Tuesday 26 November 2013

PENGERTIAN MUTAKMAR PAS KE 59 PADA AHLI PAS, UMNO, `SUAMI SUAMI DALAM PAKATAN RAKYAT’ DAN ORANG MELAYU.



Mutakmar PAS ke 59 yang telah di adakan di Stadium Melawati, Selangor, membawakan banyak pengertian dan pengajaran kepada ahli PAS, UMNO,  orang Melayu dan `rakan rakan pembangkang’.

Antaranya ialah:-
1.      PAS selesa dengan `perkahwinan’ mereka dengan DAP dan PKR. Ini dibuktikan dengan ucapan Presiden PAS khasnya yang men`confirm’kan PAS tidak akan keluar daripada Pakatan Pembangkang. Sekali gus ucapan itu menjawab gesaan Ketua Ulamak PAS dan Majlis Ulama PAS yang meminta PAS mengkaji semula `perkahwinan’ tiga segi itu. Malah golongan ulama digelar `gila kuasa’.
2.      Golongan Anwarinas masih dominan dalam PAS dengan kemenangan Mat Sabu, Datuk Sallehuddin Ayub dan Datuk Husam yang memenangi jawatan penting dalam PAS.


3.      PAS inginkan gandingan professional seperti Datuk Sallehudin Ayub dan ulama (Tuan Man) di dalam Naib Presiden di dalam barisan PAS.
4.      Datuk Mahfuz tewas kepada Tuan Man di dalam perebutan Naib Presiden. Ramai ahli PAS tidak selesa dengan kegagalan beliau menerajui PAS Kedah dan PRK Sg Limau baru baru ini. Dikatakan penyokong dan perwakilan tegar Allahyarham Tan Sri Azizan Razak tidak memilih Datuk Mahfuz kerana mereka tidak berpuas hati dengan kempen mengantung replika  `patong tanpa kaki’.


5.      Perwakilan mempersoalkan kekalahan PAS di Kedah dan penurunan populariti  dan sokongan orang Melayu terhadap PAS. Para perwakilan tidak mahu PAS bergantung kepada DAP untuk mendapat undi kaum Cina.
6.      Kemenangan Mat Sabu keatas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan memberikan kemenangan kepada UMNO. Mat Sabu menghadapi banyak isu seperti moral, sempati fahaman komunis serta Mendiang Chin Peng, merestui fahaman Syiah dan keakraban keterlaluan dengan DAP dan PKR, berbanding dengan Datuk Amar. Satu hari nanti apabila Mat Sabu menjadi Presiden, Dasar Negara Islam dan Hudud tidak menjadi keutamaan. Sebaliknya, UMNO telah melaksanakan ciri dan sistem serta produk Islamik terlebih dahulu sebelum melaksanakan hukum Allah. Sebagai contoh, semakin ramai orang bukan Islam menggunakan perbankan Islam dan takaful Islam berbanding bank / insuran konvensenal.
7.      PAS tertekan dengan gesaan UMNO dan ahli ahli agar PAS melaksanakan hukum Hudud di negeri di bawah pembangkang terlebih dahulu sebelum dikembangkan ke negeri lain. PAS kena buktikan kelancarannya. Jangan dok baru hendak tubuh jawatankuasa bertindak.
8.      Pengaruh Datuk Nik Aziz menurun dan nasihatnya supaya para perwakilan memilih calon ulama tidak diendahkan ahli PAS.
9.      Pengurusan Mutakmar dan Pemilihan amat lemah dan memalukan. Ada nama calon tidak dicetak di kertas undi dan mengira undi kurang daripada 2000 orang mengambil 1 hari. PAS yang mengutuk UMNO tidak cekap mengendalikan Pemilihan UMNO November lalu, rupa rupanya PAS lebih teruk dan memalukan.
10. Kerjasama dan perkahwinan PAS+DAP+PKR menguntungkan UMNO kerana PAS terpaksa bersetuju dengan pengguguran matlamat Negara Islam, bersetuju Kalimah Allah digunakan kepada agama lain dan tidak berperanan `nahi mungkar’ di dalam isu LGBT. UMNO dan Kerajaan menentang habisan kemungkaran tersebut. Rakyat tentu sekali menyokong UMNO dan Kerajaan yang bersikap islamik.
11. PAS bersedia bermuzakarah dengan UMNO di dalam perlaksanaan pentadbiran Islam. Pada penulis, UMNO dan BN sedang pelbagai pentadbiran dan produk Islam seperti Bank Islam, Bank Muamalat, Takaful Islam, Universiti Islam dan banyak kolej Islam, membina masjid dan sekolah agama dan juga Sekolah Hafiz Al Quran, biasiswa untuk pengajian Islam, Radio dan TV Islam, Pajak Gadai Islam dan banyak lagi. Boleh ke PAS menguruskan sebaik Tabung Haji mengendalikan urusan jemaah haji ke  Mekah dan Madinah?
12. UMNO tahu PAS akan `dirosak’ semasa di dalam perkahwinan dengan DAP dan PKR.
13. Ada perwakilan PAS bercakap ramai Ahli PAS sudah mengamalkan sikap Mr Arrogant yang berfikiran `dia seorang yang betul, orang lain salah’.

Sebenarnya banyak lagi kerosakan yang boleh diperkatakan tetapi kita bincang di lain lambaran.

No comments:

Post a Comment