Monday, 18 November 2013

SHAHRIZAT TARIK BALIK SAMAN TERHADAP YB RAFIDI DAN YB ZURAIDA. HANGAT TAHI KUCING.



Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menetapkan untuk menarik balik saman RM100 juta  terhadap YB Rafizi dan YB Zuraida.

Saman ini adalah berkaitan dengan fitnah kes National Feedlot Corporation (NFC) terhadap beliau dan keluarganya. Kes ini dikatakan NFC menyalahgunakan wang pinjaman Kerajaan RM250 juta untuk membangunkan projek ternakan lembu. NFC adalah syarikat  yang dimiliki oleh keluarga DS Shahrizat yang diketuai oleh suami dan anak beliau.


YB Rafizi dan YB Zuraida berjaya menyebabkan Kerajaan mengambil tindakan terhadap NFC kerana sebahagian wang pinjaman digunakan untuk membeli bangunan kondo dan kereta mewah. Dari segi politik, kes lembu kondo air con ini menyebabkan UMNO dilanda `Taufan Haiyan’ dan tsunami. DS Sharizat meletakkan jawatan sebagai Menteri dan tidak dipilih menjadi calon semasa PRu13 yang lalu.

Penarikan balik saman berlaku setelah peguam masing masing menerima terma dan syarat tertentu.

Seikhlasnya penulis ingin menyaksikan proses perundangan berjalan terus supaya rakyat tahu dengan lebih jelas kejadian kononnya penyelewengan di NFC. Tetapi ia tidak berlaku.

Pada kelazimannya, jika plaintif yang menarik balik saman, kes yang cuba diketengahkan tidak mempunyai asas yang kukuh atau tidak betul. Jika kita meneliti strategi Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, beliau menyaman lawannya kerana ingin menghalang defenden dari terus memperkatakan dakwaannya (samada fakta atau auta).


YB Rafizi seharusnya diajar kerana beliau selalu membuat dakwaan politik tetapi kadang kadang tidak tepat kebenarannya.   


Yang sensasinya, DS Anwar Ibrahim menarik balik saman RM100 juta terhadap YB Khairy Jamaluddin. Tiada sebab di berikan secara umum.

Setahu penulis, kes saman RM200 juta FELDA terhadap Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail akan di dengar pada 25 Januari 2014 akan datang. Penulis harap FELDA tidak akan menarik balik saman tersebut kerana rakyat ingin tahu kejadian sebenarnya. Para graduan dan pelajar undang undang pun boleh belajar proses perundangannya.

No comments:

Post a Comment