Friday, 29 November 2013

PULAU PINANG MEMPUNYAI TIMBALAN PENGERUSI PERHUBUNGAN YANG BARU




Presiden UMNO melakukan sedikit rombakan di dalam UMNO Pulau Pinang dengan melantik Datuk Seri Reezal Merican Maina Merican membantu Datuk Zainal Abidin. Beliau menggantikan Datuk Dr Helmi Yahya.

UMNO melakukan perubahan untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran PRU14 dan DAP yang penulis rasakan kuat di Pulau Pinang. Sokongan Cina Pulau Pinang `menyombong’kan Lim Guan Eng dan Karpal Singh.

Gerakan mempunyai Presiden dan Ketua Pemuda yang baru. Keempat-empat komponen BN ini mesti bersatu untuk satu tujuan. UMNO mesti berbuat sesuatu untuk `maintain’ sokongan orang Melayu sedia ada. Cari strategi dan laksanakan `actions’ untuk menarik kaum Melayu dan Bumiputera yang terpengaruh dengan Pakatan Pembangkang. Tarik penyokong Melayu PKR dan PAS sebaik dan seramai mungkin.

Gerakan, MIC dan MCA mesti kerja keras untuk mengekalkan sokongan sedia ada kaum Cina dan India yang merupakan ahli parti komponen BN dan penyokong BN. Cabaran yang hebat ialah mengembalikan sokongan kaum Cina yang mengundi DAP, PKR dan PAS.

Memandangkan UMNO lebih dominan dan pemimpinnya lebih berpengalaman, UMNO wajar diberikan peranan menerajui BN Pulau Pinang. Perkara ini pernah di cadangkan di dalam penulisan yang lalu tetapi tidak menjadi kenyataan apabila PM, atas dasar prinsip BN, mengekalkan pimpinan Pengerusi BN Pulau Pinang kepada Gerakan.


Selama mana UMNO tidak diberikan peluang dan peranan di Pulau Pinang, sepenggal atau sehingga PRU14, DAP akan terus bertapak 100 tahun lagi atau selamanya. 


Setahu penulis Datuk Seri Reezal Maina Marican  seorang yang pandai berpiadato, berstrategi, bertenaga dan sokongan ramai.

No comments:

Post a comment