Tuesday, 26 November 2013

MALAYSIA TEWAS DENGAN QATAR. PERCAKARAN MULUT PEMIMPIN SUKAN DENGAN PEMAIN DAN PEMINAT `MENJAUHKAN’ PENYOKONG DARI STADIUM SHAH ALAM.



Malaysia tewas tipis 0-1 dengan Qatar di Pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 yang bakal diadakan di Australia. Kalah menang adat permainan. Bola itu bulat. Yang lebih mengecewakan ialah hanya lebih kurang 4000 penyokong memberikan sokongan kepada team Malaysia. Dari segi sokongan pun, Malaysia sudah kalah.

Keadaan ini amat berlainan semasa Perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Kelantan dan Pahang pada 4 November lalu. Stadium Shah Alam yang berkapasiti 80,000 orang (jika tidak silap) dipenuhi lautan manusia penyokong jersi merah dan kuning.

Salah satu sebab penyokong tidak memberikan sokongan ialah publisiti buruk tentang bolasepak negara yang diwarnakan oleh semua pihak termasuklah Menteri, FAM, MSN, pemain dan peminat. Faktor lain seperti harga tiket RM30 juga diambilkira. Cuti sekolah sepatutnya menarik remaja dan ibubapa beriadah di Stadium.

Teguran Menteri Belia dan Sukan kepada FAM mengenai pistol wajar dengan andaian pistol tersebut di jumpai di dalam tandas yang berada di dalam Stadium Shah Alam. Beliau bimbang tentang keselamatan orang ramai. Walaupun baik sebagai teguran mahupun nasihat atau amaran, namum apa implikasinya?. Ia mendedahkan kepada isu kelemahan pengurusan keselamatan kepada peminat sukan. Mengetahui kelemahan pihak FAM dan mungkin PDRM atau RELA, peminat, mungkin, merasa ketakutan untuk membanjiri Stadium Shah Alam.

Teguran mahupun nasihat ini terus dikomen ramai orang termasuklah penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang memberikan pendapat beliau mengenai `menegur’ tadi. Tulisan beliau dilihat `menghentam’ Menteri. Apa lagi, peminat beliau pun menghentam Menteri. Peminat dan penyokong Menteri pun berbalas `bahasa kasar’. Semua ini ada implikasinya kepada industri bolasepak.

Pengarah MSN juga tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap team Malaysia, walaupun beliau berkata ia tidak bermaksud demikian. Jika orang yang berprofil tinggi di dalam sukan turut `tidak confident’, penyokong membuat andaian berdasarkan percakapan Pengarah MSN tadi, sebagai benar.  Apa dah jadi.? Komen atau nasihat atau amaran telah mencetuskan `perang mulut’ pemain dengan MSN. Percakapan mereka, tanpa mengira pihak yang betul dan salah, mempengaruhi penyokong untuk datang ke Stadium.

Mungkin juga, ada baiknya segala komen dan nasihat dibuat secara `direct` dan bukan melalui media. Mungkin media mensensasikan terus sesuatu isu sehingga melemahkan semangat pemain, jurulatih dan penyokong.

Dengan hal yang demikian, penulis cadangan pelan pembangunan bolasepak harus di perincikan keadah mengatasi `crisis management’ supaya semua pihak yang terlibat tidak memburukkan keadaan lagi. SOP `nasihat dan komen atau amaran’ perlu diadakan supaya semua `grievances’ disalurkan dengan betul. Media harus diberikan peranan mempromosikan sukan dan menarik penyokong bukan mengulas keterlaluan kelemahan sesuatu keadaan.

Di negara lain, pelan pembangunan bolasepak  hanya mengariskan visi dan strategi serta perbelanjaan dan `target’nya sahaja tanpa elemen di atas.


Di Malaysia, pelan pembangunan bolasepak terpaksa memasukkan elemen di atas kerana pegawai dan rakyat Malaysia belum boleh menerima sesuatu teguran, nasihat dan amaran yang diberikan. 

No comments:

Post a comment