ALLAH Maha Esa dan Maha Mengetahui.
Penulis amat sempati dengan suami dan keluarga di atas
kejadian bunuh dan rompak oleh seorang pengawal keselamatan (dengan bantuan
seorang rakan yang menunggu di luar Bank) terhadap Allahyarham Norzita. Allah
lebih meyayangi beliau.
Kejadian ini telah menyebabkan pembongkaran banyak
aktiviti haram oleh warga asing dan syarikat keselamatan. Hasil Ops oleh PDRM,
banyak kelemahan di kenalpasti.
Antara aktiviti haram yang boleh menjejaskan keselamatan
negara Malaysia ialah wujudnya penggunaan dan penjualan MyKad palsu oleh dan
kepada warga asing. Ini bermakna ada dalang yang menjalankan aktiviti haram ini
tanpa dikesan sebelum kejadian bunuh tadi.
Yang menyedihkan ialah syarikat keselamatan tidak dapat
mengesan mereka ini ketika memohon pekerjaan di syarikatnya. Syarikat
keselamatan mengambil jalan ringkas melantik dan mengajikan warga asing (hanya
rakyat tempatan dan warga Nepal yang pernah bertugas sebagai polis atau tentera
di negara asalnya).
Syarikat mungkin `skip’ menghantar biodata pegawal
keselamatannya untuk saringan PDRM. Mungkin ada saringan PDRM tetapi berjaya
dan layak di dalam saringan.
Untuk pembayaran gaji bulan, pengawal keselamatan perlu
membuka akaun di bank pilihan dan berdaftar dengan KWSP. Amat malang sekali
jika Bank dan KWSP yang kebiasaannya menggunakan `Card Reader’ secara meluas,
pun gagal mengesan kad pengenalan palsu.
Begitu juga halnya jika pengawal keselamatan tersebut memerlukan motosikal atau
kereta ke tempat kerja. Mereka perlu memiliki lesen memandu. Selain itu, mereka
perlu menggunakan kad pengenalan untuk menyewapajak motosikal atau kereta. Jika
proses ini lolos juga, ia bermakna kad pengenalan palsu tersebut mempunyai ciri
keselamatan yang tinggi.
malaysia punay sistem kerajaan.. mau dikorbankan dulu, mati rakyat baru lah terhegeh2 pihak berwajib utk tnjuk prihatin dan kuat kuasa undang2.. malu je pd British yg jajah kita pn dlu lbh bertanggungjwb pd undang2 brbanding melay memerintah.. undang2 celah kangkang.. rse nk pakai bile2 boleh pakai.. xnk pakai buat bodoh je... sbb tu PATI bebas keluar masuk.. dadah berleluasa.. BERSHIT boleh buat huru hara.. ohh.. Malaysiaku.. bilakan BN mau sedar??
ReplyDelete