Malaysia tewas
tipis 0-1 dengan Qatar di Pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 yang bakal
diadakan di Australia. Kalah menang adat permainan. Bola itu bulat. Yang lebih
mengecewakan ialah hanya lebih kurang 4000 penyokong memberikan sokongan kepada
team Malaysia. Dari segi sokongan pun, Malaysia sudah kalah.
Keadaan ini
amat berlainan semasa Perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Kelantan dan
Pahang pada 4 November lalu. Stadium Shah Alam yang berkapasiti 80,000 orang
(jika tidak silap) dipenuhi lautan manusia penyokong jersi merah dan kuning.
Salah satu
sebab penyokong tidak memberikan sokongan ialah publisiti buruk tentang
bolasepak negara yang diwarnakan oleh semua pihak termasuklah Menteri, FAM,
MSN, pemain dan peminat. Faktor lain seperti harga tiket RM30 juga diambilkira.
Cuti sekolah sepatutnya menarik remaja dan ibubapa beriadah di Stadium.
Teguran Menteri
Belia dan Sukan kepada FAM mengenai pistol wajar dengan andaian pistol tersebut
di jumpai di dalam tandas yang berada di dalam Stadium Shah Alam. Beliau
bimbang tentang keselamatan orang ramai. Walaupun baik sebagai teguran mahupun
nasihat atau amaran, namum apa implikasinya?. Ia mendedahkan kepada isu kelemahan
pengurusan keselamatan kepada peminat sukan. Mengetahui kelemahan pihak FAM dan
mungkin PDRM atau RELA, peminat, mungkin, merasa ketakutan untuk membanjiri Stadium
Shah Alam.
Teguran mahupun
nasihat ini terus dikomen ramai orang termasuklah penyanyi Datuk Siti Nurhaliza
yang memberikan pendapat beliau mengenai `menegur’ tadi. Tulisan beliau dilihat
`menghentam’ Menteri. Apa lagi, peminat beliau pun menghentam Menteri. Peminat
dan penyokong Menteri pun berbalas `bahasa kasar’. Semua ini ada implikasinya
kepada industri bolasepak.
Pengarah MSN
juga tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap team Malaysia, walaupun beliau
berkata ia tidak bermaksud demikian. Jika orang yang berprofil tinggi di dalam
sukan turut `tidak confident’, penyokong membuat andaian berdasarkan percakapan
Pengarah MSN tadi, sebagai benar. Apa
dah jadi.? Komen atau nasihat atau amaran telah mencetuskan `perang mulut’
pemain dengan MSN. Percakapan mereka, tanpa mengira pihak yang betul dan salah,
mempengaruhi penyokong untuk datang ke Stadium.
Mungkin juga,
ada baiknya segala komen dan nasihat dibuat secara `direct` dan bukan melalui
media. Mungkin media mensensasikan terus sesuatu isu sehingga melemahkan
semangat pemain, jurulatih dan penyokong.
Dengan hal yang
demikian, penulis cadangan pelan pembangunan bolasepak harus di perincikan keadah
mengatasi `crisis management’ supaya semua pihak yang terlibat tidak
memburukkan keadaan lagi. SOP `nasihat dan komen atau amaran’ perlu diadakan
supaya semua `grievances’ disalurkan dengan betul. Media harus diberikan
peranan mempromosikan sukan dan menarik penyokong bukan mengulas keterlaluan
kelemahan sesuatu keadaan.
Di negara lain,
pelan pembangunan bolasepak hanya
mengariskan visi dan strategi serta perbelanjaan dan `target’nya sahaja tanpa
elemen di atas.
Di Malaysia,
pelan pembangunan bolasepak terpaksa memasukkan elemen di atas kerana pegawai
dan rakyat Malaysia belum boleh menerima sesuatu teguran, nasihat dan amaran
yang diberikan.
No comments:
Post a Comment