Wednesday, 13 November 2013

MOHAMAD SABU MUNGKIN TEWAS JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PAS. KENAPA?


PAS akan mengadakan Muktamar PAS 59 di Stadium Melawati pada 22 November ini dimana pertandingan jawatan Timbalan Presiden PAS akan berlansung. Kali ini calon ulama, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan menentang calon Anwarinas dan penyandang Mohamad Sabu.

Pemerhati politik dan PAS melihat ia bakal medan pertempuran sengit antara golongan Anwarinas dengan golongan ulama. Datuk Tok Guru Nik Aziz pula menambahkan warna pertempuran apabila beliau menyeru ahli PAS memilih golongan Ulama. Penulis hairan juga dengan sikap Tok Guru dimana semasa menjawat Menteri Besar Kelantan dahulu beliau merestui Mohamad Sabu dipilih Timbalan Presiden. Sebabnya kerana ingin melihat Ustaz Nasarudin Isa kecundang.

Menyedari ia membawa keburukan dasar PAS dan pengaruh buruk serta kepopulariti yang menurun, Tok Guru membuat `U Turn’. Mohamad Sabu membawa sekurang kurangnya dua pengaruh kurang baik iaitu pengaruh syiah dan pengaruh Anwarinas.

DS Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Karpal Singh lebih selesa dengan Mohamad Sabu dan mudah dipengaruhi.

Walaupun pemimpin tertinggi PAS seperti Presiden dan Timbalan Presiden, juga Marsyidul Am bersetuju dengan penggunaan Kalimah Allah dan sedih dengan keputusan Mahkamah Rayuan, penulis percaya ramai ahli dan penyokong PAS di akar umbi tidak rela Kalimah Allah dipergunakan untuk agama lain. Ini akan menyukarkan lagi usaha pendaftaran Pakatan Rakyat.


Penulis percaya jika PAS membiarkan lebih ramai ahli membuat keputusan dasar parti seperti yang baru dilaksanakan oleh UMNO, ramai kepemimp.inan tertinggi PAS akan berubah wajah. Penulis harap, pada peringkat pertama ini, calon ulama perlu diangkat menjadi Timbalan Presiden dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS. Kumpulan Anwarinas yang terdiri daripada Mohamad Sabu, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam dan Datuk Sallehuddin perlu diketepikan dahulu.

No comments:

Post a comment