Wednesday 27 November 2013

PETUGAS PARKING MAJLIS PERBANDARAN MAIN `KAW TIM’ DENGAN TAUKEH KEDAI KERETA TERPAKAI KE?




Salam sejahtera Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah yang juga tinggal di kawasan Cheng, Melaka.

Kedai Kereta Terpakai tumbuh bagai cendawan termasuklah di Cheng, Melaka. Kebanyakan mereka menyewapajak tanah kosong dan rumah kedai lot tepi. Kesemuanya berhadapan dengan jalanraya besar dan sibok.

Terdapat sebuah kedai kereta terpakai di Taman Cheng Baru yang sebaris dengan MayBank, BSN dan PizzaHut Delivery di Cheng. Kedai ini menyewa kedai lot tepi. Kedai ini, selain daripada memamerkan kereta di dalam kedai, taukeh juga meletakkan kereta di lot lot letak kereta. Lot tersebut boleh membariskan 6 hingga 8 buah kereta.

Yang menjadi masalahnya, kedai kereta terpakai ini memborong habis lot letak kereta setiap hari sepanjang masa dan tahun tanpa pembayaran sepenuhnya (8 pagi hingga 6 petang).

Taukeh kedai akan meletakkan kertas parking ke kereta kereta apaila petugas
parking bermotor meroda kawasan tersebut. Mereka sepatutnya  datang meronda setiap jam tetapi melalui pemerhatian, petugas parking bermotor meronda setiap 2-4 jam sekali.

Penulis syorkan pihak Majlis tidak membenarkan kedai perniagaan menggunakan lot lot parking melainkan mewajibkan mereka membeli lot tersebut iaitu menjadikan lot lot tersebut rezab perniagaan dengan bayaran bulanan. Kebiasaannya perniagaan kedai tayar, aksesori kereta, kereta terpakai, restoran mamak dsb nya.


Pihak Majlis perlu mengambil tindakan segera kerana jika tidak masyarakat akan melabelkan petugas parking `pilih kasih’ dan membenarkan kerugian kepada Majlis Perbandaran dan seterusnya Kerajaan. Sebaiknya Majlis tidak membenarkan lot parking untuk perniagaan tetapi untuk kemudahan rakyat yang berurusan di kawasan tersebut.

No comments:

Post a Comment