Friday 22 November 2013

TEAM JDT SEUMPAMA QUEENS PARK RANGERS YANG `OVERSPENDING’



Team Johor Darul Takzim di Malaysia berbelanja membeli pemain pemain seperti QPR. Dengan kedudukan kewangan peribadi Presidennya dan sedikit oleh Persatuan Bolasepak Negri Johor, JDT membeli hampir 50 peratus pemain negara.

Tidak mustahil, satu hari nanti, JDT berkemampuan membeli kesemua 20 pemain Malaysia.

Penulis cadang Malaysia dan FAM mengkaji dan melaksanakan  peraturan baru Financial Fair Play oleh Football League UK, yang mengawal `ceiling’ perbelanjaan pembelian pemain.

Apakah bolasepak negara menjadi baik jika JDT membeli keseluruhan pemain Malaysia? Akan meriah ke pertandingan bolasepak di Malaysia kerana kita tahu JDT (yang di andaikan dibarisi 100 pemain negara) akan menang. Sudah sampai masanya ke untuk kita adakan sedikit peraturan. Antaranya setiap pasukan dibenarkan ada 3 pemain import dan 3 pemain Malaysia yang bukan berasal dari negeri tersebut (tersenarai 11 pemain utama sahaja). Jika Kelantan mempunyai 5 pemain Malaysia tetapi dilahir dan tinggal di Kelantan maka kelima lima pemain layak bermain untuk negerinya.

Kita harus memberikan tempat untuk pemain tempatan demi pembangunan bolasepak akar umbi.


Walaubagaimanapun JDT harus diberikan kepujian kerana keberanian nya dan percaya kepada industri sukan bolasepak. Ia memberikan pengiktirafan kepada pemain pemain. Dahulu mereka bergaji kecil tetapi sekarang berpendapatan baik. Ia memberikan semangat baru kepada pemain remaja.

No comments:

Post a Comment