Tuesday 12 November 2013

KARPAL SINGH DIMAMAH USIA



Penulis berpendapat Karpal Singh sudah lanjut usianya dan pertimbangan pemikirannya sudah bercelaru. Jika bercelaru yang merosakkan diri sendiri, keluarga dan parti DAP, lantak pergi lah, tetapi pemikiran celaru beliau menyentoh sensitiviti kaum lain dan agama lain.

Pada masa ini politikus politikus membicarakan ide beliau yang semua parti politik dan pertubuhan professional atau persatuan yang berasaskan perkauman di batalkan pendaftarannya. Beliau memberi contoh Majlis Peguam Muslim, tidak perlu wujud kerana akan hanya akan bersifat `pencetus masalah’.

Majlis Peguam Muslim sebenarnya memberikan saingan dengan Majlis Peguam. Umum tahu Majlis Peguam ini anti kerajaan dan alat pembangkang. Penulis menyeru semua peguam Muslim yang sayangkan agama Islam menjadi ahli Majlis Peguam Islam. Penulis rasa ahlinya sudah mendapat pahala dah kerana Majlis Peguam Muslim menentang penggunaan Kalimah Allah sewenang wenangnya. InsyAllah itulah landasan yang betul.

Para pemimpin politik yang liberal tentang Kalimah Allah itu wajib mengikuti jejak langkah balu pengasas kumpulan Al Arqam, Hatijah Aam atau Ummu Jah, yang telah melakukan taubat nasuha daripada ajaran sesat Aurad Muhammadiah.

Ramai yang tergelak kerana beliau tidak menghormati hak asasi manusia untuk berpersatuan yang memperjuangkan nasib kaum nya. Apabila isu terkena kepada beliau, beliau kata Kerajaan melanggar hak asasi manusia. Kononnya Kerajaan menzalimi LBGT dan sebagainya.

PAS, rakan kongsi DAP yang paling kecewa dengan kenyataan Karpal Singh. PAS tertekan dengan pendirian Karpal Singh kerana ia menjauhkan lagi usaha penyatuan Pakatan Rakyat.


Namum apa yang perlu kita hairankan. Tabiat Karpal Singh memang begitu. Asyik menimbulkan isu isu pelik supaya beliau dan DAP diberi perhatian oleh media arus perdana dan rakyat. Penulis banyak menulis tentang Karpal Singh seperti di bawah untuk tatapan rakan rakan.

No comments:

Post a Comment