Saturday, 9 November 2013

FAM BOLEH GUNA POS MALAYSIA JUAL TIKET SECARA ONLINE


Perlawanan akhir Piala Malaysia telah berlansung dengan kemenangan berpihak kepada Pahang. Tahniah kepada kedua dua pasukan yang menunjukkan permainan yang baik.

Sebelum itu kekecohan berlaku mengenai penjualan tiket yang tidak teratur yang menyebabkan masa menunggu yang lama dan beratur yang panjang. Berlakulah insiden yang tidak dikehendaki seperti pergaduhan dan kemalangan.

Pada masa kini, kemalangan pun boleh berlaku ketika membeli tiket bola sepak. Kemalangan yang berlaku di  jalanraya, kilang, kebakaran, gempa bumi adalah kebiasaanya.

Kini membeli tiket juga boleh membahayakan orang ramai. Tolak menolak dan terpaksa menunggu masa yang panjang. Senario ini biasa berlaku di Kelantan, Sarawak dan baru baru ini di Pahang. Semangat mereka di sana amat tinggi di dalam sukan bolasepak.

Penulis cadangkan FAM merangka satu jualan tiket secara online seperti membeli tiket kapal terbang Air Asia atau Malindo Air. Pembeli beli online melalui debit card atau credit card. Ini tentu sekali akan menjemput permasalahan lain seperti tiket tiruan, tiket rosak, kena ada scanner di pintu masuk dan macam macam lagi. tetapi FAM boleh menyelesaikan masalah yang bakal mendatang jika perlu.

Penulis mengharapkan sesuatu pembaharuan dilakukan di dalam pembelian tiket ini agar lebih ramai lagi akan senang membeli dan menonton secara `live' di Stadium. Gunakan lagi teknologi dan ICT untuk mensejahterakan peminat bolasepak.

Penulis cadangkan `swasta'kan penjualan tiket ini kepada POS MALAYSIA. Dengan pengurusan baru yang diterajui Dato Iskandar Mizal Mahmood, penulis percaya POS MALAYSIA akan menjayakannya dengan baik. POS MALAYSIA mempunyai rangkaian yang meluas. Kuanter mereka boleh jual tiket jika perlu. POS MALAYSIA berkeupayaan menyediakan program pembelian tiket yang online ke kaunter mereka. 

Kita boleh buat dua peringkat. Penjualan tiket secara fisikal di kaunter seperti mana peminat membelinya di Stadium. Cuma kali ini diperbanyakkan kaunter di seluruh daerah. Sebagai contohnya, peminat di Maran atau Pekan tidak perlu beratur di Stadium yang berada di Kuantan untuk membeli tiket.


Peringkat kedua, dengan kemajuan  teknologi pintar, pembelian boleh dibuat secara online melalui telefon atau dari rumah/pejabat. POS MALAYSIA boleh memikirkan pengeluaran tiket yang bermutu tinggi supaya tidak berlaku tiket palsu. Atau tiket di cetak/dikeluarkan di Ibu Pejabat dan di hantar melalui POS LAJU dan posmen bermotosikal. Biar Datuk Iskandar fikir lah.

Mari kita memberikan tanggonjawab kepada POS MALAYSIA menceriakan industri bolasepak negara.



No comments:

Post a comment