,
Ketua Kumpulan
`Tuhan Harun’ atau Harun Mat Saat, 47 tahun, ditangkap di Tangkak, Johor
semalam rasanya, hasil kerjasama rakyat setempat dan PDRM. Seperti filem `The
Enemy of the State’ yang dibintangi oleh Will Smith, kecanggihan teknologi
boleh mengesan seseorang melalui talian telefon, penggunaan kad kredit dan
selainnya digunakan untuk menangkap `Tuhan Harun’.
Sebelum ini
penulis mencadangkan Bank bank menerajui teknologi `anti theft technology’
untuk mengesan kereta kereta yang tidak berbayar ansurannya melalui `automatic
engine off’. Bank bank boleh mengesan kereta walaupun di sorok. Teknologi ini
diharap mengantikan profession penarik kereta yang kelazimanan berkait rapat
dengan gangsterism.
Berbalik kepada
`Tuhan Harun’, PDRM mungkin menggunakan rangkaian penarik kereta untuk mengesan
kenderaan yang di gunapakai oleh `Tuhan Harun dan pengikutnya.
Beliau
ditangkap selepas anaknya di berkas. Mungkin hasil soal siasat (mengikut filem
Ingeris, jika enggan berkerjasama, tahanan diberikan sedikit tekanan fisikal),
anaknya mendedahkan tempat pensembunyian `Tuhan Harun’.
`Tuhan Harun’
sedang disiasat oleh Jabatan Agama Islam Pahang kerana mengamalkan ajaran
sesat. Beliau mengaku beliau adalah Tuhan. Beliau dan 21 pengikutnya (terlupa
angka sebenarnya) telah di dakwa di Mahkamah Syariah tetapi diberitakan tidak
hadir ke Mahkamah sebanyak 2 kali.
Di dalam pada itu,
Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIP, Allahyarham Ahmad Raffli ditembak mati di hadapan rumahnya di Indera
Mahkota 2, Kuantan minggu lepas. Allahyarham didatangi 3 orang lelaki berkereta
warna putih dimana seorang daripada mereka berserban dan memberi salam sebelum
menembak Allahyarham. PDRM inginkan kerjasama `Tuhan Harun’ dan pengikutnya
untuk menyelesaikan siasatan kes bunuh tadi.
Mengapakah
`Tuhan Harun’ memilih Tangkak untuk tempat bersembunyi?
1. Mungkin
ada pengikut atau saudara mara ajaran `Tuhan Harun’ di Tangkak.
2. Mungkin
Tangkak berhampiran dengan Gunung Ledang yang ada orang menjadikan tempat
bertapa (kelazimannya bercanggah dengan ajaran Islam).
3. Mungkin
Tangkak berada dilokasi strategik iaitu berhampiran dengan Lebuhraya Utara
Selatan, berhampiran dengan Kuantan melalui Segamat dan berada di luar
kesibukan Bandar seperti Kuala Lumpur dan Melaka.
4. Mungkin
`Tuhan Harun’ menganggap penduduk Tangkak tidak perihatin dengan kes kes semasa
dan bersikap `tidak menjaga tepi kain orang’.
5. Mungkin
`Tuhan Harun’ ingat warga PDRM di Tangkak khasnya tidak cekap dan tidak peka di
sekelilingnya.
Penulis harap
pihak berwajib dapat mengawal selia penyebaran ajaran sesat kerana ia menjurus
kepada pergerakan militan. Malaysia
tidak memerlukan suasana `militan’.
No comments:
Post a Comment