Team
Johor Darul Takzim di Malaysia berbelanja membeli pemain pemain seperti QPR. Dengan
kedudukan kewangan peribadi Presidennya dan sedikit oleh Persatuan Bolasepak
Negri Johor, JDT membeli hampir 50 peratus pemain negara.
Tidak
mustahil, satu hari nanti, JDT berkemampuan membeli kesemua 20 pemain Malaysia.
Penulis
cadang Malaysia dan FAM mengkaji dan melaksanakan peraturan baru Financial Fair Play oleh
Football League UK, yang mengawal `ceiling’ perbelanjaan pembelian pemain.
Apakah
bolasepak negara menjadi baik jika JDT membeli keseluruhan pemain Malaysia?
Akan meriah ke pertandingan bolasepak di Malaysia kerana kita tahu JDT (yang di
andaikan dibarisi 100 pemain negara) akan menang. Sudah sampai masanya ke untuk
kita adakan sedikit peraturan. Antaranya setiap pasukan dibenarkan ada 3 pemain
import dan 3 pemain Malaysia yang bukan berasal dari negeri tersebut
(tersenarai 11 pemain utama sahaja). Jika Kelantan mempunyai 5 pemain Malaysia
tetapi dilahir dan tinggal di Kelantan maka kelima lima pemain layak bermain
untuk negerinya.
Kita
harus memberikan tempat untuk pemain tempatan demi pembangunan bolasepak akar
umbi.
Walaubagaimanapun
JDT harus diberikan kepujian kerana keberanian nya dan percaya kepada industri
sukan bolasepak. Ia memberikan pengiktirafan kepada pemain pemain. Dahulu
mereka bergaji kecil tetapi sekarang berpendapatan baik. Ia memberikan semangat
baru kepada pemain remaja.
No comments:
Post a Comment