Monday, 11 November 2013

STATUS `DUTY FREE’ DI TASEK KENYIR?




Diberitahukan di dalam `TEGANU KITA’, Terengganu mensasarkan 5 juta pelancong melawat Terengganu tahun ini. Melaka  pula mencatitkan kedatangan pelancong seramai 6.8 juta orang dari Januari hingga Jun 2013.

Terengganu popular dengan pulau yang amat menarik manakala Melaka popular dengan tempat bersejarah. Kedua dua negeri cuba menonjolkan kelebihan masing masing.

Terengganu sedang sibok membangunkan Tasik Kenyir kepada sebuah destinasi pelancongan ala alam sekitar seperti taman herba, santuari gajah terbesar, jungle tracking dan island hopping dll.

Pelancong yang suka kepada pantai, udara nyaman,  minat hijau hutan, menancing dll, mesti menyukai Tasek Kenyir. Satu hari nanti, semua produk pelancongan akan berada di Tasek Kenyir.

Diberitakan juga ada lebih kurang 360 pulau dan perancangannya ialah setiap pulau ada satu produk. Ada pulau buah buahan, pulau herba, pulau kayu kayan, pulau batek, Pulau Ikan dan memancing dll

Dengan perancangan kemudahan pengangkutan yang bersepadu, penulis percaya Tasek Kenyir boleh berjaya. Lebuhraya dari negeri lain ke Tasek Kenyir juga perlu di naik taraf supaya perjalanan tidak menjemukan dan membahayakan. Penulis tidak pasti ada perancangan landasan kapal terbang ringan. Jika ada, ia lebih menarik pelancong untuk datang ke Tasek Kenyir.

Pengangkutan bot dari pulau ke pulau pun mustahak dan perlu murah. Kekerapannya perlu diadakan. Perjalanan sebelah malam perlu di berikan pertimbangan untuk menggalakkan `mobiliti’.

Jika Kerajaan menimbangkan status `DUTY FREE’ di kepulauan Tasek Kenyir, potensi destinasi pelancongan akan lebih terserlah.

Tahniah kepada Kerajaan Terengganu yang sedang membangunkan Tasek Kenyir. Pembangunan jangka panjang ini adalah untuk rakyat Terengganu dan Malaysia. Dengan royalti minyak serta perancang produk pelancong dan ekonomi yang baik, ia lebih mudah membangunkan Tasek Kenyir.




No comments:

Post a comment