Tuesday, 19 November 2013

BETUL KE MUSA AMAN BAYARKAN RM 5 JUTA UNTUK WAKIL RAKYAT PKR YANG BERTINDAK KELUAR PARTI.?



Sebulan dua ini, 2 wakil rakyat PKR Sabah  ADUN Kadamaian Jeremmy Malajad serta ADUN Matunggong Datuk Jelani Hamdan bertindak keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan PKR yang melantik Lajim Ukim sebagai Ketua PKR di Sabah.

Yang paling membimbangkan penulis ialah surat akujanji PKR dengan wakil rakyat dimana jika mereka bertindak keluar parti, mereka kena membayar pampasan atau denda RM5 juta. 


Kedengaran celoteh puak PKR yang kata nanti Datuk Seri Aman Musa bagi pihak BN membeli mereka walaupun sebenarnya mereka bertindak tanpa campur tangan BN. Adat le.

Bagaimana hendak membayar pampasan atau denda tersebut? Atau mereka sudah mendapatkan nasihat peguam masing masing yang kemungkinan akujanji tersebut boleh di `contest’ atau cabar kerana berat sebelah. 


Penulis teringat manifesto pilihanraya kerajaan Selangor yang menjanjikan elaun bulanan kepada ibu tunggal. Mahkamah mendapati manifesto tersebut bukan janji dan member kemenangan kepada Kerajaan PKR Selangor. Mungkin atas dasar ini, wakil rakyat Sabah berani berbuat demikian.


Penulis yakin wakil rakyat PKR di Semananjung `tunggu dan lihat’ reaksi penasihat dan Presiden PKR menyelesaikan permasalahan keluar parti ini.


Dari segi politik, Sabah sedang menempah kejayaan dan kredit harus diberikan kepada Ketua Menteri yang berjaya `kucar kacir' kan PKR di Sabah.

No comments:

Post a Comment