Tuesday 12 November 2013

NAMA AmBank MENJADI SEBUTAN DAN SIULAN RAKYAT MALAYSIA



Secara kebetulan kejadian 2 pembunuhan sensasi melibatkan AmBank. Pertamanya pembunuhan berlaku keatas personaliti atau pengasas AmBank. Pembunuhan kedua melibatkan pegawai operasi AmBank dan di dalam premis AmBank sendiri. What a coocidence?.

Kedua dua kes pembunuhan tersebut sudah 90 peratus dikenalpasti dan berstatus selesai. Kes Allahyarham personaliti dan pengasas AmBank, penembaknya telah ditangkap tetapi perancangnya masih di dalam buruan PDRM. Seorang ahli perniagaan telah lari ke Australia dan terkini telah menyorok di China.

Untuk kes Allahyarhamah Norzita, pegawai operasi AmBank, seorang lagi perancang dan kawan penembak mungkin sedang menyorok dan cuba meloloskan diri ke negara jiran.


Apakah impak kepada kejadian ini kepada anggota pekerja Bank dan AmBank khasnya, kepada syarikat pembekal perkhidmatan keselamatan? Umum tahu implikasi kepada ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang.

No comments:

Post a Comment