Penulis
berada di Pekan Baru 3 tahun dahulu kerana urusan projek pengkomposan tandan
kelapa sawit. Dalam pada itu, penulis di pelawa ke pejabat gabenor dan ter pandang pameran jambatan Melaka Dumai serta raplika jambatan.
Ini bermakna pihak Pekan Baru berhasrat projek ini dilaksanakan.
Melaka
dibawah Datuk Seri Mohd Ali Rustam amat berminat dengan projek ini tetapi
sumber kewangan tidak dapat di tetapkan. Projek sebegini seharusnya
dilaksanakan oleh swasta dengan bantuan Kerajaan Pusat dan Negeri, juga
Pemerintah Pekan Baru dan Jakarta.
Projek
jambatan ini sedang dimuktamadkan sumber pembaiyaannya oleh sebuah syarikat
beralamat Kelantan tetapi di jalankan oleh orang Melaka. Dikatakan syarikat
dari China telah bersetuju untuk `finance’ projek tersebut. Semoga ia
dipermudahkan oleh ALLAH SWT dan semua pihak mendapat menaafaatnya khasnya
orang Islam.
Antara
kebaikan jambatan ini ialah ia akan merapatkan lagi hubungan silaturahim orang
Melayu di Nusantara.
Industri
pembinaan di Melaka dan Dumai akan berkembang maju jika projek jambatan yang
beranggaran RM44 bilion, dapat dilaksanakan. Pembekal batu kuari dan pasir akan
mendapat kontrak. Kapal penyedut pasir laut dan kapal pengangkut akan mendapat
kerja. Pembekal simen dan tar tidak ketinggalan membekal bahan mentah ke projek
ini. Perkhidmatan professional seperti jurutera, jurukur, arkitek dan
sebagainya diperlukan. Beratus ratus lori lori hantu dikehendaki di site ini.
Apabila
jambatan Melaka Dumai beroperasi, projek ini akan merancakkan kegiatan ekonomi
kedua dua negara. Kegiatan eksport dan import berjalan lancar. Indonesia
mempunyai bahan mentah, contoh, produk pertanian seperti sayur sayuran, buah
buahan, dll yang boleh di `export’ ke Malaysia atau diproses lanjut. Bahan mentah boleh diperolehi dengan banyak,
cepat (fresh) dan murah. Penghantaran melalui jalanraya akan membantu mencapai
kos produksi yang lebih rendah. Pelabuhan Singapura akan terjejas dengan teruk.
Pekerja
Indonesia yang seramai 1.5 juta di Malaysia akan senang berulang balik dari
Malaysia ke Dumai terutamanya semasa Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Haji.
Mungkin kos atau tambang pengangkutan akan lebih murah daripada tambang
kapalterbang dan feri. Mungkin masa perjalanan akan lebih ringkas. Keluarga
mereka mungkin lebih senang melawat suami, ibu, abang dan adik di Malaysia.
Kedua dua negara akan mendapat keuntungan.
Pelancongan
antara Indonesia dan Malaysia dijangka akan menyemarak. Adalah dijangkakan
pelancong Malaysia – Indonesia akan diberikan peluang memilih kemasukan melalui
laut, udara dan jalanraya. Mereka boleh memilih jalanraya semasa memasuki
Malaysia dan balik Indonesia melalui udara, yang mana sesuai.
Pelancongan
Kesihatan adalah salah satu sumber pendapatan Melaka. Pada masakini, pesakit
Indonesia sekitar Pekan Baru dan Riau mendapatkan rawatan di Melaka. Mereka
datang melalui feri atau kapal terbang. Dengan jambatan, pesakit akan lebih
senang dan murah di bawa masuk.
Setiap
projek mega membawa `economic spill effect’. Melaka secara amnya akan mendapat
keuntungan ekonomi yang utama. Hartanah di luar Bandar seperti Pengkalan Balak
atau Kuala Sungai baru, akan meningkat nilainya. Mungkin pembangunan ala
Putrajaya atau ala Iskandar di Melaka. Tentunya orang Melayu dan Bumiputera
akan mendapat menafaatnya.
Penulis
yakin dan percaya bahawa Melaka akan maju setaraf Jakarta dan Singapura dan
Kuala Lumpur suatu masa nanti.
No comments:
Post a Comment