pengundi berdaftar. Bayangkan petugas BN hendak berjumpa dengan warga Bangla seramai 20,000 di Dhaka dan 20,000  di KL. Berapa ramai kah jumlah petugas dan kemudahan yang diperlukan?.
4.      Selepas dipilih, warga Bangla perlu diberikan kursus Bahasa Malaysia, mungkin 2 minggu. Warga Bangla akan di `test’ dengan soalan lazim seperti pengetahuan am. Selain itu, cara cara mengundi perlu diberikan kursus intensif dan latihan tubi. Membazir nanti jika berlaku undi rosak.
5.      BN perlu memilih warga Bangla yang setia kepada BN. BN harus memastikan warga Bangla tidak belot dengan membuat Akuan Bersumpah yang mereka di `suruh’ atau `upah’ oleh BN. Rosak imej BN. Boleh ke BN menjamin kesemua 40,000 pengundi ini setia dan tidak membelot?. Penulis kata tiada jaminan. Teringat kepada gelagat mendiang PI Balasundram yang mempermainkan SD untuk kepentingan diri dan rakan nya.
6.      BN kena bersetuju untuk mengupah warga Bangla kerana mengundi untuk BN. Setiap kerja ada upah. Katakan setiap warga Bangla dijanjikan RM100 seorang kerana mengundi BN, ia bermakna RM4,000,000. Sesuatu kos yang tinggi. Ini tidak termasuk kos penerbangan dari Dhaka ke Kuala Lumpur ke Dhaka atau ( kos pengangkutan dari Kuala Lumpur ke Parlimen atau DUN yang telah ditetapkan), penginapan dan makan minum. Juta juga belanjanya.
7.      Bak kata PM Bangladesh, untuk mengundi di Malaysia, warga Bangla kena menjadi warganegara Malaysia. Ia bermakna BN kena memproses permohonan 40,000 permohonan menjadi warganegara Malaysia. Tidak kah sukar untuk BN mempertimbangkan permohonan di dalam masa sesingkat 6 bulan?. Penulis pernah difahamkan seorang warga Indonesia yang sudah beranak pinak dan tinggal disini melebihi 20 tahun, baru dipertimbang dan diluluskan permohonan kewargaannya. Kakitangan Kerajaan di dalam KDN dan JPN, yang pro pembangkang, akan membocorkan rahsia usaha BN ini.
8.      Selepas kelulusan diberikan, warga Bangla sudah menjadi warga Malaysia dan perlu diberikan MyKad. Sekali lagi, `Bangsa Bangla warga Malaysia’  ini perlu di bawa ke Pejabat Pendaftaran Negara untuk mendapatkan MyKad. Bayangkan 40,000 orang memohon MyKad di dalam tempoh 6 bulan atau kurang. Di cawangan Pejabat Pendaftaran Negara  mana hendak dibuat? Logistiknya?.
9.      Warga Bangla ini perlu berada di Malaysia sekurang kurangnya 3 bulan sebelum PRU 13. Ini adalah untuk urusan permohonan kewarganegaraan, urusan membuat MyKad dan selepas itu, mereka ini mesti didaftarkan di SPR. Jika tidak didaftarkan, mereka yang dipilih ini tidak boleh mengundi pulak. Sekali lagi 40,000 orang mendaftar di SPR. Penginapan dan makam minumnya untuk 3 bulan, macamana?
10. Penulis merasa Tabung Haji adalah sebuah organisasi yang berpengalaman di dalam pengurusan mengerjakan haji. Setiap tahun Tabung Haji menguruskan jemaah haji seramai 23,000 hingga 28,000 orang. Dengan jumlah sebanyak itu pun, Tabung Haji di `terlalu sibokkan’ dan di `kelamkabutkan’, ini kan pulak 40,000 `jemaah Bangladesh’.


Ini adalah sebahagian daripada kerja kerja dan belanjawan yang perlu diadakan oleh Datuk Sri Najib dan BN untuk memungkinkan warga Bangladesh menjadi bangsa Bangla warga Malaysia. Tidak mungkin Datuk Sri Najib segila itu ingin mengimport 40,000 Bangladesh untuk menewaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gengnya.

No comments:

Post a comment