Monday, 18 November 2013

TERMA BARU UNTUK SAYA `MENJEMPUT REZEKI’



Penulis gembira membaca Rencana JOM AUDIT oleh Prof. Dr Muhaya Mohamad yang di siarkan di dalam Mingguan Malaysia pada Ahad 10 Novemer 2013.

Prof. Dr menulis pandangannya yang kita perlu kaya untuk menjamin keselesaan hidup berkeluarga, keselesaan hubungan dengan Tuhan dan dapat memembantu orang lain. Ekonomi mesti dipertingkatkan. Macam mana? Kita melakukan perubahan? Prof. Dr cadang cuba bidang baharu dan asing iaitu perniagaan.

Dalam perniagaan kita kena ubah beberapa terma dan pendirian. Kita kena `menjemput rezeki’ dan bukannya `cari makan’. Apa bezanya?

`Menjemput’ bermaksud menyambut atau mengambil sesuatu yang pasti ada, sedangkan `mencari’ adalah berusaha mendapatkan sesuatu yang tidak pasti dan tidak tahu di mana ia berada, ujar Prof. Dr Muhaya.

`Rezeki’ pula bermaksud segala sesuatu yang dikurniakan oleh Allah untuk keperluan rohani dan jasmani. `Mencari makan’ lebih sesuai untuk haiwan manakala manusia lebih tepat menggunakan istilah `menjemput rezeki’.

Beliau menerangkan selanjut dengan contoh contoh yang simple. `Saya mencari rezeki halal, dengan duit ini insyaAllah saya tidak berhutang dan meminta minta, dapat buat simpanan dan insyAllah akan menunaikan fardu haji.’ `Saya mencari rezeki untuk membeli rumah yang selesa dan kereta yang selesa supaya saya selesa beribadat. Semua rezeki sayaakan saya gunakan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Penulis insaf dengan penulisan Prof Dr mengenai sedekah. Dengan bersedekah, Allah akan berlipat ganda lagi atau ganti balik dengan lebih banyak. Rezeki Allah bukan tempat untuk `simpan’ tetapi hanyalah tempat `lalu’.

Secara kebetulan, Malaysia turut menghantar 3 tan perubatan dan 7 tan makanan ke Filipina untuk mangsa taufan rebut Haiyan. Secara Allah merahmati negara Malaysia.

Semoga ia memberikan kita keinsafan dan semakin dekat dengan Allah.

No comments:

Post a Comment