Thursday, 28 November 2013

YB KHAIRY `USIK’ TERENGGANU PULAK SELEPAS FAM.


Selepas `confrontation’ dengan FAM, YB Khairy Jamaluddin `mengusik’ Terengganu pulak.


Beliau memberikan komen dan cadangan untuk mengkaji Monsoon Cup yang diadakan setiap tahun di Pulau Duyong, Terengganu. Ekoran daripada itu, MB Terengganu sudah memutuskan untuk tidak menaja kejohanan Lumba Basikal LDT 2014.

Penulis rasa Datuk Ahmad Said tercepat sedikit di dalam tindak tanduknya. YB Khairy baru cadang mengkaji `ubah lokasi kejohanan’ dan belum membuat keputusan, tetapi MB Terengganu telah memberhentikan tajaan sukan Lumba Basikal.


Sikap `gentleman’ penganjur LTDL 2014 dialukan. Walaupun sedih, penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada Terengganu yang menaja RM2juta tahun lepas. Penganjur tidak berputus asa mencari penaja dan MAS Airlines bersetuju menaja jersi Putih. Laluan di Terengganu terpaksa di ubah ke Lembah Klang dan Putrajaya. Penulis rasa penajaan yang lalu adalah selaras dengan Kempen Tahun Melawat Terengganu 2013.

Penulis ingin menghuraikan beberapa cadangan dan gesaan:-
1.      Seperti yang penulis katakan, setiap kontrak mesti bertempoh. Dahulu penulis cadangkan kontrak Datuk K.Rajagopal ditetapkan 2 atau 3 tahun sahaja. Jika beliau berjaya membawa kejayaan atau sebaliknya, kontrak tetap tamat. Jadi tidak ada isu `aib’ dan `malu’ akan berulang. Begitu juga dengan Kejohanan Lumba Basikal atau Monsson Cup. Mesti ada tempoh supaya tiada siapa pun merasa kecil hati.
2.      Monsoon Cup diadakan di Terengganu kerana ia berkaitan dengan musim tengkujuh dan lautan bergelora yang diperlukan untuk kejohanan perahu layar. Jikalau lautan itu tidak bergelora, kejohanan tidak akan bermakna. Jesteru itu, Monsoon Cup sesuai di Terengganu. Melainkan di Johor pun mempunyai ciri yang sama dengan Terengganu, ia wajar dipertimbangkan di adakan di Johor juga.
3.      Melainkan sesebuah kejohanan merupakan rangkaian lokasi dan kemudahannya telah mendapat kelulusan badan sukan antarabangsa, ia wajar dikekalkan. Mengambil contoh Litar Sepang Antarabangsa yang menganjurkan FI dan GP Moto. Kita tidak boleh mengubah lokasi perlumbaan dari Sepang ke litar lain kerana ia juga merupakan rangkaian perlumbaan. Kalendar telah ditetapkan. Kontrak penganjuran pun ditetapkan 10 tahun (jika tidak silap) dan boleh diperbaharui. Andaikata Sepang tidak di`sambung penganjurannya’, kita sepatutnya tidak merasa kecewa.
4.      Pada prinsipnya, sesebuah kejohanan di Malaysia, wajar diadakan secara `rotation’ setiap 5 tahun contohnya. Ia memberikan peluang kepada bandar lain mengecapi limpahan ekonomi daripada kejohonan ini. Jika dahulu, kejohanan Lumba Basikal di adakan di Langkawi, ia di ubahsuai (namanya pun diubahsuai) melalui Terengganu ataupun Selatan Semenanjung. Jika Monsoon Cup memerlukan kemudahan khas dan pelaburan, dirasakan di dalam 5 tahun atau 5 kali penganjuran, pelaburan tersebut dapat pulangan nyata dan tidak nyata kepada sesebuah negeri.
5.      Penulis harap Menteri Belia dan Sukan tidak mengamalkan pilih kasih di dalam aktiviti kesukanan. Banyak juga kemudahan sukan dan penganjuran di Terengganu. Ramai yang kata Datuk Seri Ahmad Shabbery Cik, mantan Menteri Belia dan Sukan orang Terengganu. Mungkin kah selepas ini, Negeri Sembilan menjadi tumpuan pembangunan dan penganjuran sukan peringkat Malaysia dan antarabangsa. Veldorum Basikal berstatus pertandingan dikatakan akan dibina di Nilai, Negeri Sembilan.
6.      Sukan seharusnya dijadikan jambatan untuk merapatkan hubungan Kerajaan dengan rakyat, antara Sultan/Raja dengan rakyat dan politikus Kerajaan dengan pembangkang. Trend penglibatan Sultan/Raja dalam sukan di Malaysia sedang mekar segar. FAM diterajui Sultan Pahang, Hoki oleh Tuanku Mahkota Pahang (sebelum ini Sultan Perak), Presiden Persatuan Bolasepak Johor oleh Tengku Mahkota Johor. Ada juga sukan yang amat diminati oleh Sultan seperti Sultan Terengganu, Pahang dan Johor  yang amat minat sukan kuda dan Polo.
Penulis harap penglibatan semua pihak menaikkan mutu permainan dan industri sukan negara dan bukannya membantutkan kemajuan sukan.


Penulis juga harap YB Khairy Jamaluddin yang sedang membawakan variasi dan pembaruan di dalam apa jua bidang sukan dan belia (untuk kebaikan sukan Negara dan belia), ambillah pendekatan yang `soft’ sedikit. Salah satu caranya ialah berjumpa dan berbincang dengan pihak yang terbabit terlebih dahulu, contohnya, MB Terengganu, sebelum berbual dengan pemberita dan mencadangkan sesuatu. 

1 comment: