Tuesday, 26 November 2013

KHAIRY DAN FAM MASIH BELUM SEIRING JALAN.


Isnin yang lalu, Kementerian Belia dan Sukan mengadakan mesyuarat pengurusan Pelan Pembangunan Bolasepak. Yang `cantik’nya, wakil FAM tidak hadir. Secara sengaja atau tidak sengaja, wallahualam.

Penulis tidak pasti apa permainan kedua dua badan ini. Adakah satu badan ingin melihat satu lagi badan tidak dapat hadir dengan memberikan notis yang singkat?. Adakah satu badan memberikan alasan lambat terima undangan, atau perlu mendapatkan kelulusan badan bolasepak lain seperti AFC dan FIFA?. Adakah cukup dengan memberi alasan, mereka ada mesyuarat yang telah dirancang awal?. Ini semua alasan.

Pada penulis, YB Khairy dan FAM lebih selesa tidak bertemu sua di dalam satu mesyuarat. Biarkan KBS membuat keputusan, yang lain menyusul mengambil tindakan susulan. Laporan bertulis lebih selesa diantara mereka. Makluman melalui media massa menjadi amalan dan memadahi.

Bagaimana mutu permainan bolasepak Negara akan meningkat jika ibu bapanya berceramok dan bergaduh atau bermasam muka?


Teori penulis mengenai Pelan Pembangunan Bolasepak adalah `reasonable’ seperti di sini

No comments:

Post a comment