Friday, 15 November 2013

PELAN PEMBANGUNAN SUKAN BOLASEPAK MALAYSIA AKAN DILANCARKAN OLEH DATUK SRI NAJIB




Alhamdulilah, Malaysia amat serious di dalam pembangunan sukan bolasepak Negara. Ia adalah selaras dengan minat rakrat Malaysia sejak kebelakangan ini. Selain itu, pemimpin Negeri seperti Johor Darul Takzim, Kelantan dll, berani melabur jutaan ringgit malaysiauntuk sukan rakyat. Pada penulis selain untuk keuntungan perniagaan Persatuan, usaha memajukan sukan ini bolasepak ini boleh dianggap sumbungan pemimpin kepada rakyat. Pemimpin disini termasuklah pemimpin politik dan Sultan atau Raja sesebuah negeri.

JDT, contohnya, dan YAM Tengku Mahkota Johor terpaksa meng`advance’kan jutaan Ringgit dan `credit worthniness’ untuk membeli pemain dan menpengaruhi pemain handalan luar Johor bermain dengan JDT. Ini semua untuk menaikkan imej bolasepak Johor. Johor hanya menang sekali di dalam pertandingan Piala Malaysia berbelas tahun dahulu.

PM mesti sudah meneliti pelan tersebut sebelum bersetuju melancarkannya. YB Khairy tentu sekali telah meneliti dan bersetuju dengan FAM mengenai strateginya. Kita tidak mahu pelan pembangunan yang separuh `masak’.

Penulis ada perturunkan beberapa cadangan kepada Persatuan Bolasepak Melaka yang kini dinamakan Melaka United Football Association tempoh hari, tetapi ianya boleh di `ubah suai’ untuk pembangunan sukan negara. 
http://nasirwise.blogspot.com/2013/02/transformasisukan-bolasepak-remaja-di.html

No comments:

Post a comment