Sunday 10 November 2013

UNIZA TERIMA 250 PELAJAR NIGERIA



Pelajar Nigeria ramai di KL dan Nilai. Mereka, majoritinya adalah pelajar. Jikalau tuan puan berada di Cheras, kelibat mereka yang berkeliaran di perumahan dan komplek membeli belah, amat menakutkan. Banyak masalah yang timbul. Perhubungan mereka dengan masyarakat setempat selalu tegang kerana mereka menganggu kesejahteraan dan kehidupan perjiranan. Pesta minuman keras, pakaian menjolokan oleh pemuda pemuda Nigeria dan macam macam kerenah buruk lagi.

Warga Nigeria amat senonim dengan `black money’ dan penipuan maya. Banyak kes penipuan telah dilaporkan. Penulis percaya ramai juga didatangi emel emel yang tidak diundang. Mereka cuba menipu rakyat Malaysia yang mereka mencari pelabur usahasama di Malaysia. Banyak juga yang mengatakan mereka adalah anak kepada pembesar Negara Afrika yang mempunyai simpanan wang di bank mereka. Mereka cadang hendak derma kepada penerima emel. Sendiket ini sedang menular ke Sabah dan Sarawak.

Penulis hairan mengapa Terengganu tidak belajar daripada pengalaman serta kejadian kes jenayah yang berlaku di ibu Negara. UNIZA (seperti dilaporkan oleh media urus perdana baru baru ini) menerima 250 pelajar Nigeria belajar di kolej universiti tersebut.

Penulis harap UNIZA jangan pentingkan aliran masuk pendapatan yuran dari pelajar Nigeria atau negara lain tanpa usul periksa dan vetting yang ketat. Penulis kuatir kos pencegahan dan penguatkuasaan pelajar `Nigeria’ melebihi pendapatan dari yuran pengajian.

TV3 baru sahaja menayangkan drama `AKU BUKAN MALAIKAT’ dan pada penulis ia adalah benar dan betul betul berlaku. Amat menakutkan. Mereka mempergunakan gadis gadis Melayu untuk menjadi keldai dadah. Akibatnya gadis gadis Melayu tersebut yang bermasalah. Penulis harap pengurusan atasan UNIZA menonton drama terseut dan jika tidak dihalang kemasukan mereka, kemungkinan malapetaka akan mendatang. Kepada ibubapa di Malaysia, kita semua perlu memantau anak lelaki dan perempuan kita agar tidak terlibat dengan kegiatan warga Nigeria khasnya.

Kesalahan Warga Nigeria  berbeza dengan kesalahan warga wanita China dan Uzbekistan atau Rusia, dimana kes kes pelacuran dan perdagangan manusia berlaku.

No comments:

Post a Comment