Wednesday, 27 November 2013

JUALAN MURAH MYKAD PALSU



Malaysia sedang menghadapi masalah dengan MyKad. Pertamanya penggunaan dan penjualan MyKad PALSU oleh  PATI/rakyat tempatan kepada PATI. Keduanya kes kehilangan MyKad sejumlah 565,157 keping dikalangan rakyat.

Kes Bunuh dan Rompak Pegawai AmBank memberikan banyak hikmah. Antaranya ialah pembongkaran besaran penggunaan dan penjualan MyKad PALSU oleh PATI. Didapati pengawal keselamatan, seorang warganegara Indonesia membeli dan menggunakan MyKad palsu Malaysia yang membenarkan beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan bersenjata.

Ini bermakna MyKad Malaysia sedia ada masih boleh ditiru dan dipalsukan. Apabila PDRM melakukan Ops ID terhadap syarikat pengawal keselamatan dan pegawal di tempat pekerja, terlalu banyak kepincangan. Syarikat keselamatan tiada lessen, ada yang memajakkan lesen, melantik pegawal keselamatan PATI, melantik pegawal keselamatan bukan rakyat tempatan atau Nepal untuk pegawal bersenjata, penyamaran PATI menjadi warga Malaysia dan banyak lagi.

Penulis yakin Kerajaan dan PDRM sudah mempunyai pelan mengurangkan dan mengatasi masalah pemalsuan MyKad. Dalang yang melakukan pemalsuan juga sedang dikesan dan dijejaki. Penulis harap semua pihak membantu Kerajaan dan PDRM membenteras jenayah ini. Sebagai contoh, syarikat pengawal keselamatan mesti mempunyai `smartcard reader’ yang boleh memberitahu majikan identiti sebenarnya mereka ini. Bank, JPJ, Klinik Kesihatan dan KWSP adalah antara agensi yang boleh berperanan. Pihak bank pun kena `periksa’ pengawal keselamatan yang tugaskan oleh syarikat pengawal keselamatan. Bank kena minta MyKad mereka dan buat saringan tambahan. Tidak boleh harapkan syarikat keselamatan sahaja.

Yang menjadi masalah, syarikat keselamatan yang berkomplot dengan PATI. Ada syarikat `mencari jalan’ untuk PATI tadi membeli MyKad palsu. Saringan dibuat sambil lewa dan tidak mengikut standard.

Masalah keduanya ialah kes kehilangan MyKad. Dilaporkan di Parlimen oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, sehingga Oktober 2013, sebanyak 565,157 kes kehilangan MyKad. Penulis percaya 50 peratus daripada MyKad yang hilang tersebut dijual kepada PATI.Harga jualannya agak baik juga iaitu RM300-RM500 sekpeing. 

Suatu angka yang besar. Ini tidak termasuk MyKad yang tidak dituntut. Adakah mereka ini tidak memerlukan MyKad untuk transaksi harian.? Perlu ke Kerajaan melakukan Ops ID untuk memastikan setiap rakyat membawa MyKad.?

Persoalannya, betul ke kehilangan MyKad di lakukan dengan sengaja atau sebaliknya? Berapa kah bilangan MyKad yang di jual kepada PATI? Tidak ada sistem ke yang boleh mengesan status MyKad hilang apabila digunakan oleh orang lain.

Sebagai contoh, MyKad penulis hilang di Melaka. Penulis akan membuat laporan polis untuk mendapatkan MyKad baru. Penulis ingin tahu apa yang PDRM dan JPN  buat selepas menerima laporan dan mengeluaran kad baru? Jikalau agensi ini hanya `mengambil maklum tanpa tindakan’, maka MyKad lama penulis, jika tidak dikembalikan atau termusnah, akan diguna pakai oleh `pencuri’ tersebut.

Penulis yakin kedua agensi memaklumkan di dalam sistem sebanyak mungkin agensi berkaitan, akan kehilangan MyKad tadi seperti mana digunapakai secara meluas di negara barat.

Pencuri tersebut tidak mungkin akan mengaktifkan pengunaan MyKad curi kerana dikuatiri akan dikesan. Pencuri akan gunakan untuk pengenalan diri atau mencari kerja di sektor sektor tertentu seperti perkhidmatan (restoran dll), perladangan, keselamatan dan lain. Jarang digunakan untuk membeli kereta kerana prosesnya melibatkan menyemakan rekod kewangan, pekerjaan, penjamin dll. Sukar sedikit untuk menipu tetapi senang untuk dikesan penyelewengan.


Penulis yakin Kerajaan akan dapat mengawal kes kehilangan MyKad secara sengaja dan penjualan kepada pihak ketiga bagi tujuan jenayah.

No comments:

Post a Comment