Pelajar Nigeria ramai di KL dan Nilai. Mereka, majoritinya adalah
pelajar. Jikalau tuan puan berada di Cheras, kelibat mereka yang berkeliaran di
perumahan dan komplek membeli belah, amat menakutkan. Banyak masalah yang
timbul. Perhubungan mereka dengan masyarakat setempat selalu tegang kerana
mereka menganggu kesejahteraan dan kehidupan perjiranan. Pesta minuman keras,
pakaian menjolokan oleh pemuda pemuda Nigeria dan macam macam kerenah buruk
lagi.
Warga Nigeria amat senonim dengan `black money’ dan penipuan maya.
Banyak kes penipuan telah dilaporkan. Penulis percaya ramai juga didatangi emel
emel yang tidak diundang. Mereka cuba menipu rakyat Malaysia yang mereka
mencari pelabur usahasama di Malaysia. Banyak juga yang mengatakan mereka
adalah anak kepada pembesar Negara Afrika yang mempunyai simpanan wang di bank
mereka. Mereka cadang hendak derma kepada penerima emel. Sendiket ini sedang
menular ke Sabah dan Sarawak.
Penulis hairan mengapa Terengganu tidak belajar daripada pengalaman
serta kejadian kes jenayah yang berlaku di ibu Negara. UNIZA (seperti
dilaporkan oleh media urus perdana baru baru ini) menerima 250 pelajar Nigeria
belajar di kolej universiti tersebut.
Penulis harap UNIZA jangan pentingkan aliran masuk pendapatan yuran
dari pelajar Nigeria atau negara lain tanpa usul periksa dan vetting yang ketat.
Penulis kuatir kos pencegahan dan penguatkuasaan pelajar `Nigeria’ melebihi
pendapatan dari yuran pengajian.
TV3 baru sahaja menayangkan drama `AKU BUKAN MALAIKAT’ dan pada
penulis ia adalah benar dan betul betul berlaku. Amat menakutkan. Mereka
mempergunakan gadis gadis Melayu untuk menjadi keldai dadah. Akibatnya gadis
gadis Melayu tersebut yang bermasalah. Penulis harap pengurusan atasan UNIZA
menonton drama terseut dan jika tidak dihalang kemasukan mereka, kemungkinan
malapetaka akan mendatang. Kepada ibubapa di Malaysia, kita semua perlu
memantau anak lelaki dan perempuan kita agar tidak terlibat dengan kegiatan
warga Nigeria khasnya.
Kesalahan Warga Nigeria berbeza
dengan kesalahan warga wanita China dan Uzbekistan atau Rusia, dimana kes kes
pelacuran dan perdagangan manusia berlaku.
No comments:
Post a Comment