Sejak
kebelakangan ini, NGO Melayu dan Bumiputera mengkritik hebat Ketua atau
peneraju GLC Nasional dan Negeri di dalam 2 perkara pokok. Pertamanya GLC dilihat
kurang membantu peniaga Bumiputera. Keduanya GLC mendewakan bahasa Ingeris dan kurang
membeli iklan atau mengiklan produk dan perkhidmatan di media arus perdana
samada TV mahupun surat khabar bahasa Malaysia. Antara GLC yang di tegur hebat ialah
CIMB dan Petronas. Penulis percaya banyak lagi GLC yang tidak memainkan peranan
tersebut.
Kebanyakan GLC,
contohnya Petronas, beranggaapan mereka sudah memainkan peranan dengan membayar
dividen atau untung tahunannya yang berbilion nilainya kepada Kerajaan.
Apabila dividen telah di istihar dan di
kembalikan kepada Kerajaan, Petronas beranggapan Kerajaan lah yang patut
menolong Bumiputera. Sebenarnya Petronas kena terus berperanan.
Banyak
kebenarannya yang GLC yang diketuai orang Melayu sudah memikirkan keuntungan
100 peratus tanpa pertimbangan Bumiputera di dalam urusan harian perniagaannya.
GLC boleh memperlajukan atau memperlambatkan pencapaian wawasan 2020. Jika
mereka tidak cekap di dalam pengurusan, mengamalkan rasuah dan cuai, GLC boleh
mencatitkan kerugian. GLC yang bertunjangkan KPI yang sempit, boleh mensabotaj
kecergasan ekonomi negara.
Penulis harap
dengan kritikan bertalu talu daripada NGO Melayu dan Bumiputera, GLC ambil lah
perhatian sedikit. Buatlah rancangan dan tindakan yang boleh memperkasakan
ekonomi Bumiputera dan menyumbang kearah pencapaian wawasan 2020.
Penulis `tabik’
dengan 2 usahawan Bumiputera yang rasanya lebih banyak mengiklan produk dan
perkhidmatan di TV dan surat khabar bahasa Malaysia berbanding GLC GLC yang
sedia ada. GLC biasanya diberikan liputan berita oleh TV dan surat khabar
secara percuma manakala pemberita dan jurukamera diberikan jamuan dan `goodies
bag’. Kadangkala, GLC berbelanja tiket kapal terbang, penginapan dan makan
minum kepada pemberita jika berliputan di luar negara.
Siapakah dua
usahawan tersebut? Penulis hanya berikan `clue’ sahaja, tuan puan menekannya.
`PRODUK
TERLAJAK LARIS ’
`COMEL TAK KAK
TON?
Untuk memperbetul peranan sampingan GLC, ada satu suara sebenarnya yang boleh mengejutkan GLC dari lagak, ego dan sombong kepada bumiputera. Suara siapakah itu? Siapa lagi kalau bukan PM DS Najib Razak. Tapi PM kita buat apa? Tak buat apa-apa kepada GLC. Takut kalau tegur GLC nanti maka sumber utama kewangan negara akan terjejas. Sindrom 'takut kepada anak' rupanya bukan sahaja berlaku dalam institusi keluarga, malah dalam kerajaan. DS Najib, GLC ni kerajaan punya, kerajaan punya maksudnya rakyat punya. Apa nak takut. Tegurlah demi menyeimbangkan tahap ekonomi bumi dan non-bumi. Satu Malaysia apa jika bumiputera masih tercirit mengejar taraf ekonomi yang sama dengan non-bumi. Sampai sudah tak terkejar....sembang ajelah 1 Malaysia tu.
ReplyDeleteMungkin itu adalah strategi pemasaran syarikat GLC. Biasanya CEO membuat pengiklanan produk dan perkhidmatan megikut kajian yang dilakukan oleh agensi
ReplyDeletepengiklanan. Pada pandangan saya yang penting Ceo syarikat GLC MESTI tentukan
bahawa pengurusan dan kakitangan pekerja mesti dipenuhi oleh orang Melayu yang berkelayakan dan mampu untuk meningkat prestasi syarikat. JANGAN CUBA MENIDAKAN KEBOLEHAH ORANG MELAYU. Orang Melayu dah ramai ada kelayakan professional dan berkelulusan ijazah.