Saturday, 16 November 2013

AKIBAT `PEPERANGAN’, PELANCARAN PELAN PEMBANGUNAN BOLASEPAK NEGARA OLEH PM MUNGKIN DITANGGUHKAN.


Penulis merasa risau sedikit dengan perkembangan terkini iaitu `perang mulut’ diantara Menteri Belia dan Sukan dengan FAM yang belum terlerai. Berdasarkan Berita TV3, YB Khairy menyindir Setiausaha Agong FAM, Datuk Hamidin yang turut hadir menonton teater musical Supermokh di Istana Budaya pada hari Isnin, kerana tidak menegor sapa Menteri di sana. Mungkin ia memberikan `impression’ yang FAM kecil hati dan tidak bersetuju di tegur sedemikian rupa oleh YB Khairy.

Penulis tidak pasti keefektifan sesebuah pelan jika pihak pihak yang bertanggongjawab tidak boleh bersua muka dan berbincang strategi strategi pembangunan bola sepak. Dengan keadaan ini, tidak berlaku sessi tukar fikiran di antara Menteri dan FAM. Tidak mungkin ia akan berjaya jika sesebuah pelan tidak disokong oleh Menteri dan sokongan dana.

Bagaimana Pelan Pembangunan BolaSepak ini akan dilancarkan pada bulan Disember 2013 oleh YAB Perdana Menteri, jika mereka tidak bertegur sapa. Penyelarasan majlis perlu dilakukan tetapi siapa hendak ke hadapan?

Umum tahu bahawa YB Khairy menegur FAM dari segi aspek keselamatan apabila PDRM menjumpai sepucuk pistol dan peluru di tandas Stadium Shah Alam semasa pertandingan akhir Piala Malaysia pada 3 November yang lalu. YB Khairy risau apa akan berlaku jika pistol ini di gunakan semasa perlawanan akhir tersebut.

Teguran tersebut tidak diterima oleh jawatankuasa keselamatan FAM dan ia disuarakan oleh Datuk Jamal Nasir.

Pada penulis, dengan andaian tandas tersebut berada di luar stadium, pihak FAM dan PDRM tidak boleh dipersalahkan kerana  mungkin FAM dan PDRM telah mengetatkan kawalan memasuki Stadium dan penjahat terpaksa meletak atau menyimpan pistol dan peluru di tandas luar.

Tetapi jika pistol tersebut dijumpai di dalam tandas di dalam Stadium, ia bermakna pihak FAM dan PDRM tidak mempunyai sistem kawalan keselamatan yang ketat sehinggakan pistol tersebut lolos ke dalam Stadium. Jika ini senarionya, YB Khairy akan `kes’ untuk menegur FAM.


FAM tidak perlu melenting dan sepatutnya mohon maaf dan memberi jaminan ia tidak akan berlaku di masa hadapan. Selesai cerita. Seperkara lagi, Menteri di anggap Bapa dan FAM sebagai Anak. Dalam perhubungan ini, jika ada sekali pun kesilapan dari pihak Menteri, Anak harus pergi `mengadap’ Bapak dan memberikan penjelasan. Ini adat orang Melayu.

No comments:

Post a Comment