Tuesday 19 November 2013

TAN SRI TONY FARNANDES DAN QPR `SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA’



NST melaporkan Queens Park Rangers (QPR) sedang berhadapan dengan denda oleh Football League sebanyak RM310 juta kerana membelanjakan wang mencecah RM413 juta untuk membeli pemain untuk menyarung jersi QPR.  Walaubagaimana pun, QPR di `relegate’ ke Division Two kerana prestasi buruk dan menduduki tempat terbawah. Akan tetapi jika QPR dapat tersenarai di Liga Perdana tahun ini 2014, denda ini boleh dikecualikan selaras dengan peraturan baru Financial Fair Play Rules (FFP)

Penulis baru terdedah kepada peraturan perbelanjaan membeli pemain di dalam Liga Inggeris. Melihat kepada `rules’ ini, kelab kelab bolasepak di UK yang kaya raya pun tidak boleh membeli pemain sewenang wenangnya. Berapakah `ceiling’nya bagi sesebuah kelab.  

Di Sepanyol, Real Madrid membeli Bale dengan kos menghampiri RM450 juta. Apakah ada `rules’ di negara lain?

Yang pasti, di Malaysia, nampaknya tiada `rules’ seumpama itu. Yang penulis sedia maklum, pada satu masa, hanya 3 pemain import dibenarkan di daftar untuk sebuah team. Tidak mengira berapa banyak wang di belanjakan untuk pembelian.


QPR dimiliki oleh 70 peratus ahli perniagaan Malaysia iaitu Tan Sri Tony Fernandes. Beliau amat meminati sukan. Beliau terlibat di dalam industri permotoran F1 dan motosikal. Beliau seorang yang `risk taker’ dan berani tanggung kerugian mencecah RM720 juta tahun ini. QPR berada di dalam Division 2 dan sedang berusaha kembali kepada Persada Liga Perdana Inggeris musim depan.

No comments:

Post a Comment